Program JUMPER PUNB 2024 Khas Untuk Graduan Dengan Elaun RM1200 Sebulan. Ini Cara Mohon

Program JUMPER PUNB 2024 Khas Untuk Graduan Dengan Elaun RM1200 Sebulan. Ini Cara Mohon

Apakah itu Program JUMPER PUNB? Program ini adalah merupakan salah satu program latihan keusahawanan bagi siswazah muda Bumiputera atau Perantis yang mana memilih menjadi usahawan sebagai kerjaya pilihan mereka.

Untuk pengetahuan semua, para usahawan siswazah muda didedahkan kepada pembelajaran sebenar mengenai pengurusan perniagaan melalui latihan sangkut di syarikat mentor yang berada di bawah naungan PUNB.

Tujuan Program JUMPER PUNB 2024

Tujuan program ini diwujudkan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perantis sebagai persediaan awal bagi tujuan menjadi seorang usahawan.

Syarat Kelayakan Program JUMPER PUNB 2024

Sebelum anda menyertai program ini, semak dahulu syarat kelayakan seperti berikut :

  • Berminat untuk menjadi usahawan dan sedang mencari platform latihan serta bimbingan dalam bidang perniagaan.
    Bumiputera tidak melebihi 30 tahun semasa tarikh pendaftaran.
  • Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2 ke atas) dari Institusi Pengajian yang diiktiraf Kerajaan.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman kerja (termasuk latihan industri) dalam apa jua industri.
  • Sanggup menjalani latihan sepenuh masa.
  • Proses Permohonan Program JUMPER ‘Start Up’

 

Berikut adalah turutan proses permohonan Program JUMPER ‘Start Up’ :

  • Pendaftaran dan semakan kelayakan.
  • Panggilan temuduga bagi pemohon yang layak.
  • Makluman kepada pemohon yang berjaya sertai program.
  • Temuduga bersama mentor dan makluman penempatan latihan.
  • Peserta menghadiri kursus induksi dan motivasi keusahawanan.
  • Peserta lapor diri dan latihan bermula

Cara Mendaftar Dan Memohon Program JUMPER PUNB

Untuk mendaftar dan memohon Program JUMPER ‘Start Up’ , sila ikuti langkah-langkah berikut :

  • Klik sini untuk DAFTAR
  • Isikan semua maklumat yang diperlukan.
  • Klik HANTAR.
  • Kemudian klik sini untuk PERMOHONAN.
  • Isikan semua maklumat yang diperlukan.
  • Sediakan dokumen seperti Salinan Kad Pengenalan, Resume dan Salinan Sijil Akademik tertinggi pemohon.
  • Pemohon yang sedang berniaga perlu sertakan salinan pendaftaran syarikat (SSM) dan penyata bank (sekiranya ada) untuk tempoh 2 bulan terkini.

Tarikh Tutup Permohonan

Bagi anda yang berminat dengan program JUMPER ini, sila buat pendaftaran dan permohonan sebelum :

  • 30 April 2024

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Program JUMPER, sila hubungi :

  • Talian Bebas Tol : 1300-13-7862
  • Emel : [email protected]
  • Facebook: https://www.facebook.com/punbofficial
  • Instagram: https://www.instagram.com/punbofficial/
  • Linkedin: https://www.linkedin.com/company/punbofficial/
  • Twitter: https://twitter.com/punb_official
  • Youtube: https://www.youtube.com/c/punbofficial
  • TikTok: https://www.tiktok.com/@punbofficial

You might also like
close-image