Permohonan Jawatan Agensi Antidadah Kebangsaan AADK Terbuka Lelaki & Wanita

67,228

Berminat untuk menjadi anggota Agensi Antidadah Kebangsaan AADK? atau berminat mengetahui lebih lanjut mengenai permohonan kerja AADK Malaysia. Pastikan anda baca info kerjaya mengenai Permohonan Jawatan Agensi Antidadah Kebangsaan AADK Terbuka Lelaki & Wanita ini. Rujuk cara kemuka permohonan, syarat dan tugas seorang AADK.

Berita baik untuk anda yang sedang mencari pekerjaan. Tahu tak anda yang Pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah membuka peluang pekerjaan buat semua warganegara Malaysia yang berminat untuk bina kerjaya bersama AADK.

Baca juga: Cara Kemuka Permohonan Online JPJ.

Peluang pekerjaan ini terbuka tidak kira sama ada kepada lelaki ataupun wanita.

Antara kekosongan jawatan AADK yang boleh anda mohon adalah seperti berikut:

  • Pembantu Antidadah S19 ~ Kelayakan SPM Setaraf
  • Penolong Pegawai Antidadah S29 ~ Kelayakan STPM/STAM/Diploma
  • Pegawai Antidadah S41 ~ Kelayakan Ijazah Setaraf

Untuk memohon jawatan anggota AADK yang disenaraikan di atas ini, anda perlulah mengisi permohonan rasmi secara online melalui portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

BIDANG TUGAS ANGGOTA AADK

Sebelum mengemukakan permohonan jawatan-jawatan yang ditawarkan oleh AADK pastikan anda ambil tahu dahulu bidang tugas setiap jawatan yang ditawarkan.

  • Pembantu Antidadah S19: Mengendalikan pelaksanaan program pemulihan, pencegahan serta penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah dan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.
  • Penolong Pegawai Antidadah S29: Melaksanakan semua program pemulihan di institusi dan pusat komuniti, program pencegahan, menjalankan tugas penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah dan tugas-tugas lain yang diarahkan pegawai atasan.
  • Pegawai Antidadah S41: Memastikan pelaksanaan dasar-dasar dan pencapaian matlamat bagi semua program pemulihan di institusi dan komuniti, program pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah, kaedah-kaedah pentadbiran pusat dan tugas-tugas lain yang diarahkan pegawai atasan.

SYARAT- SYARAT PERMOHONAN JAWATAN KOSONG ANGGOTA AADK

Di bawah merupakan syarat-syarat permohonan jawatan kosong yang ditawarkan oleh AADK untuk pelbagai peringkat kelayakan. Sebelum anda mengemukakan permohon jawatan kosong AADK pastikan anda rujuk syarat di bawah terlebih dahulu.

1.) Pembantu Antidadah S19

  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun.
  • Memiliki sijil SPM atau kelayakan yang setaraf dengannya yang diiktiraf kerajaan. (Gaji Permulaan: RM 1,352.00)
  • Memiliki Sijil SPM atau setaraf yang diiktiraf kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau setaraf dengannya. (Gaji Permulaan: RM1,408.40)
  • Memiliki Sijil SPM atau setaraf yang diiktiraf kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau setaraf dengannya. (Gaji permulaan:RM1,463.80)
  • Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau lain-lain yang setaraf dengannya.

2.) Penolong Pegawai Antidadah Gred S29

  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun.
  • Memiliki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setaraf yang diiktiraf kerajaan (Gaji: RM1,493.00)
  • Memiliki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau setaraf yang diiktiraf kerajaan (Gaji: RM1,493.00)
  • Memiliki diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada IPT tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji: RM1,770.95)
  • Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dalam SPM/SVM atau lain-lain yang setaraf dengannya.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai yang sedang berkhidmat sebagai Pembantu Antidadah adalah layak dipertimbangkan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke Jawatan Penolong Pegawai Kastam Gred S29 tertakluk kepada kekosongan jawatan ketika telah disahkan dalam perkhidmatan dengan syarat

  • Mempunyai kelayakan dalam perenggan 1 (c)
  • Lulus Peperiksaan Khas
  • Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun.
  • Berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun.
  • Berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

3.) Pegawai Antidadah Gred S41

  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada IPT atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji: RM2,078.00)
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada IPT atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji: RM2,281.86)
  • Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) bagi subjek Bahasa Melayu dalam SPM/SVM atau kelulusan lain yang diiktiraf kerajaan Malaysia.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Antidadah boleh dipertimbangkan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Antidadah Gred S41 tertakluk kepada kekosongan setelah disahkan dalam perkhidmatan dengan syarat:

  • Mempunyai kelayakan dalam perenggan 1 (c)
  • Lulus Peperiksaan Khas
  • Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun.
  • Berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun.
  • Berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

Untuk membuat permohonan bagi jawatan-jawatan dalam AADK yang telah dinyatakan, anda boleh layari laman web rasmi Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Anda boleh klik link berikut untuk membuat permohonan:

Portal Rasmi SPA: https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsppermohonan jawatan anggota aadk

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN ANGGOTA AADK

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan permohonan jawatan anggota AADK, anda boleh layari laman web rasmi AADK serta laman web rasmi Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Anda boleh klik link-link di bawah.

Portal Rasmi SPA: http://www.spa.gov.my/

Permohonan Jawatan Anggota AADK

Portal Rasmi AADK: https://www.adk.gov.my/

portal rasmi aadk

PERMOHONAN AADK 2020?

Untuk makluman anda, buat masa ini tiada lagi hebahan ambilan rasmi anggota AADK dikeluarkan oleh pihak SPA Malaysia.

Tetapi anda masih boleh memohon jawatan yang ditawarkan AADK melalui portal Rasmi SPA kerana permohonan jawatan ini di buka sepanjang tahun.

Apa yang anda perlu lakukan adalah kemaskini permohonan anda selengkap mungkin di laman rasmi SPA.

NAK TAHU TENTANG KERJA KOSONG?

Untuk memastikan anda tidak terlepas segala hebahan berkaitan jawatan kosong kerajaan dan SPA pastikan anda daftar sebagai pembaca Portal Kerjaya terlebih dahulu.

Pihak kami akan hebahkan segala maklumat berkaitan permohonan jawatan kosong dan juga jawatan kerajaan lain terus ke email anda nanti.

Pastikan anda daftar sebagai pembaca melalui pautan di bawah.

DAFTAR EMAIL ANDA DI BAWAH:

Pastikan anda ikut arahan pendaftaran. Periksa email anda dengan segera dan sahkan pendaftaran anda untuk membolehkan anda menerima email dari Portal Kerjaya.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image