4609 Kekosongan Jawatan Ditawar Kepada Graduan Peminjam PTPTN

44,515

Jawatan Kosong Kepada Graduan Peminjam PTPTN

Graduan peminjam PTPTN yang belum mempunyai sebarang pekerjaan dan yang telah bekerja buat masa ini boleh memohon pekerjaan yang ditawarkan menerusi Virtual Mini Job Hunt For PTPTN Borrowers.

Dikhabarkan bahawa terdapat sebanyak 4,609 kekosongan yang ditawarkan kepada para graduan tersebut.

“Sebagai langkah proaktif serta prihatin kepada peminjam, maka langkah kerjasama strategik ini diambil bagi membantu mengatasi masalah mereka,”

Tujuan Program

Membantu para peminjam PTPTN mendapatkan pekerjaan dan kerjaya yang lebih baik serta mengurangkan kadar pengangguran di kalangan graduan.

Tempoh Program

Bermula pada 30 Jun 2020 hingga 3 Julai 2020.

Agensi Terlibat

  • Merupakan kerjasama antara Kementerian Sumber Manusia dan PTPTN menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
  • Penglibatan 20 majikan / syarikat.

“Program temuduga khas ini dirancang khusus untuk peminjam-peminjam PTPTN yang terdiri dari golongan graduan dan pencari kerja.

“Program temuduga ini dijalankan secara maya dengan calon-calon yang merupakan peminjam,”

Perjalanan Program

  • Sesi Ceramah Webinar mengenai kebolehpasaran pekerjaan selama dua hari.
  • Temuduga terbuka secara dalam talian.

Cara Pendaftaran

Untuk membuat pendaftaran program ini, anda boleh ikuti langkah-langkah ini :

4609 Kekosongan Jawatan Ditawar Kepada Graduan Peminjam PTPTN

  • Kemudian anda klik REGISTER.
  • Keluar paparan seperti dibawah dan klik pada PTPTN.

4609 Kekosongan Jawatan Ditawar Kepada Graduan Peminjam PTPTN

  • Masukkan nombor kad pengenalan anda seperti yang diminta. Klik SEARCH.

4609 Kekosongan Jawatan Ditawar Kepada Graduan Peminjam PTPTN

  • Anda boleh pilih pada kategori seperti gambar dibawah.

4609 Kekosongan Jawatan Ditawar Kepada Graduan Peminjam PTPTN

  • Isikan semua maklumat yang diminta dan klik REGISTER setelah siap.

4609 Kekosongan Jawatan Ditawar Kepada Graduan Peminjam PTPTN

  • Kemudian anda akan menerima email pengesahan menandakan anda telah berjaya membuat pendaftaran.
  • Anda akan dibawa ke bahagian dashboard dan boleh lihat bahagian WEBINAR,VACANCIES, PROFILE dan LIST OF APPLICATION.

4609 Kekosongan Jawatan Ditawar Kepada Graduan Peminjam PTPTN

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image