Tips Lulus Ujian Fizikal Dan Kecergasan SPA. Jom Buat Sekarang

29,577

Ujian Fizikal Dan Kecergasan SPA

Umum ramai yang tahu bahawa peperiksaan PSEE yang dijalankan oleh SPA bertujuan untuk menyaring calon layak menjawat jawatan dari segi kelulusan akademik. Maknanya calon yang lulus exam PSEE SPA merupakan calon yang layak dari segi tapisan akademiknya.

Bagi jawatan tertentu seperti jawatan Pegawai Penguatkuasa KP41 KDN, Pegawai Imigresen, Bomba dan jawatan beruniform lain tapisan tidak terhenti setelah anda lulus exam PSEE SPA sahaja.

Ini kerana calon lulus peperiksaan PSEE perlu mengikuti pula Ujian Fizikal dan Kecergasan SPA yang bakal dijalankan berperingkat untuk mencari calon terbaik menjawat jawatan.

Jika lulus, barulah anda akan dipanggil untuk proses seterusnya iaitu temuduga. Oleh itu, anda wajib lulus ujian fizikal dan kecergasan ini jika inginkan menjawat jawatan yang dimohon.

Bagaimana saya hendak lulus dalam ujian fizikal dan kecergasan ini ya? Untuk lulus dalam ujian fizikal dan kecergasan ini, anda boleh amalkan tips yang dikongsikan ini.

Tips Lulus Ujian Fizikal Dan Kecergasan SPA. Jom Buat Sekarang

Apa Itu Ujian Fizikal Dan Kecergasan SPA?

Apa yang anda faham dengan ujian fizikal dan kecergasan? Ujian ini merupakan satu ujian dimana fizikal dan kecergasan anda diuji oleh penilai berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam seperti :

1. Pemeriksaan Ukuran Badan

i. Ketinggian
● Tinggi Tanpa Sepatu Minima (Lelaki 1.57m @ 157cm / Wanita 1.53m @ 153cm

ii. Berat badan
● Berat Badan Minima (Lelaki 48kg / Wanita 46kg)

iii. Body Mass Index (BMI)

iv. Calon Lantikan Terus

v. Ukuran Dada (Bagi Calon Lelaki Sahaja)
● Dada Keadaan Biasa – 79
● Dada Tarik Nafas – 84

2. Pemeriksaan Penglihatan

i. Jarak penglihatan “Visual Acuity” 6/9 tanpa memakai cermin mata atau kanta lekap “Contact Lenses”.

ii. Pengecaman warna dan nombor.

3. Pemeriksaan Pendengaran

4. Pemeriksaan Tubuh Badan dan Gaya Berjalan

i. Jari, tangan, kaki dan lain-lain anggota berkeadaan baik.

ii. Berkawad

Syarat Pemeriksaan Fizikal

1. Larian 2.4 km

  •  Lelaki : 14 minit
  •  Wanita : 17 minit

2. Bangun Tubi Dalam Masa 2 Minit

  • Lelaki : 30 kali
  • Wanita : 28 kali

3. Lari Ulang Alik (4 x 10meter)

  • Lelaki : 11 saat
  • Wanita : 13 saat

4. Lompat Jauh Berdiri

  • Lelaki : 215 sentimeter
  • Wanita : 162 sentimeter

Tips Lulus Ujian Fizikal Dan Kecergasan SPA. Jom Buat Sekarang

Tips Lulus Ujian Fizikal Dan Kecergasan SPA

Anda sudah lihat serta baca pemeriksaan untuk ujian fizikal dan kecergasan di atas bukan? Jadi, apa yang perlu anda lakukan?

  • Lakukan persediaan seperti membuat latihan kecergasan. Contohnya, anda boleh membuat latihan larian mengikut masa dan jarak yang telah ditetapkan oleh SPA.
  • Bagi calon yang BMI agak lebih daripada yang ditetapkan, anda boleh diet dengan cara yang sihat serta membuat latihan dengan betul supaya berat badan dan BMI anda menepati kehendak SPA.
  • Jaga kesihatan anda dengan baik. Pastikan anda menjaga kesihatan dengan minum air dengan secukupnya dan makan makanan yang sihat serta sihat tubuh badan sehingga hari ujian fizikal dijalankan.
  • Tidur dan rehat dengan secukupnya sekurangnya 3 hari sebelum hari ujian fizikal dan kecergasan dijalankan.
  • Jangan memaksa diri untuk melakukan setiap latihan sehingga mencederakan diri anda. Gunakan masa yang diberikan dengan melakukan latihan mengikut kemampuan anda.
  • Dapatkan nasihat kesihatan dan latihan fizikal daripada jurulatih kecergasan yang lebih pakar.
  • Hadir awal 30 minit sebelum ujian dan laporkan kepada urusetia ujian.
  • Pakai pakaian sukan mengikut panduan yang diberikan SPA.
  • Tenang dan bersedia ketika hari ujian dijalankan.

Tips Lulus Ujian Fizikal Dan Kecergasan SPA. Jom Buat Sekarang

Jadi, gunakan masa yang diberikan dengan secukupnya untuk membuat persediaan dan latihan. Semoga anda berjaya dalam ujian fizikal dan kecergasan yang akan datang.

Bagaimana Nak Lulus Exam PSEE KP41?

Khas untuk peperiksaan Pegawai Penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri, pihak kami telah mengeluarkan panduan khas untuk peperiksaan ini.

Anda perlu lulus peperiksaan PSEE dahulu sebelum anda layak dipanggil menghadiri Ujian Fizikal dan Kecergasan SPA.

Ok untuk makluman anda, ini merupakan satu-satunya rujukan yang dikeluarkan dan berada di pasaran. Tiada rujukan lain selengkap ini ya khas untuk exam KP41.

Untuk membeli dan mendapatkan panduan khas tersebut anda boleh terus ke laman tempahan KP41 melalui pautan di bawah.

TEMPAH PANDUAN KP41 KDN

Untuk pengetahuan anda, pakej rujukan khas ini mempunyai himpunan contoh soalan peperiksaan Pegawai Penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri, skema jawapan dan lengkap dengan nota ringkas untuk membantu calon peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41.

Jangan terlepas.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image