Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 Dengan Sijil STP/STPM/Diploma/STAM Dan HSC

2,307

Saban tahun, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerima lebih daripada satu juta permohonan bagi jawatan dalam sektor kerajaan yang ditawarkan oleh pihak mereka. Sebagai contoh, bagi tahun 2012, sebanyak 1,058,877 permohonan telah diterima.

Antara jawatan yang ditawarkan ambilan di laman web rasmi SPA adalah jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29. Jawatan ini adalah di bawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia. Diploma atau sijil lain yang setaraf diperlukan untuk memohon jawatan ini sebagai syarat akademik.

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan berperanan menjalankan tugas dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, ko-kurikulum dan lain-lain. Kadar gaji setiap bulan untuk jawatan ini adalah antara RM1,698 hingga RM5,717. Sementara itu, kadar kenaikan tahunan pula adalah sebanyak RM145.

Permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan boleh dibuat secara online dengan mengisi borang SPA8i. Permohonan juga dibuka sepanjang tahun dan sah tempoh permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan adalah selama satu tahun.

Sebelum memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan pastikan anda rujuk cara kemuka permohonan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 ini terlebih dahulu, semak syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini serta bidang tugas seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG29

Anda perlu mengetahui semua syarat-syarat kelayakan memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 yang telah ditetapkan. Pastikan anda memenuhi semua syarat yang ditetapkan ini sebelum anda mengemukakan permohonan. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan memohon.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Diploma dalam bidang perguruan daripada institusi Perguruan tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,698.00); atau
  • Diploma dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,844.44)

BIDANG TUGAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG29

Anda juga perlu mengetahui bidang tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 jika anda ingin memohon jawatan ini. Antara bidang tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 adalah seperti berikut:

  • Menjalankan tugas dalam bidang pengajaran dan pembelajaran (kurikulum), ko-kurikulum (sukan/kelab/persatuan/badan beruniform),
  • Pengurusan hal ehwal murid (keselamatan/kebajikan/kesihatan/bina insan/sistem maklumat murid/koperasi/lawatan).
  • Menjalankan tugasan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan pengurusan pejabat dan pentadbiran serta kewangan, pembangunan fizikal, pembangunan staf dan hubungan komuniti.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Untuk setiap permohonan yang berjaya, anda akan menduduki peperiksaan yang dinamakan peperiksaan perkhidmatan awam (jika jawatan yang dipohon itu terdapat peperiksaan). Dalam peperiksaan ini, anda akan diuji tentang pengetahuan am, pengetahuan tentang jawatan yang dipohon, ujian psikometrik dan daya penyelesaian masalah. Peperiksaan ini juga akan dijalankan secara online.

Anda perlu lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan untuk membolehkan anda dipanggil temuduga. Dalam temuduga, anda akan diuji daripada aspek kemahiran berkomunikasi dan juga soalan berkaitan jawatan yang dipilih. Pastikan anda bersedia dengan pengetahuan yang tinggi mengenai jawatan yang anda pilih dan melatih diri untuk berkomunikasi dengan baik.

CARA-CARA MEMOHON JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG29

Untuk memohon, layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i) dan isi permohonan anda di situ. Sila klik link yang telah kami sediakan di bawah untuk mengisi permohonan anda.

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG29

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan jawatan Pembantu Arkib S19, anda boleh layari laman web rasmi SPA. Klik link yang disediakan di bawah untuk ke laman web rasmi SPA.

Anda yang berhasrat untuk memohon, mohonlah segera, Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda dan semoga permohonan anda berjaya!

Pastikan anda rujuk permohonan jawatan lain di bawah:

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image