Permohonan Jawatan Penolong Juruaudit W29 Dengan Sijil STP/STPM/Diploma/STAM Dan HSC

482

Seringkali kedengaran cakap-cakap yang keluar dari mulut masyarakat yang mengatakan bahawa peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan sangatlah terhad ketika ini. Sebenarnya, pandangan itu tidak tepat sama sekali.

Untuk makluman anda, ratusan jawatan sektor kerajaan dibuka untuk permohonan anda di laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Anda hanya perlu memastikan kelayakan-kelayakan yang diperlukan ada pada diri anda dan seterusnya anda bolehlah memilih jawatan yang anda minat.

Jabatan Audit Negara merupakan salah satu jabatan yang turut menawarkan jawatan kosong di laman web rasmi SPA. Jawatan yang ditawarkan itu adalah jawatan Penolong Juruaudit Gred W29. Kelayakan akademik yang diperlukan bagi memohon jawatan ini adalah Diploma atau apa-apa kelayakan lain yang setaraf.

Penolong Juruaudit W29 berperanan menolong Juruaudit dalam menjalankan auditan terhadap akaun dan aktiviti-aktiviti kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain kumpulan wang yang di bawah bidang kuasa Ketua Audit Negara.

Gaji bulanan bagi jawatan ini pula adalah antara RM1,498 hingga RM5,678. Selain itu, kadar kenaikan gaji tahunan pula adalah sebanyak RM145.

Permohonan bagi jawatan ini dibuka sepanjang tahun dan boleh dilakukan secara online melalui laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i). Ambilan jawatan ini pula hanya dijalankan jika terdapat kekosongan jawatan ini di Jabatan Audit Negara.

Dapatkan panduan lengkap permohonan jawatan Penolong Juruaudit W29, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini serta bidang tugas Penolong Juruaudit W29 melalui artikel ini.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PENOLONG JURUAUDIT W29

Anda perlu mengetahui semua syarat-syarat kelayakan memohon jawatan Penolong Juruaudit W29 yang telah ditetapkan. Pastikan anda memenuhi semua syarat yang ditetapkan ini sebelum anda mengemukakan permohonan. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan memohon.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan
  • Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau
  • Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau
  • Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,776.08); atau
  • Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM2001.68).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Juruaudit adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Juruaudit Gred W29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

BIDANG TUGAS PENOLONG JURUAUDIT W29

Anda juga perlu mengetahui bidang tugas Penolong Juruaudit W29 jika anda ingin memohon jawatan ini. Antara bidang tugas Penolong Juruaudit W29 adalah seperti berikut

  • Menolong Juruaudit dalam menjalankan auditan terhadap akaun dan aktivit-aktiviti Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain kumpulan wang yang di bawah bidang kuasa Ketua Audit Negara.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Untuk makluman anda, tidak semua jawatan yang ditawarkan oleh SPA ini terdapat peperiksaan. Hanya sesetengah jawatan sahaja yang perlu pemohon duduki peperiksaan setelah permohonannya berjaya. Sekiranya jawatan yang anda pohon itu terdapat peperiksaan, anda harus menduduki peperiksaan tersebut secara online.

Persediaan yang rapi haruslah dilakukan untuk menghadapi peperiksaan ini. Peperiksaan ini dibahagikan kepada tiga seksyen iaitu Seksyen A berkaitan pengetahuan am, Seksyen B berkaitan daya penyelesaian masalah dan Seksyen C berkaitan ujian psikometrik.

Baca: Contoh Soalan Peperiksaan Juruaudit & Penolong Juruaudit

Seterusnya, bagi calon yang mendapat keputusan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini akan dipanggil pula untuk menghadiri temuduga. Temuduga ini bertujuan untuk melihat kebolehan berkomunikasi anda serta sejauh mana anda bersedia untuk menjadi penjawat awam.

CARA-CARA MEMOHON JAWATAN PENOLONG JURUAUDIT W29

Untuk memohon, layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i) dan isi permohonan anda di situ. Sila klik link yang telah kami sediakan di bawah untuk mengisi permohonan anda.

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PERMOHONAN JAWATAN PENOLONG JURUAUDIT W29

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan jawatan ini, anda boleh layari laman web rasmi SPA. Klik link yang disediakan di bawah untuk ke laman web rasmi SPA.

Mohonlah segera jika anda berminat dengan jawatan yang ditawarkan ini. Semoga artikel ini bermanfaat kepada anda dan semoga permohonan anda membuahkan hasil.

Pastikan anda rujuk permohonan jawatan lain di bawah:

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image