Permohonan Jawatan Jururawat U29 Menggunakan Sijil STP/STPM/Diploma/STAM Dan HSC

8,424

Adakah anda berminat untuk bekerja dalam sektor kerajaan sebagai seorang jururawat? Tentu ramai yang berminat bukan? Jururawat U29 merupakan antara kerjaya pilihan pencari kerja. Dengan pelbagai faedah dan insentif menarik jawatan ini juga dipandang mulia di mata masyarakat.

Persoalannya sekarang bagaimana hendak mohon jawatan Jururawat U29 ini? Ini pertanyaan yang selalu pihak Jawatan Kosong Kerajaan terima dalam email. Jadi dalam panduan ini, pihak kami ingin kongsikan dengan anda cara-cara untuk memohon jawatan Jururawat U29.

Untuk makluman anda, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah membuka tawaran sepanjang tahun untuk calon berminat memohon kekosongan jawatan Jururawat Gred U29. Jadi segala proses permohonan perlulah melalui portal SPA Malaysia.

Ikuti langkah permohonan yang akan diterangkan di bawah.

SEPINTAS LALU MENGENAI JAWATAN JURURAWAT U29

Jawatan Jururawat Gred U29 merupakan salah satu jawatan yang berada di bawah kendalian Kementeria Kesihatan Malaysia. Tugas utama Jururawat U29 adalah membantu dalam menguruskan makan minum serta melayan pesakit di hospital.

Gaji Jururawat U29 setiap bulan adalah antara RM1,797 hingga RM5,753. Kadar kenaikan setiap tahun pula adalah sebanyak RM145.

Permohonan bagi jawatan ini boleh dilakukan secara online sepanjang tahun di laman web rasmi bahagian permohonan (SPA8i). Tempoh sah laku permohonan adalah selama satu tahun.

Dalam tempoh setahun itu, jika ada ambilan anda berpeluang untuk dipanggil menjawat jawatan ini. Tiada tarikh tetap ambilan kerana ambilan hanya akan dijalankan sekiranya terdapat kekosongan dalam jawatan ini di Kementerian Kesihatan Malaysia.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN JURURAWAT U29

Sebelum memohon, pastikan anda telah memenuhi kesemua syarat-syarat yang telah ditetapkan di bawah ini untuk memastikan anda layak memohon jawatan Jururawat U29. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00)
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS JURURAWAT U29

Anda wajib tahu sedikit sebanyak tentang jawatan Jururawat U29. Perkara paling penting yang perlu anda tahu ialah bidang tugas Jururawat U29. Berikut merupakan bidang tugas bagi jawatan ini.

Perawatan Kesihatan Keluarga

  • Perkhidmatan lawatan ke rumah.
  • Perkhidmatan kesihatan di sekolah.
  • Perkhidmatan perancang keluarga.
  • Pendidikan kesihatan.

Latihan

  • Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa latihan mereka.

Menyelia

  • Menyelia pekerja-pekerja ‘Auxilliary’ dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi.
  • Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.

Pentadbiran

  • Mentadbir klinik.
  • Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah.
  • Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi.
  • Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan.

Tugas-tugas Jururawat Di Hospital

  • Penjagaan Pesakit
  • Mengurus dan melayan makan minum pesakit.
  • Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit.
  • Penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin.
  • Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran.
  • Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan.
  • Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan.
  • Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih.
  • Rawatan-rawatan lain mengikut arahan.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Untuk pengetahuan anda, selepas permohonan anda berjaya, anda perlu melalui dua lagi tapisan iaitu peperiksaan dan juga temuduga. Hanya beberapa jawatan sahaja yang terdapat peperiksaan dan semua jawatan yang ditawarkan oleh SPA ini terdapat temuduga.

Jadi, jika jawatan yang anda pohon itu terdapat peperiksaan, anda perlulah membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan ini.

Peperiksaan ini terbahagi kepada tiga seksyen iaitu seksyen pengetahuan am, seksyen daya penyelesaian masalah dan juga seksyen ujian psikometrik.

Seterusnya, calon yang berjaya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini akan dipanggil pula untuk menduduki temuduga. Dalam temuduga, calon akan dinilai dalam aspek kebolehan berkomunikasi, pengetahuan tentang jawatan yang dipohon serta kesediaan anda untuk menjawat jawatan dalam sektor kerajaan.

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN JURURAWAT U29

Layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i) untuk mengisi permohonan anda. Anda boleh klik link yang disediakan di bawah untuk anda mengisi permohonan secara online.Link

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN JURURAWAT U29

Layari laman web rasmi SPA untuk mendapatkan meklumat lebih lanjut berkaitan dengan permohonan jawatan ini. Klik link yang telah disediakan di bawah untuk ke laman web rasmi SPA.

laman web rasmi spa

Semoga artikel ini sedikit sebanyak membantu anda. Bagi anda yang berminat sila mohon dengan segera. Kami mendoakan kejayaan anda.

Pastikan anda rujuk permohonan jawatan lain di bawah:

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image