Info Kerjaya Malaysia

Senarai Bantuan Untuk Rakyat Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 2020

2,975

Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 ‘Memperkukuh Keyakinan, Merangsang Pertumbuhan, Melindungi Pekerjaan‘, bagi meningkatkan semula ekonomi dalam negara yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 ke seluruh dunia.

Penularan wabak ini telah memberi kesan besar kepada ekonomi terutama sekali sektor pelancongan, akibat pengurangan mendadak pelancong luar negara ke Malaysia.

Bagi menangani keadaan ini, Kerajaan akan mengambil tiga langkah pendekatan dalam strategi yang pertama tersebut. Pertamanya, memudahkan aliran tunai bagi perniagaan yang terkesan. Keduanya, bantuan kepada individu yang terjejas dan ketiganya, merangsang permintaan dalam industri pelancongan

Di bawah antara intipati Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang diumumkan yang secara tidak langsung memberi kebaikan kepada rakyat.

1. RM600 Untuk Pemandu Teksi, Bas, Beca & Pelancong

Kerajaan mengakui kadar ketibaan pelancong yang berkurangan telah memberi impak negatif kepada pihak-pihak yang yang bergantung kepada industri pelancongan. Kerajaan akan memberikan bayaran secara one-off sebanyak RM600 kepada pemandu teksi, pemandu bas persiaran dan pemandu pelancong dan penarik beca yang berdaftar.

2. Elaun Khas Pegawai Perubatan dan Imigresen

Sebagai tanda penghargaan kepada petugas awam barisan hadapan di dalam memerangi COVID-19, kerajaan akan memberi elaun khas sebanyak RM400 sebulan kepada doktor serta kakitangan perubatan, dan RM200 kepada Imigresen dan kakitangan lain yang terlibat. Bantuan elaun khas ini berkuatkuasa Februari 2020 hingga wabak ini berakhir.

3. Baucer Pelancongan dan Pelepasan Cukai RM1,000

Bagi merangsang industri pelancongan pula, Kerajaan akan menyediakan inisiatif seperti berikut:

Pertama: Pelepasan cukai individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik;

Kedua: Rakyat Malaysia diberi baucer digital bagi pelancongan domestik sehingga RM100 seorang untuk penerbangan domestik, keretapi dan penginapan di hotel berlesen. Di samping itu, Kerajaan juga akan menyediakan geran padanan untuk mempromosi pelancongan. Peruntukan sebanyak RM500 juta disediakan untuk langkah ini.

4. Caruman Minima KWSP 7%

Kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dikurangkan sebanyak empat peratus iaitu daripada 11 peratus kepada 7 peratus. Ini bermakna, RM10 bilion akan kekal di tangan pencarum berkuatkuasa sehingga akhir tahun ini.

5. Bantuan BSH ditambah RM150 & Di Bayar Mac 2020

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) pula akan menerima tambahan RM150 pada bulan Mei, dalam bentuk RM100 dikreditkan terus ke dalam akaun bank dan RM50 secara e-tunai. Manakala bayaran ansuran BSH bulan Mei sebanyak RM200, akan dipercepatkan ke bulan Mac.

Secara keseluruhan, kerajaan akan membelanjakan sebanyak RM20 bilion dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bagi memastikan risiko ekonomi berkaitan penularan wabak COVID-19 ketika ini dapat ditangani dengan berkesan.

Sumber: Pakej Rangsangan Ekonomi 2020

close-image