Senarai Lengkap Bantuan Kewangan Kerajaan Untuk Rakyat Akibat COVID-19

0

Senarai Bantuan Kerajaan Untuk Rakyat Akibat COVID-19.

Tidak dinafikan bahawa penularan wabak Covid-19 yang semakin meluas di Malaysia telah menyebabkan rakyat Malaysia mengalami kesusahan dalam kehidupan harian. Wabak ini bukan sahaja telah menjejaskan kesihatan, malah turut menjejaskan perniagaan dan kehidupan sosial masyarakat.

Menurut laporan Sinar Harian, syarikat penerbangan Malaysia Airlines telah pun mengumumkan bahawa seramai 13,000 pekerja syarikat tersebut perlu mengambil cuti tanpa gaji disebabkan banyak penerbangan yang terpaksa dibatalkan.

Itu baru satu syarikat penerbangan, bayangkan banyak lagi syarikat dan premis perniagaan yang lain telah mengarahkan pekerja bercuti seketika berikutan dengan penularan wabak yang berlaku di mana telah menyebabkan ramai pekerja terpaksa menanggung nasib cuti tanpa gaji.

Berikutan dengan masalah yang berlaku ini, kerajaan telah memutuskan untuk memberi beberapa jenis bantuan kepada individu yang memerlukan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Berikut adalah jenis-jenis bantuan yang kerajaan peruntukkan susulan penularan wabak Covid-19.

BANTUAN KERAJAAN SUSULAN PENULARAN WABAK COVID-19

1. Bantuan Bagi Pekerja Yang Terpaksa Cuti Tanpa Gaji

Bantuan kewangan sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum enam bulan akan diberikan kepada pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji susulan penularan wabak Covid-19.

Pekerja yang layak menerima bantuan ini adalah pekerja yang diberi notis  kerja tanpa gaji mulai 1 Mac 2020. Penerima bantuan ini juga layak untuk mencarum Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dengan gaji tidak melebihi RM4,000 sebulan.

Seramai 33,000 pekerja disasarkan menerima faedah tersebut dengan peruntukan sebanyak RM120 juta.

2. Bantuan Kepada B40 Yang Menerima BSH

Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah diumumkan pada 27 Februari 2020 melibatkan pembayaran BSH 2020 fasa 2 sebanyak RM200 yang dijangka pada Mei 2020 telah diawalkan bayaran pada 16 Mac 2020.

Penerima BSH 2020 juga akan menerima bantuan tambahan RM100 yang akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan dan juga e-tunai sebanyak RM50 yang akan disalurkan pada Mei 2020.

3. Diskaun Penggunaan Elektrik

Diskaun TNB sementara selama enam bulan sebanyak 15% daripada bil elektrik secara bulanan bagi agensi pelancongan, syarikat penerbangan, pusat membeli belah, pusat konvensyen dan pameran diperuntukkan mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020.

Diskaun caj elektrik juga diberikan kepada pengguna dalam sektor komersial, perindustrian dan pertanian serta pengguna domestik sebanyak 2% untuk tempoh 6 bulan bermula 1 April 2020.

Info penuh di sini: Diskaun TNB

4. Pemberian Kontrak Bagi Kontraktor Kerajaan

Projek-projek kecil seperti kerja penyelenggara dan pembaikan infrastruktur kecil seluruh negara terutamanya di luar bandar bernilai RM2 bilion yang diumumkan dalam PRE2020 oleh PM7 akan mula dilaksanakan pada bulan April 2020.

Proses pemberian kontrak akan dipercepatkan bagi membantu kontraktor kerajaan.

5. Penangguhan Bayaran Pelanggan TEKUN, Bank Rakyat dan SME Bank

Pelanggan 3 institusi kewangan atau peminjam wang di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi iaitu TEKUN, Bank Rakyat dan SME Bank yang terkesan akibat Covid-19 dibenarkan menangguh bayaran pembiayaan selama 6 bulan mulai hari ini.

SME Bank menawarkan dana pinjaman khas RM1 bilion dengan kadar faedah rendah 3.75% kepada semua SME.

Lihat ini senarai 19 bank yang menawarkan penangguhan pembayaran loan.

6. Permohonan Bantuan Khas COVID-19 RM100 Sehari

Tahukah anda kerajaan akan menyalurkan bantuan COVID-19 sebanyak RM100 sehari kepada individu yang terkesan wabak Coronavirus.

Bantuan ini diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dengan geran sebanyak RM1 juta. Bantuan ini terhad kepada individu yang tiada pendapatan tetap atau tiada gaji sepanjang 14 hari tempoh pengawasan di rumah.

Sila baca dan Download Borang Permohonan Bantuan Khas COVID-19 RM100 Sehari ini.

Senarai Lengkap Bantuan Kerajaan Untuk Rakyat Akibat COVID-19

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan bagi mengurangkan penularan wabak penyakit ini dan bantuan disediakan bagi membantu rakyat yang mengalami kesusahan disebabkan wabak penyakit ini.

Kita pula sebagai rakyat haruslah bertanggungjawab dalam memastikan penularan ini berkurangan dengan sentiasa mengikut perintah kerajaan. Semoga penularan ini tidak berpanjangan dan ada jalan penyelesaiannya.

Leave a Reply