Info Kerjaya Malaysia

Cara Daftar dan Aktifkan i-Akaun KWSP Untuk Pengeluaran i-Lestari

14,631

Cara Daftar dan Aktifkan i-Akaun KWSP Untuk Pengeluaran i-Lestari.

Untuk makluman, pengeluaran KWSP Akaun 2 boleh dilakukan sekiranya anda mendaftar e-Pengeluaran KWSP melalui i-Akaun.

Melalui I-Akaun anda boleh melakukan pengeluaran KWSP secara online melalui laman web rasmi KWSP pada bila-bila masa.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/EPF) memudahkan akses simpanan KWSP melalui i-Akaun (Ahli), di mana ahli boleh menyemak baki simpanan setiap akaun (Akaun 1, Akaun 2), menyemak dividen tahunan KWSP,

Khasnya bagi pengeluaran KWSP Akaun 2 COVID-19 yang diumumkan kerajaan dalam senarai Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Kerajaan. Untuk membuat pengeluaran RM500 sebulan anda perlulah mendaftarkan i-Akaun KWSP.

Bagi pencarum yang belum mendaftar i-Akaun, anda bolehlah membuat pendaftaran dengan segera.

Tatacara pendaftaran dan pengeluaran KWSP Akaun 2 adalah seperti di bawah.

Cara Mendaftar Dan Mengaktifkan i-Akaun KWSP

1. Pergi ke mana-mana Kios atau Kaunter KWSP yang berhampiran untuk mendaftar. Selepas selesai mendaftar anda akan menerima SMS yang mengandungi ID Pengguna dan Kata Laluan sementara untuk iAkaun anda.
2. Layari www.kwsp.gov.my, pergi kepada bahagian “Saya Ahli (i-Akaun)” dan tekan butang “Log Masuk”.
3. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.
*Pengaktifan perlu dilakukan dalam masa 30 hari anda menerima SMS.
4. Baca Terma Dan Syarat yang dipaparkan dan pilih “Setuju”.
5. Kemudian tukar ID Pengguna sementara kepada yang baharu (kekal), masukkan Kata Laluan baharu, pilih imej online untuk pengesahan dan masukkan Frasa Rahsia anda. *Jika ID Pengguna tidak diubah, ID Pengguna sementara akan digunakan sebagai ID Pengguna kekal.
6. Apabila pengaktifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
7. Log masuk dengan maklumat akaun baru untuk akses i-Akaun KWSP anda.

Panduan Pendaftaran Cara Daftar Keluarkan Wang KWSP Akaun 2.

Di bawah merupakan infografik rasmi pendaftaran yang dikeluarkan KWSP. Anda boleh rujuk juga infografik di bawah.

Cara Daftar Keluarkan Wang KWSP Akaun 2 Cara Daftar Keluarkan Wang KWSP Akaun 2

Pengeluaran KWSP Akaun 2 Bantuan COVID-19

Bagi Pencarum KWSP Dibenar Keluarkan RM 500 Sebulan Dari Akaun 2 Bermula 1 April Ini, anda boleh terus mendaftar i-Akaun untuk urusan pengeluaran KWSP akaun 2 pada 1 April nanti.

Adalah dinasihatkan anda untuk membuat pendaftaran secara online bagi mengelakkan anda ke pejabat KWSP bagi urusan pengeluaran.

Kemudahan Yang Disediakan Dalam i-Akaun

Selain dari pengeluaran KWSP akaun 2 yang dinyatakan, pencarum juga boleh melakukan pelbagai perkhidmatan lain secara online yang ditawarkan oleh i-Akaun (Ahli) KWSP diantaranya ialah:

  • Perkhidmatan e-Pengeluaran
  • Semakan Penyata KWSP tahun semasa dan tahun sebelumnya
  • Semakan status permohonan pengeluaran
  • Semakan sejarah pengeluaran
  • Semakan status penamaan
  • Kiraan anggaran amaun pengeluaran perumahan, simpanan dan pelaburan
  • Kemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  • Semakan rekod transaksi caruman KWSP selama 2 tahun terkini

Untuk maklumat lanjut anda boleh terus layari laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/

close-image