Cara Buat Cover Letter Guna Templates Microsoft Word, Free Sahaja

3,452

Buat Cover Letter Guna Templates Microsoft Word

Bukan resume sahaja boleh menggunakan template daripada Microsoft Word, malahan cover letter juga boleh menggunakan template daripada Microsoft Word untuk disiapkan.

Mudah sahaja jika anda tahu caranya. Jom ikuti perkongsian ini untuk ketahui cara menggunakan template cover letter daripada Microsoft Word ini.

Cover Letter Yang Baik

Cover letter yang baik maksudnya suatu cover letter yang mampu menarik perhatian bakal majikan serta mempunyai kelebihan dan unik di mata bakal majikan itu sendiri. Ia juga mengandungi keywords yang sepadan dengan kehendak majikan, ringkas, padat dan tidak klise.

Anda boleh dapatkan cara untuk ketahui padanan keywords di sini : Tips Penggunaan Keywords Dalam Resume, CV Dan Cover Letter. Baca Ini

Cara Menggunakan Template Cover Letter

Sebelum kita lihat cara menggunakan template cover letter Microsoft Word ini, anda perlu tahu bahawa template ini boleh didapati secara online dan mungkin ia juga telah sedia ada di dalam program Microsoft Word anda.

Jika anda menggunakan program Microsoft Word yang terkini, pasti template ini sudah tersedia di dalam program.

Template yang disediakan boleh digunakan secara umum untuk semua jenis pekerjaan sama ada pekerjaan profesional, pekerja sementara dan penganggur yang masih mencari pekerjaan.

Anda boleh melihat terdapat pelbagai jenis template cover letter yang sesuai untuk anda gunakan dan sesuaikan dengan resume yang akan hantar bersama kepada bakal majikan.

1. Masuk Microsoft Words

Anda masuk ke program Microsoft Word kemudian klik :

  • File
  • New From Template

Kemudian anda boleh search dengan menaip COVER LETTER.

Cara Buat Cover Letter Guna Templates Microsoft Word, Free Sahaja

2. Lihat dan pilih design yang sesuai untuk digunakan.

Cara Buat Cover Letter Guna Templates Microsoft Word, Free Sahaja

3. Buat pilihan design cover letter dengan klik butang ( > ).

dan lihat dan pilih design yang sesuai untuk digunakan.

4. Klik CREATE.

Cara Buat Cover Letter Guna Templates Microsoft Word, Free Sahaja

5. Terus masukkan maklumat diri anda dalam template yang anda pilih.

Cara Buat Cover Letter Guna Templates Microsoft Word, Free Sahaja

6. Periksa dengan teliti setiap ayat yang dimasukkan ke dalam template. Pastikan tiada kesalahan tatabahasa sebelum anda save cover letter yang telah siap.

7. Setelah siap, save dalam fail. *Pilih nama yang mudah untuk anda save dan ingat. Anda boleh letakkan nama anda sebagai nama fail seperti “Khairul_Cover_Letter”.

Nota : *Sesuai dan profesional untuk dimasukkan sebagai fail attachment jika anda emel kepada bakal majikan atau bahagian pengambilan pekerja.

Rujuk juga pautan ini : Cover Letter Checklist. Apa Nak Buat Sebelum Hantar CV Kepada Majikan.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image