Permohonan Jawatan JPJ

Satu lagi jabatan kerajaan yang menawarkan peluang pekerjaan adalah pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Jawatan yang ditawarkan dibuka kepada lepasan SPM, STPM serta pemegang ijazah dan juga terbuka tidak kira kepada lelaki mahupun perempuan.

Baca luga: Contoh Soalan PTD.

Anda yang berminat bolehlah memohon jawatan ini untuk sesi pengambilan baru nanti. Untuk makluman anda, permohonan hanya boleh dibuat secara online di laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Permohonan juga dibuka sepanjang tahun, ini bermakna anda boleh melakukan permohonan pada bila-bila masa untuk pengisian jawatan. Sekiranya anda layak menjawat jawatan dan melepasi segala syarat yang ditetapkan maka secara automatiknya anda layak untuk dipanggil menghadiri sesi pemilihan atau temuduga nanti.

Baca juga: Cara Mohon Jawatan Guru Tabika KEMAS

Di bawah, portal Jawatan Kosong Terkini ingin kongsikan beberapa maklumat utama permohonan jawatan JPJ, syarat untuk memohon dan juga bidang tugas setiap jawatan. Sekiranya anda berminat dengan jawatan yang ditawarkan pastikan anda baca panduan permohonan ini.

Cara Kemuka Permohonan Jawatan Anggota JPJ Bagi Lepasan SPM, STPM Serta Pemegang Ijazah Untuk Lelaki & Wanita

JAWATAN-JAWATAN YANG DITAWARKAN OLEH JPJ

  1. Pemeriksa Kereta Motor AB19
  2. Pembantu Penguatkuasa KP19
  3. Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29
  4. Pegawai Penguatkuasa KP41

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN ANGGOTA JPJ

1.) Pemeriksa Kereta Motor

  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun ketika tarikh tutup permohonan.
  • Memiliki SPM atau kelayakan setaraf yang diiktiraf serta berpengalaman berkhidmat sebagai mekanik kenderaan. (Gaji: RM1,362.00)
  • Memiliki Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf kerajaan. (Gaji: RM1,362.00)
  • Memiliki SPM atau kelayakan setaraf yang lain yang diiktiraf serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji: RM1,420.12)
  • Memiliki SPM atau kelayakan setaraf yang lain yang diiktiraf serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji: RM1,478.24)

2,) Pembantu Penguatkuasa KP19

  • Berumur kurang daripada 18 tahun ketika tarikh permohonan ditutup.
  • Memiliki SPM atau kelayakan setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM1,360.00)
  • Bekas anggota polis atau tentera dan berpangkat sekurang-kurangnya Prebet atau Konstable atau yang setaraf dengannya dan jawatan tersebut telah disahkan, mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan mempunyai kebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji: RM1,360.00)
  • Memiliki SPM atau kelayakan setaraf yang lain yang diiktiraf serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji: RM1,416.40)
  • Memiliki SPM atau kelayakan setaraf yang lain yang diiktiraf serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji: RM1,472.80)
  • Mempunyai tinggi sekurang-kurangnya 1.57cm bagi lelaki dan 1.53cm bagi perempuan.
  • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi perempuan.
  • Memiliki BMI antara julat 19 hingga 26.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa tarik nafas. (lelaki sahaja).
  • Lulus ujian pemeriksaan mata.
  • Lulus ujian pengecaman warna dan bunyi.
  • Diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pegawai perubatan berdaftar
  • Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dalam SPM/SVM atau lain-laian setaraf yang diiktiraf.

3.) Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun ketika tarikh tutup permohonan.
  • Memiliki STPM atau kelayakan setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM1,493.00)
  • Memiliki STAM atau kelayakan setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM1,493.00)
  • Bekas anggota polis atau tentera sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan dan telah disahkan jawatan tersebut serta rekod perkhidmatan baik.
  • Memiliki Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf kerajaan dari IPT tempatan atau kelayakan setaraf dan diiktiraf. (Gaji: RM1,770.95)
  • Memiliki Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf kerajaan dari IPT tempatan atau kelayakan setaraf dan diiktiraf. (Gaji: RM1,846.15)
  • Mempunyai tinggi sekurang-kurangnya 1.57cm bagi lelaki dan 1.53cm bagi perempuan.
  • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi perempuan.
  • Memiliki BMI antara julat 19 hingga 26.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa tarik nafas. (lelaki sahaja).
  • Lulus ujian pemeriksaan mata.
  • Lulus ujian pengecaman warna dan bunyi.
  • Diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pegawai perubatan berdaftar
  • Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dalam SPM/SVM atau lain-laian setaraf yang diiktiraf.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c)
  • Lulus Peperiksaan Khas
  • Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan jika tarikh persaraan paksa adalah 55 atau 56 tahun.
  • Berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh lantikan jika tarikh persaraan paksa adalah 58 tahun
  • Berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan jika tarikh persaraan paksa adalah 60 tahun.

3.) Pegawai Penguatkuasa KP41

  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun ketika tarikh permohonan tamat.
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf dari IPT tempatan atau kelayakan lain setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM2,081.00)
  • Bekas anggota polis atau tentera yang berpangkat skurang-kurangnya Inspektor atau Leftanen Muda atau setaraf dengannya dan telah disahkan jawatan serta rekod perkhidmatan baik. (Gaji: RM2,081.00)
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf dari IPT tempatan atau kelayakan lain setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM2,285.00)
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf dari IPT tempatan atau kelayakan lain setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM2,387.21)
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang perikanan, pertanian dan holtikultur yang diiktiraf dari IPT tempatan atau kelayakan lain setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM2,390.37)
  • Mempunyai tinggi sekurang-kurangnya 1.57cm bagi lelaki dan 1.53cm bagi perempuan.
  • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi perempuan.
  • Memiliki BMI antara julat 19 hingga 26.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa tarik nafas. (lelaki sahaja).
  • Lulus ujian pemeriksaan mata.
  • Lulus ujian pengecaman warna dan bunyi.
  • Diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pegawai perubatan berdaftar
  • Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dalam SPM/SVM atau lain-laian setaraf yang diiktiraf.

Syarat Permohonan Secara Lantikan

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c)
  • Lulus Peperiksaan Khas
  • Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan jika tarikh persaraan paksa adalah 55 atau 56 tahun.
  • Berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh lantikan jika tarikh persaraan paksa adalah 58 tahun
  • Berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan jika tarikh persaraan paksa adalah 60 tahun.

BIDANG TUGAS ANGGOTA JPJ

1.) Pemeriksa Kereta Motor AB19

  • Menjalankan pemeriksaan untuk pastikan pembinaan dan penggunaan kenderaan bagi mematuhi perkara yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah yang dibuat di bawahnya.

2,) Pembantu Penguatkuasa KP19

  • Membantu membuat operasi penguatkuasaan, menyedia statistik penguatkuasaan, menyedia rekod operasi dan pendakwaan dan tugas lain yang diarahkan pihak atasan.

3.) Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

  • Membuat pemerisaan ke atas premis-premis yang menawarkan khidmat sewa untuk memastikan premis tersebut mengikut garis panduan peraturan.
  • Menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan, pendakwaan mahkamah, perlesenan dan ujian memandu.
  • Membantu menguruskan Pentadbiran Am dan kewangan bagi JPJ bahagian/negeri.

4.) Pegawai Penguatkuasa KP41

  • Menyelaras dan membuat pengesanan terhadap pentadbiran am dan pelaksanaan aktiviti Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan di peringkat cawangan/unit.
  • Menguatkuasa Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Untuk Dagangan 1987 serta kaedah pengangkutan jalan. Memberi khidmat nasihat dan memenuhi keperluan kepada stakeholders.

CARA MEMOHON JAWATAN ANGGOTA JPJ

Untuk mengemukakan permohonan, anda bolehlah layari laman web rasmi SPA dan anda perlu mengisi permohonan secara online. Klik link di bawah untuk memohon.

Link Permohonan: https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Cara Kemuka Permohonan Jawatan Anggota JPJ Bagi Lepasan SPM, STPM Serta Pemegang Ijazah Untuk Lelaki & Wanita

 

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN ANGGOTA JPJ

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan jawatan ini, anda bolehlah layari laman web rasmi SPA dan juga laman web rasmi JPJ. Klik link di bawah untuk terus ke laman web rasmi tersebut.

Laman web rasmi SPA: http://www.spa.gov.my/web/guest/home

Portal SPA

Laman web rasmi JPJ: http://www.mot.gov.my/en

Laman Rasmi JPJ

Bagi anda yang berminat, kemukakanlah permohonan dengan segera. Ambillah peluang ini. Kami mendoakan kejayaan anda!

PERMOHONAN JPJ 2018?

Untuk makluman anda, buat masa ini tiada lagi hebahan ambilan rasmi anggota JPJ dikeluarkan oleh pihak SPA Malaysia. Namun, anda masih boleh memohon jawatan yang ditawarkan JPJ melalui portal Rasmi SPA.

Untuk memastikan anda tidak terlepas segala hebahan berkaitan jawatan kosong kerajaan dan SPA pastikan anda daftar sebagai pembaca Portal Kerjaya terlebih dahulu.

Pihak kami akan hebahkan segala maklumat berkaitan permohonan jawatan kosong 2018 dan juga jawatan kerajaan lain terus ke email anda nanti.

Pastikan anda daftar sebagai pembaca melalui pautan di bawah.

DAFTAR EMAIL ANDA DI BAWAH:

Pastikan anda ikut arahan pendaftaran. Periksa email anda dengan segera dan sahkan pendaftaran anda untuk membolehkan anda menerima email dari Portal Kerjaya.

Leave a Reply