Info Kerjaya Malaysia

Ini Cara Untuk Dapatkan Elaun Sehingga RM10,800 Sekiranya Anda Dipecat

13,344

Berita tentang pemberhentian pekerja semestinya menjadi mimpi ngeri buat setiap pekerja. Tambahan pula, keadaan ekonomi yang sedang tidak stabil ini meningkatkan lagi kemungkinan lebih ramai pekerja diberhentikan.

Terdapat banyak syarikat-syarikat besar di dalam negara kita yang telah mengumumkan untuk membuang pekerja di syarikat masing-masing. Alasan yang diberi adalah syarikat ingin mengurangkan kos dengan cara menggaji hanya sedikit bilangan pekerja.

STATISTIK PEMBERHENTIAN PEKERJA SELAMA TIGA TAHUN

Berikut merupakan statistik pemberhentian pekerja bagi tahun 2015, 2016 dan 2017 menurut PERKESO.

  • 2015: 44, 343 orang
  • 2016: 37, 699 orang
  • 2017: 17,798 orang

Menurut PERKESO juga, jumlah pemberhentian pekerja akan terus meningkat sekiranya keadaan ekonomi masih tidak stabil seperti sekarang.

Hilang Kerja

INISIATIF JIKA ANDA DIBERHENTIKAN KERJA

Bagaimana jika perkara ini berlaku kepada anda? Anda pastinya akan berdepan kesukaran sementara menunggu untuk mendapat pekerjaan yang baru. Namun, tahukah anda bahawa anda boleh mendapatkan elaun jika anda diberhentikan kerja melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)

SIP merupakan langkah efisien yang diambil oleh PERKESO dan Kementerian Sumber Manusia. SIP mula dilaksanakan pada Januari 2018.

Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)

SIP berperanan sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan untuk membantu golongan pekerja yang hilang pekerjaan dan mendapat bantuan kewangan untuk mencari kerja baru.

Baru-baru ini, melalui SIP, kerajaan telah mengumumkan pemberian elaun sebanyak RM600 kepada setiap pekerja yang telah dibuang kerja untuk digunakan sepanjang tempoh sebelum mendapatkan pekerjaan yang baru.

Sebenarnya, anda boleh mendapatkan elaun melalui SIP ini lebih daripada RM600. Bahkan anda mampu mendapat ribuan ringgit sehingga mencecah RM10,800. Elaun ini dipanggil Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) yang terdapat dalam SIP.

Anda boleh mendapat wang bantuan berjumlah RM1,700 sehingga RM10,800 antara 3 hingga 6 bulan. Jumlah elaun yang akan anda dapat daripada EMP ini adalah berdasarkan caruman iaitu bergantung kepada jumlah gaji anda dahulu.

 

Itu jika tempoh anda mendapat pekerjaan baru adalah lama. Bagaimana pula jika tempoh mendapatkan pekerjaan baru anda hanya singkat, bermakna anda terus mendapat kerja selepas anda diberhentikan kerja.

Persoalannya ialah adakah anda layak mendapat elaun di bawah SIP? Ya! Anda masih layak mendapat elaun walaupun anda mendapat pekerjaan baru dalam tempoh yang singkat. Elaun ini dipanggil Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA).

EBSA juga merupakan inisiatif di bawah SIP. Jumlah EBSA adalah 25% daripada Elaun mencari Pekerjaan (EMP). Berikut merupakan inisiatif lain melalui SIP.

Mohon Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON SIP

Sebagai pekerja, anda sememangnya layak untuk memohon semua inisiatif yang berkaitan dengan anda dalam SIP jika anda diberhentikan kerja. Namun, terdapat beberapa perkara yang tidak melayakkan anda untuk memohon SIP. Antaranya:

  • Meletakkan jawatan secara sukarela
  • Tamat tempoh kontrak perkhidmatan
  • Penamatan kontrak atas persetujuan (antara pekerja dan majikan tanpa terma dan syarat)
  • Persaraan
  • Diberhentikan kerana masalah disiplin.

BAGAIMANA INGIN MEMOHON SIP

Sebenarnya, sama ada anda sedar atau tidak, anda telah membuat caruman untuk SIP ini di bawah PERKESO. Caruman ini telah dibuat oleh majikan anda. Setiap bulan, 0.2% daripada jumlah gaji anda telah ditolak untuk caruman ini.

Anda tidak perlulah risau kerana nilai 0.2% ini hanyalah sedikit dan tidak akan menjejaskan gaji anda jika ingin dibandingkan dengan manfaat yang bakal anda peroleh sekiranya anda diberhentikan kerja. Menurut Menteri Sumber Manusia juga, nilai caruman di negara kita sebanyak 0.2% adalah yang paling rendah di dunia.

Jika berlaku anda diberhentikan kerja oleh majikan, anda hanya perlu pergi ke mana-mana kaunter PERKESO di seluruh Malaysia dan anda boleh membuat permohonan bagi mendapatkan elaun di bawah SIP.

Pastikan anda membuat permohonan dalam tempoh 30 hari selepas anda diberhentikan kerja. Bawa juga dokumen-dokumen berkaitan yang lain seperti surat bukti anda dibuang kerja.

Pihak kami tidak mendoakan anda diberhentikan kerja tetapi jika berlaku demikian anda bolehlah memohon SIP untuk membantu anda dalam tempoh anda mencari pekerjaan baru. Diharapkan artikel ini dapat membantu anda.

Untuk maklumat lanjut, layari portal rasmi SIP di https://eiscentre.perkeso.gov.my/ms/utama/

Jangan lupa baca:

close-image