Info Kerjaya Malaysia

[Panduan Lengkap] Cari Kerja Kosong Melalui MyFutureJobs. Lihat Caranya Disini

9,761

MYFutureJob adalah satu portal di bawah seliaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Kementerian Sumber Manusia. Ianya dilancarkan susulan program Penjana Kerjaya iaitu Program Insentif Pengambilan pekerja yang dilancarkan dengan tujuan merangsang permintaan pekerjaan dalam kalangan majikan serta meningkatkan peluang pekerjaan dan kebolehperkerjaan di kalangan pencari kerja tempatan.

PERKESO menggalakkan semua rakyat Malaysia yang menganggur termasuk graduan dan lepasan sekolah untuk mendaftar di portal ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan lengkap daftar, login dan cari kerja di portal MyFutureJobs.

CARA DAFTAR PORTAL MYFUTUREJOBS

Bagi penganggur yang ingin mendaftarkan diri ke dalam Portal MYFutureJob untuk mencari pekerjaan, sila ikut langkah ini:

  1. Layari portal MYFutureJobs
  2. Klik ‘Log Masuk’ pada bahagian atas kanan skrin
  3. Dalam paparan seterusnya, klik ‘Daftar
  4. Masukkan emel, No Kad Pengenalan dan kata laluan (reka sendiri) dan klik ‘Daftar
  5. Tiba di skrin seterusnya, terima terma dan syarat untuk masuk ke portal. Anda akan dibawa ke halaman Profil secara automatik.

CARA LOGIN PORTAL MYFUTUREJOBS

Setelah mendaftar, ikut langkah berikut untuk log masuk ke portal:

  1. Layari portal MYFutureJobs
  2. Klik ‘Log Masuk’ pada bahagian atas kanan skrin
  3. Log masuk menggunakan emel dan kata laluan yang telah didaftarkan. Anda akan dibawa ke halaman ‘Match Jobs’ atau padanan kerja di mana anda boleh mencari kerja yang sesuai dengan profil anda berdasarkan bidang kerjaya dan kawasan yang dicari

PANDUAN CARI KERJA

Individu yang ingin mencari kerja boleh menggunakan 3 kaedah untuk membuat pencarian kerja di Portal MYFutureJobs. Iaitu carian melalui jenis jawatan yang diingini, lokasi kerja yang dicari ataupun melalui nama majikan yang anda mahu.

Cari Kerja Melalui Jawatan

  1. Layari laman web MYFutureJobs. Log masuk menggunakan akaun yang didaftar.
  2. Masukkan jenis jawatan yang anda mahu di ruangan “Carian Jawatan
  3. Jika anda ingin spesifikkan carian di lokasi yang anda mahu, masukkan lokasi di ruangan “Lokasi“. (jika anda tidak kisah lokasi di mana, sila kosongkan)
  4. Klik “Cari
  5. Jumlah jawatan yang ditawarkan di lokasi yang anda mahu akan dipaparkan
  6. Pilih syarikat yang anda minat, portal akan paparkan maklumat lengkap mengenai jawatan yang ditawarkan
  7. Klik Mohon jika anda mahu memohon

Cari Kerja Melalui Lokasi Yang Dikehendaki

  1. Layari laman web MYFutureJobs. Log masuk menggunakan akaun yang didaftar.
  2. Masukkan jenis jawatan yang anda mahu di ruangan “Carian Jawatan“, spesifikkan carian di lokasi yang anda mahu, masukkan lokasi di ruangan “Lokasi“. (jika anda tidak kisah lokasi di mana, sila kosongkan)
  3. Klik “Cari
  4. Jumlah jawatan yang ditawarkan di lokasi yang anda mahu akan dipaparkan
  5. Pilih syarikat yang anda minat, portal akan paparkan maklumat lengkap mengenai jawatan yang ditawarkan
  6. Klik Apply jika anda mahu memohon

Cari Kerja Melalui Nama Majikan

  1. Layari laman web MYFutureJobs. Log masuk menggunakan akaun yang didaftar
  2. Masukkan nama majikan di ruangan “Carian
  3. Klik “Cari
  4. Jumlah jawatan yang ditawarkan oleh majikan yang anda mahu akan dipaparkan
  5. Pilih jawatan yang anda minat, portal akan paparkan maklumat lengkap mengenai jawatan yang ditawarkan
  6. Klik Mohon jika anda mahu memohon

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk memudahkan para pencari kerja membuat pencarian kerja melalui portal MYFutureJobs PERKESO ini. Selamat memohon!

close-image