2 Golongan Ini Automatik Dapat Bantuan Prihatin Nasional Tanpa Perlu Mohon. Tapi Semak Kelayakan Dulu

24,275

Kini bermulanya semakan dan pendaftaran untuk permohonan Bantuan Prihatin Nasional. Pemohon yang layak dan cukup syarat kriteria kelayakan boleh membuat semakan dan permohonan dengan kadar segera.

Baca juga: Pengeluaran KWSP RM500 i-Lestari Kini di Buka

Untuk makluman anda, tak semua pemohon perlu membuat permohonan ini kerana ada pemohon akan layak mendapat bantuan secara automatik dari kerajaan.

Jadi golongan mana yang automatik akan dapat bantuan Prihatin Rakyat ini tanpa perlu memohon. Ini kerana lain orang lain rekod bantuan yang telah diterima.

SIAPA AKAN TERIMA BANTUAN SECARA AUTOMATIK?

Berdasarkan hebahan rasmi LHDN, golongan-golongan di bawah tidak perlu mengemukakan permohonan mereka. Secara automatik mereka akan menerima bantuan ini.

1 Seperti yang kita tahu, jika seseorang itu pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH), mereka tidak perlu membuat apa-apa permohonan lagi untuk Bantuan Prihatin. Mereka hanya perlu tunggu bantuan masuk ke bank yang didaftarkan dengan BSH sahaja.

2 Jika nama anda ada rekod dalam LHDN pula, anda juga tidak perlu lagi membuat permohonan baru. Anda hanya perlu semak kelayakan sahaja mulai 1 April. Ini kerana rekod dan database anda sudah ada di dalam sistem LHDN

Ini termasuk penerima BSH sedia ada (2019, 2020 mahupun yang sedang dalam kemaskini); atau pembayar cukai sedia ada yang telah mengemaskini maklumat cukai melalui e-filing.

Jadi anda hanya perlu tunggu makluman email dari LHDN sahaja.

Automatik Dapat Bantuan Prihatin Nasional

SIAPA YANG PERLU MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL?

Permohonan Bantuan Prihatin Nasional hanya perlu dibuat oleh mereka yang tidak pernah menerima bantuan dari kerajaan sebelum ini. Sama ada bantuan BRIM atau BSH. Ini termasuk pemohon yang belum pernah mendaftar membayar cukai sebelum ini.

Namun pastikan anda membuat semakan di laman LHDN terlebih dahulu untuk memastikan rekod pengenalan anda belum pernah didaftarkan sebelum ini.

Mudahnya yang perlu membuat permohonan ialah:

  • Bukan Penerima BSH
  • Pernah Dapat BRIM Tapi Tak Menerima Bantuan BSH
  • Tiada Rekod Dengan LHDN – Daftar Cukai dan sebagainya

Jadi sekiranya anda termasuk dalam tiga kategori di atas sila buat permohonan anda.

Info rasmi ini telah diberikan oleh Siti, Pegawai Khidmat Pelanggan MyGCC ( Malaysia Government Call Centre).

Siapa Automatik Dapat Bantuan Prihatin Nasional

JADI INI TINDAKAN ANDA UNTUK MOHON BANTUAN PRIHATIN

Menurut jawapan Siti, bagi yang menghadapi situasi ini, anda perlu masuk ke laman web bsh.hasil.gov.my. Kemudian anda perlu cuba untuk log masuk dengan masukkan nombor kad pengenalan. Jika keluar notis ” ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar”, anda perlu membuat permohonan baru mulai 1 April 2020.

Baca: 2 Link Alternatif LHDN Untuk Bantuan PRIHATIN

Ini bermakna anda perlu buat semakan terlebih dahulu melalui nombor kad pengenalan anda. Jika nombor kad pengenalan anda sudah didaftarkan dan permohonan anda dinyatakan LULUS, anda tidak perlu lagi membuat permohonan baru.

Manakala jika anda masukkan nombor kad pengenalan dan dinyatakan bahawa anda masih belum mendaftar, anda diminta untuk membuat permohonan baru untuk membolehkan anda memohon Bantuan Prihatin.

Jika anda sudah berdaftar dengan BRIM tidak bermakna nama anda juga sudah berdaftar dengan BSH kerana dua bantuan itu adalah berbeza. Semoga perkongsian ini dapat memberi keterangan yang jelas buat anda yang masih keliru. Ingat, permohonan baru dan semakan status adalah bermula pada 1 APRIL 2020 di laman bsh.hasil.gov.my.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image