Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 Dengan Sijil STP/STPM/Diploma/STAM Dan HSC

753

Setiap tahun, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mencatatkan peningkatan dalam permohonan jawatan dalam sektor kerajaan yang diterima dari pencari kerja dan graduan seluruh negara. Pada tahun 2011 sahaja, SPA menerima sebanyak 1,123,692 permohonan untuk mengisi kekosongan pelbagai bidang.

Data ini menunjukkan bahawa pencari kerja menggemari jawatan dalam sektor kerajaan. Hal ini adalah kerana kebajikan pekerja dalam sektor kerajaan sangat terjaga di samping pelbagai insentif disediakan khas untuk pekerja sektor kerajaan.

Antara jawatan kerajaan pilihan yang dibuka permohonan sepanjang tahun adalah jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 yang berperanan menguruskan kerja-kerja berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan lain-lain.

Jawatan ini diletakkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam. Kadar gaji bagi jawatan ini adalah antara RM1,493 hingga RM5,672 manakala kadar kenaikan gaji tahunan adalah sebanyak RM145.

Permohonan bagi jawatan ini akan dibuka sepanjang tahun dan mempunyai tempoh sah sehingga satu tahun. Permohonan bolehlah dibuat secara online melalui laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i).

Baca artikel ini untuk dapatkan panduan lengkap permohonan jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29, syarat-syarat kelayakan memohon dan juga bidang tugas Penolong Pegawai Tadbir N29.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

Pastikan anda telah memenuhi kesemua syarat-syarat yang telah ditetapkan di bawah sebelum mengemukakan permohonan anda. Ini untuk memastikan anda layak memohon jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).
  • Calon bagi lantikan perlulah memperoleh Kepujian ( tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu tadbir (Perkeranian/ Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu tadbir (kewangan), Pemeriksa Cap jari dan pegawai Khidmat Pelanggan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

BIDANG TUGAS PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

Sebelum anda memohon sebarang jawatan yang ditawarkan dalam sektor kerajaan, pastikan anda ambil tahu serba sedikit mengenai bidang tugas jawatan yang anda mohon.

Di bawah merupakan bidang tugas Penolong Pegawai Tadbir N29. Ringkasnya berikut merupakan bidang tugas jawatan ini.

  • Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Beberapa jawatan yang ditawarkan oleh SPA ini memerlukan calon yang berjaya dalam permohonan untuk menduduki peperiksaan. Jadi, jika jawatan yang anda pohon tersebut memerlukan anda menduduki peperiksaan, anda perlulah membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan ini.

Peperiksaan ini perlu diambil secara online dan juga terbahagi kepada tiga seksyen iaitu Seksyen A akan menguji anda tentang aspek pengetahuan am, Seksyen B akan menguji anda tentang aspek daya penyelesaian masalah dan juga Seksyen C akan menguji anda tentang aspek ujian psikometrik.

Setelah anda berjaya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini, anda akan dipanggil pula untuk menduduki temuduga. Dalam temuduga, anda akan dinilai dalam aspek kebolehan berkomunikasi, pengetahuan tentang jawatan yang dipohon serta kesediaan anda untuk menjawat jawatan dalam sektor kerajaan.

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

Layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i) untuk mengisi permohonan anda. Anda boleh klik link yang disediakan di bawah untuk anda mengisi permohonan secara online.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

Layari laman web rasmi SPA untuk mendapatkan meklumat lebih lanjut berkaitan dengan permohonan jawatan ini. Klik link yang telah disediakan di bawah untuk ke laman web rasmi SPA.

laman web rasmi spa

Anda yang berhasrat untuk memohon, mohonlah segera, Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda dan semoga permohonan anda berjaya!

Pastikan anda rujuk permohonan jawatan lain di bawah:

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image