Peluang Kerja Melalui eBelia. Ini Cara Daftar & Mohon

13,721

Peluang Kerja Melalui eBelia

Terdapat pelbagai inisiatif yang diberikan oleh pihak kerjaan untuk membantu golongan belia untuk menghadapi pelbagai masalah terutamanya yang berkaitan dengan pekerjaan ketika menghadapi Covid-19 ketika ini.

Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian Belia dan Sukan menyediakan satu platform one-stop center kepada belia untuk mendapatkan maklumat berkaitan inisiatif yang disediakan untuk pada belia negara.

Selain itu, pihak PTPTN juga telah menganjurkan program Job Fair khas untuk peminjam PTPTN yang menyediakan lebih dari 4000+ kekosongan jawatan. Anda boleh dapatkan maklumat lengkap program Virtual Mini Job Hunt ini.

Agensi Yang Terlibat

Untuk menjayakan program ini, pihak yang terlibat adalah :

  • Agensi Kerajaan
  • Agensi Bukan Kerajaan

Objektif Program

Memberikan peluang pekerjaan serta mencipta pekerjaan kepada belia negara menerusi platform yang dibangunkan oleh pihak kerajaan.

Platform Yang Disediakan

Melalui eBelia, Terdapat 3 platform utama yang disediakan :

  • myGIG
  • National Employment Services (PERKESO)
  • PENJANA

Platform myGIG

Kita fokuskan kepada platform yang pertama iaitu MyGIG yang lebih fokus kepada belia negara dimana terdapat 2 program utama yang disediakan iaitu :

1. myGIG Servis

Memfokuskan kepada belia yang berminat untuk menjana pendapatan tambahan dengan melakukan kerja-kerja atau tugasan yang ditawarkan oleh platform-platform gig dibawah program eRezeki kendalian MDEC seperti tugasan penghantar makanan dan barangan, menjalankan tinjauan, kru acara, juruteknik dan lain-lain lagi.

Pendaftaran myGIG Servis

Jika anda berminat untuk mendaftar myGIG Servis :

  • Klik EREZEKI
  • Isi maklumat yang diperlukan.

Peluang Kerja Melalui eBelia. Ini Cara Daftar & Mohon

  • Klik pada kotak TERMA & SYARAT jika bersetuju.
  • Klik I’M NOT A ROBOT.
  • Klik REGISTER

Peluang Kerja Melalui eBelia. Ini Cara Daftar & Mohon

2. my GIG Digital Freelance

Fokus kepada belia yang mempunyai kemahiran khusus seperti web designing, content creator, content writer, editor dan pereka grafik. Anda akan dilatih dibawah program GLOW kendalian MDEC untuk menjadi pekerja bebas digital ( digital freelancer) di atas platform-platform antarabangsa.

Pendaftaran myGIG Digital Freelance

Berikut adalah cara untuk mendaftar myGIG Digital Freelance bagi anda yang berminat.

  • Klik myGIG DIGITAL FREELANCE
  • Masukkan nama anda, nombor kad pengenalan, jantina, alamat emel yang sah dan aktif dan nombor telefon anda.
  • Isikan bidang pekerjaan, pendapatan isi rumah dan tarikh sesuai untuk dihubungi.

Peluang Kerja Melalui eBelia. Ini Cara Daftar & Mohon

  • Seterusnya pada perakuan Pernyataan Perlindungan Data Peribadi MDEC (klik YES / TIDAK).

Peluang Kerja Melalui eBelia. Ini Cara Daftar & Mohon

  • Klik SUBMIT untuk menghantar permohonan anda.

Peluang Kerja Melalui eBelia. Ini Cara Daftar & Mohon

Info & Maklumat Lanjut

Anda boleh dapatkan info dan maklumat selanjutnya di :

Soalan Lazim

1. Bagaimana saya mengambil bahagian dalam program myGIG Servis?

Anda tidak memerlukan kelayakan akademik tertentu. Belia yang berminat boleh mendaftar di portal eBelia. Setelah itu, belia boleh klik pada butang Info, Peluang Pekerjaan dan dapatkan maklumat lanjut berkaitan program myGIG Servis termasuk pautan khusus ke pendaftaran di platform eRezeki.

2. Berapa bayaran untuk menyertai program myGIG Servis?

Ia adalah percuma untuk menyertai program ini dan tidak dikenakan apa-apa yuran.

3. Saya seorang OKU, adakah saya layak menyertai program myGIG Servis?

Ya, anda layak namun tertakluk kepada syarikat / platform yang dimohon untuk bekerja.

4. Saya sudah bekerja tetapi bolehkah saya menyertai program myGIG Servis untuk menambah pendapatan saya?

Boleh. Tiada masalah.

5. Berapa lama tempoh program myGIG Servis?

Tempoh program ini adalah sehingga Disember 2020.

6. Bagaimana Program myGIG Digital Freelance ini boleh membantu belia mendapatkan peluang pekerjaan?

Belia yang berminat boleh mendaftar untuk menyertai program ini di platform GLOW. Selepas pendaftaran, peserta akan dihubungi untuk menghadiri sesi pengenalan dan kesedaran berkaitan kerjaya sebagai pekerja bebas digital. Setelah anda melengkapkan latihan, anda boleh mula mencari dan membida pelbagai jenis projek / peluang pekerjaan yang tersedia di atas platform pasaran pekerja bebas tempatan dan antarabangsa.

7. Bagaimanakah program latihan myGIG Digital Freelance ini dijalankan?

Program latihan myGIG Digital Freelance meliputi sesi pengenalan dan kesedaran, latihan secara dalam talian serta sokongan dari rakan komuniti pekerja bebas digital.

8. Adakah terdapat had umur untuk menyertai myGIG Digital Freelance?

Program myGIG Digital Freelance dibuka kepada individu yang berusia 18 tahun hingga 40 tahun.

9. Bolehkah saya berhenti mengikuti program myGIG Digital Freelance apabila terpilih kerana mendapat kerja yang lebih baik?

Anda dinasihatkan untuk menamatkan program ini. Namun, sekiranya anda menerima peluang yang lebih baik, pihak kami tidak menghalang untuk anda berhenti.

10. Di manakah lokasi program myGIG Digital Freelance?

Buat masa ini, semua sesi latihan program myGIG Digital Freelance akan dijalankan secara dalam talian.

 

 

 

 

 

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image