#INFORMASI ID: REF-394407

17,000 PENJAWAT AWAM LANTIKAN POLITIK AKAN DITAMATKAN PERKHIDMATAN.

AUTHOR: ADMIN
UPDATED: 20 MAY 2018
READ: 1m
17,000 Penjawat Awam Lantikan Politik Akan Ditamatkan Perkhidmatan
Intelligence_System_v13.0  //  Signal: Optimal Total Library: 450+ INTEL_SETS

Kerajaan akan menyingkirkan 17,000 kakitangan awam dari lantikan politik bagi menjimatkan perbelanjaan negara, umum perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau menyifatkan jawatan lantikan politik sebagai ‘pembaziran’ yang harus ditangani kerajaan. “Kita dapati terlalu banyak kontrak pegawai. Pegawai kontrak ini kalau ada diberi kontrak kerana keperluan pentadbiran, tetapi ada juga yang diberi kontrak kerana politik […]

Kerajaan akan menyingkirkan 17,000 kakitangan awam dari lantikan politik bagi menjimatkan perbelanjaan negara, umum perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menyifatkan jawatan lantikan politik sebagai ‘pembaziran’ yang harus ditangani kerajaan.

“Kita dapati terlalu banyak kontrak pegawai. Pegawai kontrak ini kalau ada diberi kontrak kerana keperluan pentadbiran, tetapi ada juga yang diberi kontrak kerana politik iaitu mereka adalah political appointees.

“Dan political appointees ini akan kita akan tamatkan semuanya.

“Kita mendapati bahawa seramai 17,000 orang adalah lantikan politik, kita perlu menyusunnya bagi tujuan penjimatan,” katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata kakitangan berpendapatan rendah, termasuk pemandu, tidak akan ditamatkan tetapi akan dipindahkan mengikut kelayakan mereka.

Pada masa ini terdapat 1.6 juta penjawat awam dan 778,894 pesara kerajaan.

Kerajaan telah membentangkan RM280.25 bilion dalam Bajet 2018, di mana RM79.15 bilion digunakan sebagai bayaran emolumen.

Beliau juga berkata penjawat awam di kementerian yang terbabit dengan penstrukturan semula akan dipindahkan ke jabatan dan agensi tertentu mengikut kesesuaian bagi mengelak mereka hilang pekerjaan.

Baca juga: Senarai Menteri Kabinet 2018

Tamat Intel_Report // REF-394407
admin
Verified_Intelligence_Lead

ADMIN.

Penganalisis & Perancang Strategi Kerjaya. Membantu graduan memahami pasaran kerja melalui pendekatan data dan risikan terkini.

DEEP_EXPLORATION.

Total_Library

450+ INTEL_SETS