Panduan Daftar JobsMalaysia Secara Online Untuk Dapatkan Kerja Secara Mudah Dan Cepat

11,005

Daftar JobsMalaysia Secara Online

Jika anda seorang job hunter, teruskan mendaftar dengan JobsMalaysia secara online untuk mendapatkan kerja dengan mudah dan cepat.

Tidak seperti dahulu, anda perlu bersusah payah ke kaunter Jabatan Tenaga Kerja  (JTK) untuk mendaftar dan mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan anda.

Manfaatkan kemudahan yang sedia ada untuk memudahkan urusan anda dan ikuti perkongsian ini untuk mengetahui cara mendaftar JobsMalaysia secara online.

Baca juga : 11 Kelayakan Yang Mempunyai Demand Tinggi Sekiranya Anda Letak Dalam Resume

Mengenai JobsMalaysia

Dilancarkan pada tahun 2002 dan merupakan sistem padanan pekerjaan secara automatik secara online yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia.

Ia merupakan satu pusat maklumat pasaran buruh yang boleh dicapai oleh pengguna awam sama ada dari dalam dan luar negeri termasuk pelabur asing dan pelajar Malaysia yang berada di luar negara.

Pendaftaran Secara Online

Bagi anda yang ingin mendapatkan pekerjaan melalui JobsMalaysia, ikuti langkah-langkah yang disediakan ini.

jobs malaysia

  • Klik butang DAFTAR dan klik PENCARI KERJA.

Daftar JobsMalaysia Secara Online Untuk Dapatkan Kerja Secara Mudah Dan Cepat

  • Isikan maklumat anda dengan betul dan tepat.

Daftar JobsMalaysia Secara Online Untuk Dapatkan Kerja Secara Mudah Dan Cepat

  • Masukkan nombor telefon bimbit dan emel anda yang masih aktif untuk notifikasi makluman daripada JobsMalaysia  dari semasa ke semasa.
  • Masukkan KOD VERIFIKASI seperti dalam paparan dan klik DAFTAR.
  • Semak emel anda untuk dapatkan link pengaktifan akaun dan ikut arahan pendaftaran yang tertera.

Pengaktifan Akaun JobsMalaysia

JobsMalaysia telah dinaiktaraf dan versi terkini adalah JobsMalaysia 2.0 yang memudahkan anda membuat pendaftaran.

Jika anda telah mendaftar akaun JobsMalaysia versi 1.0 dan terlupa kata laluan, anda hanya perlu aktifkan semula dengan menggunakan email sahaja untuk versi 2.0 ini.

Ikuti cara untuk mengaktifkan akaun JobsMalaysia anda seperti berikut :

Daftar JobsMalaysia Secara Online Untuk Dapatkan Kerja Secara Mudah Dan Cepat

  • Pilih kaedah pengesahan sama ada melalui EMEL atau TELEFON mudah alih dan klik SETERUSNYA.

Daftar JobsMalaysia Secara Online Untuk Dapatkan Kerja Secara Mudah Dan Cepat

  • Jika anda memilih untuk hantar kata laluan baru melalui emel, klik pada emel dan masukkan emel anda dan masukkan teks pengesahan dan klik RESET.
  • Kaedah yang sama sekiranya anda ingin menghantar kata laluan baru menggunakan telefon.

Daftar JobsMalaysia Secara Online Untuk Dapatkan Kerja Secara Mudah Dan Cepat

  • Semak emel anda dan lihat AKAUN DISET SEMULA.
  • Klik PAUTAN PENGAKTIFAN untuk reset semula kata laluan anda.
  • Buat kata laluan baru dalam tempoh 24 jam dan sahkan kata laluan baru anda.
  • Ikuti langkah demi langkah untuk pengaktifan akaun anda dan klik link pengaktifan email tadi.
  • Login JobsMalaysia 2.0.

Nota : Bagi status akaun JobsMalaysia 1.0 yang tidak aktif, gunakan langkah-langkah diatas untuk pengaktifan semula akaun. Tidak perlu daftar semula kerana profil Pencari Kerja anda akan menjadi akaun pendua sekiranya didaftarkan semula.

Mohon Jawatan SPP

Sekiranya anda berminat untuk bekerja dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), anda boleh membuat permohonan terus melalui akaun JobsMalaysia.

Anda wajib kemaskini Maklumat Jawatan yang dimohon selepas anda mengemaskini Maklumat Butiran Peribadi dan Maklumat Terperinci seperti yang diminta.

Lihat panduan untuk permohonan kerja di SPP seperti berikut :

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Bagi anda yang mempunyai pertanyaan atau sebarang masalah berkaitan pendaftaran dan pengaktifan akaun JobsMalaysia, sila hubungi Call Centre seperti dibawah.

Soalan Lazim

1. Bagaimanakah caranya untuk mendaftar dalam Portal JobsMalaysia?

Sila rujuk panduan pendaftaran di pautan https://www.jobsmalaysia.gov.my/jobsmysec/home/homeTutorial atau hubungi Pusat JobsMalaysia yang berhampiran.

2.Bagaimanakah caranya untuk saya menggunakan akaun saya yang dahulu?

Anda hanya perlu klik “Log Masuk” dan melengkapkan bahagian “PENGGUNA JOBSMALAYSIA VERSI LAMA”. Seterusnya anda akan menerima emel pengaktifan di emel anda dan anda perlu menetapkan semula kata laluan anda yang baharu. Untuk maklum balas lanjut anda boleh hubungi Pusat JobsMalaysia yang berhampiran.

3. Apakah yang perlu dilakukan jika terlupa kata laluan?

Sekiranya anda terlupa kata laluan, anda boleh menetapkan semula kata laluan anda sendiri. Anda hanya perlu klik “Log Masuk” di Laman Utama dan klik “Log Masuk” di paparan seterusnya. Anda hanya perlu klik “Lupa Kata Laluan?” untuk menetapkan semula kata laluan anda. Untuk maklum balas lanjut anda boleh hubungi Pusat JobsMalaysia yang berhampiran.

4. Bagaimanakan caranya untuk memohon pekerjaan?

Anda perlu berdaftar sebagai pencari kerja dan log masuk ke akaun anda. Seterusnya anda boleh lakukan carian jawatan yang anda kehendaki dan klik butang “Mohon” di bahagian bawah iklan jawatan tersebut. Untuk maklum balas lanjut anda boleh hubungi Pusat JobsMalaysia yang berhampiran.

5. Bagaimanakan caranya untuk mengemaskinikan kelulusan?

Anda perlu berdaftar sebagai pencari kerja dan log masuk ke akaun anda. Seterusnya di bahagian Dashboard anda, klik butang “Profil” dan kemas kini data yang berkaitan dan memastikan anda menekan butang “Simpan” untuk mengesahkan proses kemas kini berjaya dilakukan.

6. Apabila saya memohon pekerjaan, terdapat mesej yang menyatakan saya tidak layak memohon pekerjaan tersebut. Untuk makluman, kelayakan akademik saya memenuhi kriteria yang diperlukan oleh jawatan tersebut. Kenapa saya tidak layak memohon jawatan tersebut?

Portal JobsMalaysia 2.0 ini menggunakan sistem padanan pintar secara automatik. Anda boleh memohon mana-mana jawatan yang dikehendaki selagi anda memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak majikan. Untuk maklum balas lanjut anda boleh hubungi Pusat JobsMalaysia yang berhampiran.

7. Saya telah mendaftar dalam Portal JobsMalaysia. Tetapi sehingga sekarang saya tidak menerima panggilan untuk temuduga atau disenarai pendekkan oleh majikan. Apakah sebabnya?

Kemungkinan profil anda tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak majikan atau profil anda masih tidak lengkap diisi. Akan tetapi, anda boleh melakukan carian jawatan dan memohon terus melalui portal. Keputusan untuk memilih calon yang bersesuaian dengan kerja yang diiklankan akan dibuat oleh majikan berkenaan. Anda perlu memohon kerja yang berpadanan dengan profil anda dan jangan lupa untuk sentiasa menyemak akaun JobsMalaysia anda.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image