Cara Daftar mySPP, Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan Sebagai Pencari Kerja

65,052

Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan Sebagai Pencari Kerja

Untuk pengetahuan semua pencari kerja yang membuat permohonan jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), anda perlu membuat permohonan bagi jawatan SPP melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP).

Namun, anda masih lagi boleh meneruskan permohonan jawatan SPP melalui Portal Jobs Malaysia sehingga 31 Julai 2020.

Cara Daftar mySPP, Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan Sebagai Pencari Kerja

Tarikh Operasi

Permohonan bagi jawatan SPP melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) ini akan beroperasi pada 15 Julai 2020.

Cara Daftar Permohonan

Untuk membuat permohonan mySPP, anda hanya perlu :

  • Mengisi permohonan baharu dan TIDAK BOLEH menggunakan ID PENGGUNA dan KATA LALUAN Jobs Malaysia.
  • Klik pautan ini : Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) (beroperasi pada 15 Julai 2020)
  • Dapatkan MyID iaitu KAD PENGENALAN anda terlebih dahulu.
  • Daftar akaun baharu anda dengan menggunakan MyID sebelum mengisi mySPP.
  • Klik bahagian DAFTAR BAHARU.

Cara Daftar mySPP, Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan Sebagai Pencari Kerja

  • Isikan maklumat yang diperlukan.
  • Masukkan KOD KESELAMATAN.
  • Klik DAFTAR.
  • Klik DAFTAR MASUK untuk mengemaskini maklumat.

Cara Daftar mySPP, Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan Sebagai Pencari Kerja

  • Klik SIMPAN bagi setiap maklumat yang telah dikemaskini.
  • Masukkan JAWATAN DIMOHON, klik SIMPAN.
  • Klik bahagian PENGAKUAN PEMOHON, klik SAYA SETUJU dan klik HANTAR.
  • Paparan slip akan keluar seperti dibawah. Cetak slip ini dan simpan.

Cara Daftar mySPP, Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan Sebagai Pencari Kerja

  • Klik SEMAKAN PERMOHONAN dan lihat permohonan yang telah didaftarkan.
  • Permohonan anda selesai.

Cara Daftar mySPP, Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan Sebagai Pencari Kerja

Keperluan Minima Menggunakan mySPP

Untuk paparan dan fungsi terbaik, sila gunakan :

  • Google Chrome Version 48.0.2564 ke atas.
  • Mozilla Firefox 45.0 ke atas.
  • Internet Explorer (IE) 11.0.9600.18499 dengan resolusi minima skrin 1024 x 768.
  • Anda juga perlu mengaktifkan javascript di Pelayar Web anda.

Permohonan Terdahulu

Untuk pengetahuan anda :

  • Permohonan yang terdahulu akan terbatal sekiranya anda membuat permohonan baru.
  • Sekiranya urusan permohonan terdahulu sedang diproses, urusan tersebut tetap akan diteruskan.
  • Permohonan anda masih sah jika masih dalam tempoh sah laku pendaftaran. Sah laku pendaftaran permohonan adalah selama satu tahun.
  • Sekiranya tempoh sah laku telah tamat, anda perlu mengemas kini semula dan menghantar pengakuan pemohon sekali lagi.

Kemaskini Permohonan

Anda juga :

  • Boleh mengemas kini maklumat pada bila-bila masa. Namun begitu, setiap kali perubahan yang dilakukan, anda perlu menghantar Pengakuan Pemohon semula untuk memastikan maklumat anda dikemas kini.

Cara Daftar mySPP, Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan Sebagai Pencari Kerja

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan maklumat lebih lanjut, anda boleh hubungi :

  • Talian Hotline mySPP : 03-8091 4019 / 4020 / 4021 / 4022
  • Waktu operasi : Isnin – Jumaat / 8 pagi – 5 petang.
  • Sistem Pengurusan Aduan Awam : SPP (SISPAA-SPP)

FAQ Soalan Lazim

1. Saya telah membuat permohonan jawatan SPP di JobsMalaysia dan SPP telah mengesahkan permohonan jawatan saya, adakah maklumat permohonan jawatan tersebut ada disimpan dalam mySPP?

Ya. Semua maklumat permohonan jawatan SPP di JobsMalaysia yang telah disahkan permohonan oleh SPP akan berada dalam mySPP. Walau bagaimanapun, anda masih perlu mendaftar akaun baharu di mySPP Portal Semakan Permohonan Jawatan SPP

2. Saya telah mendaftar di mySPP dan terdapat kesilapan maklumat semasa pendaftaran, bagaimanakah untuk memperbetulkan kesilapan tersebut

Anda boleh memperbetulkan kesilapan maklumat dengan log masuk ke mySPP dan mengemas kini maklumat yang silap di modul Maklumat Pemohon.

3. Sekiranya saya telah membuat pendaftaran MyID dan tersalah memasukkan no. kad pengenalan. Apakah yang harus saya lakukan?

Sekiranya anda tersilap memasukkan no. kad pengenalan semasa pendaftaran MyID, sila salurkan pertanyaan atau aduan anda kepada Hotline mySPP atau SISPAA SPP.

4. Apabila saya mendaftar akaun baharu, kenapa dipaparkan mesej Harap maaf MyID telah wujud?

Pendaftaran MyID hanya dibenarkan sekali sahaja. Mohon supaya klik pada pautan LUPA KATA LALUAN dan ikuti arahan pada skrin bagi menetapkan semula kata laluan akaun yang telah didaftarkan.

5. Bagaimanakah saya hendak melanjutkan tempoh permohonan?

Anda tidak perlu melanjutkan tempoh permohonan jika tempoh sah laku belum luput kecuali jika anda mengemas kini sebarang maklumat, anda perlu klik simpan dan hantar perakuan semula supaya perubahan tersebut akan diproses.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image