Info Kerjaya Malaysia

Apa Nak Buat Untuk Mohon Kerja? Ini Proses Mohon Kerja & Langkah Demi Langkah Untuk Rujukan Anda

1,900

Proses Mohon Kerja & Langkah Demi Langkah

Adakah anda tahu bagaimanakah proses memohon pekerjaan serta langkah demi langkah yang boleh anda jadikan rujukan untuk memohon  pekerjaan bagi masa yang akan datang? Proses memohon pekerjaan ini sangat sesuai bagi anda yang belum pernah memohon pekerjaan serta bagi anda yang ingin membuat permohonan kerja yang baharu.

Apa Nak Buat Untuk Mohon Kerja? Ini Proses Mohon Kerja & Langkah Demi Langkah Untuk Rujukan Anda

Langkah-Langkah Memohon Pekerjaan

Untuk memohon pekerjaan, anda boleh ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini seperti :

  • Sediakan resume : Sediakan resume dengan lengkap dan mengikut jenis pekerjaan yang dipohon sebelum anda menghantar kepada bakal majikan anda. Anda juga perlu membuat resume mengikut format serta jenis-jenis resume seperti yang terdapat di sini.
  • Menyiapkan cover letter : Jangan lupa menyediakan cover letter semasa menghantar resume anda. Inilah kesilapan yang selalu dilakukan oleh pemohon kerja iaitu menghantar resume tanpa cover letter. Tidak tahu cara untuk membuat cover letter? Download template ini dan siapkan cover letter anda.
  • Buat permohonan kerja : Setelah resume dan cover letter anda siap, anda sudah boleh membuat permohonan kerja anda sekarang. Anda boleh membuat permohonan kerja secara online, melalui media sosial atau terus melalui syarikat tersebut. Jika anda ingin mohon kerja melalui emel, ini adalah contoh surat yang anda boleh hantar kepada majikan anda.
  • Proses “Screening” : Kebanyakan syarikat kini menggunakan software seperti ATS atau “Applicant Tracking Software” untuk proses penyaringan, mengesan, mengurus dan memilih calon yang membuat permohonan. Software ini akan membantu majikan membuat saringan calon dengan mudah serta menepati kehendak majikan sepertimana yang diiklankan. Pastikan anda menggunakan keyword yang tepat seperti contoh ini.
  • Ujian : Terdapat beberapa jenis ujian selepas anda membuat permohonan kerja seperti Ujian Online Memasuki Perkhidmatan Awam, Ujian Fizikal Kecergasan SPA serta ujian kira-kira / pengetahuan am bagi syarikat swasta.
  • Sesi temuduga : Pastikan anda membuat persediaan yang secukupnya sebelum hadir temuduga supaya anda lulus dan ditawarkan untuk mengisi jawatan tersebut. Apakah persediaan untuk menghadapi temuduga yang boleh dijadikan panduan? Klik sini dan dapatkan tips untuk menghadapi dan lulus temuduga anda.
  • Proses pengambilan kerja : Sekiranya anda memohon kerja di syarikat swasta, anda boleh membuat follow up dengan HR atau bahagian pengambilan pekerja melalui telefon atau emel. Tetapi terdapat beberapa perkara yang anda tidak perlu lakukan selepas temuduga agar proses penilaian oleh syarikat berjalan lancar tanpa sebarang gangguan seperti perkongsian ini.
  • Surat tawaran bekerja : Jika anda telah berjaya dalam temuduga, anda akan ditawarkan untuk bekerja dan akan menerima surat tawaran kerja sebelum anda hadir untuk lapor bekerja. Jangan hilangkan surat tawaran kerana terdapat pelbagai maklumat penting yang berkaitan dengan pekerjaan tersebut dan anda perlu tunjukkan surat tersebut pada hari pertama anda melapor diri.

Apa Nak Buat Untuk Mohon Kerja? Ini Proses Mohon Kerja & Langkah Demi Langkah Untuk Rujukan Anda

Platform Mohon Pekerjaan

Terdapat pelbagai platform untuk memohon pekerjaan di sektor awam serta swasta dan anda perlu mengisi permohonan secara online iaitu dipautan berikut :

Apa Nak Buat Untuk Mohon Kerja? Ini Proses Mohon Kerja & Langkah Demi Langkah Untuk Rujukan Anda

Dan pelbagai lagi platform-platform yang menyediakan pelbagai jenis jawatan kosong untuk diisi oleh anda. Jadikan perkongsian ini sebagai satu panduan untuk anda membuat permohonan kerja serta ke langkah-langkah yang seterusnya.

close-image