Info Kerjaya Malaysia

Permohonan Jawatan Penolong Akauntan W29 Dengan Sijil STP/STPM/Diploma/STAM Dan HSC

1,381

Penolong Akauntan Gred W29 merupakan salah satu jawatan yang ditawarkan ambilan melalui laman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan dibuka untuk permohonan. Jawatan Penolong Akauntan W29 tergolong dalam jawatan Kumpulan Pelaksana.

Penolong Akauntan W29 ini terletak di bawah kendalian pelbagai kementerian dan juga jabatan. Tugas Penolong Akauntan W29 adalah melaksana serta menyelia sistem dan operasi berkaitan akaun pembayaran gaji, kutipan hasil, daftar deposit dan sebagainya.

Kadar gaji bulanan bagi jawatan ini pula adalah dalam lingkungan RM1,498 hingga RM5,678. Sementara itu, kadar kenaikan gaji tahunan bagi jawatan Penolong Akauntan W29 ini pula adalah sebanyak RM145.

Bagi sesiapa yang berminat bolehlah mengisi permohonan secara online di laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i) yang dibuka sepanjang tahun serta mempunyai tempoh sah laku selama satu tahun.

Untuk makluman anda juga, ambilan bagi jawatan ini hanya akan dibuka sekiranya terdapat kekosongan bagi jawatan ini di mana-mana kementerian serta jabatan kerajaan. Namun, anda dinasihatkan untuk kemukakan permohonan awal untuk mengelakkan terlepas peluang menjawat jawatan ini.

Dapatkan panduan lengkap permohonan jawatan Penolong Akauntan W29, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini dan juga bidang tugas Penolong Akauntan W29 dalam artikel ini.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PENOLONG AKAUNTAN W29

Anda perlu mengetahui semua syarat-syarat kelayakan memohon jawatan Penolong Akauntan W29 yang telah ditetapkan. Pastikan anda memenuhi semua syarat yang ditetapkan ini sebelum anda mengemukakan permohonan. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan memohon.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau
  • Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau
  • Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,776.08)
  • Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM2001.68).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Akauntan dan Pembantu Tadbir (Kewangan) adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Akauntan Gred W29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

BIDANG TUGAS PENOLONG AKAUNTAN W29

Anda juga perlu mengetahui bidang tugas Penolong Akauntan W29 jika anda ingin memohon jawatan ini. Antara bidang tugas Penolong Akauntan W29 adalah seperti berikut:

  • Bertanggungjawab melaksanakan, menyelia sistem dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Untuk makluman anda, tidak semua jawatan yang ditawarkan oleh SPA ini terdapat peperiksaan. Hanya sesetengah jawatan sahaja yang perlu pemohon duduki peperiksaan setelah permohonannya berjaya. Sekiranya jawatan yang anda pohon itu terdapat peperiksaan, anda harus menduduki peperiksaan tersebut secara online.

Persediaan yang rapi haruslah dilakukan untuk menghadapi peperiksaan ini. Peperiksaan ini dibahagikan kepada tiga seksyen iaitu Seksyen A berkaitan pengetahuan am, Seksyen B berkaitan daya penyelesaian masalah dan Seksyen C berkaitan ujian psikometrik.

Baca: Contoh Soalan Penolong Akauntan W29

Seterusnya, bagi calon yang mendapat keputusan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini akan dipanggil pula untuk menghadiri temuduga. Temuduga ini bertujuan untuk melihat kebolehan berkomunikasi anda serta sejauh mana anda bersedia untuk menjadi penjawat awam.

CARA-CARA MEMOHON JAWATAN PENOLONG AKAUNTAN W29

Untuk memohon, layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i) dan isi permohonan anda di situ. Sila klik link yang telah kami sediakan di bawah untuk mengisi permohonan anda.

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PERMOHONAN JAWATAN PENOLONG AKAUNTAN W29

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan jawatan ini, anda boleh layari laman web rasmi SPA. Klik link yang disediakan di bawah untuk ke laman web rasmi SPA.

Untuk anda yang berhasrat memohon jawatan ini segralah kemukakan permohonan anda. Kami berharap artikel ini dapat membantu anda dalam membuat permohonan. Selamat berjaya kami ucapkan!

Pastikan anda rujuk permohonan jawatan lain di bawah:

close-image