Tarikh Pembayaran BR1M Fasa Kedua 2018 Untuk Penjawat Awam & Rakyat Malaysia Yang Layak

903

Berikut Merupakan Jadual Tarikh Pembayaran BR1M Fasa Kedua 2018 Untuk Penjawat Awam & Rakyat Malaysia Yang Layak di Bawah Kerajaan Pakatan Harapan.

Setelah berlakunya perubahan pucuk pimpinan pentadbiran negara pada 9 Mei lepas, kebanyakan rakyat berpendapat bahawa “sistem pentadbiran” yang diperkenalkan kerajaan lepas akan di ubah keseluruhannya.

Bagi golongan bawahan dan pertengahan, isu pemberian BR1M merupakan isu yang besar. Ramai yang tertanya-tanya sama ada BR1M akan dihapuskan atau pun tidak di bawah pentadbiran kerajaan baru Pakatan Harapan.

Namun, Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad telah memaklumkan bahawa Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan diteruskan. Namun begitu ia akan dikaji semula supaya bantuan BR1M 2018 benar-benar akan sampai ke golongan sasaran.

Bukan itu sahaja, segala bentuk Faedah, Bonus Serta Imbuhan Penjawat Awam Kekal di Bawah Pentadbiran Kerajaan Baru.

BR1M BUKAN RASUAH?

Perdana Menteri Tun Mahathir telah mengeluarkan kenyataan yang pemberian BR1M bukan satu bentuk rasuah atau umpan supaya rakyat menyokong kerajaan.

Sebaliknya, BR1M perlu dilihat sebagai satu bentuk inisiatif untuk menangani masalah sosial dalam negara.

PEMBERIAN BR1M AKAN DITERUSKAN

Berdasarkan kenyataan di atas, BR1M akan diteruskan namun perlaksanaan pemberian perlulah dikemaskini agar hanya golongan yang benar-benar layak sahaja akan menerima bantuan dan manfaat dari pemberian BR1M.

Di bawah merupakan maklumat terkini Tarikh Pembayaran BR1M Fasa Kedua 2018 Untuk Penjawat Awam & Rakyat Malaysia Yang Layak.

JADUAL PEMBAYARAN BR1M 2018 FASA KEDUA

Tarikh Pembayaran BR1M Fasa Kedua 2018 Untuk Penjawat Awam

  1. Kategori Isi Rumah (Pendapatan Bulanan di antara RM3,001 hingga RM4,000 sebulan)
    • Jumlah Bantuan RM900
    • Ansuran Pertama : RM300 : Februari 2018
    • Kedua : RM300 : Jun 2018
    • Ansuran Ketiga : RM300 : Ogos 2018
  2. Kategori Isi Rumah Pendapatan Bawah RM3k
    • Jumlah Bantuan RM1,200
    • Ansuran Pertama : RM400 : Februari 2018
    • Kedua : RM400 : Jun 2018
    • Ansuran Ketiga : RM400 : Ogos 2018

KAEDAH CARA PEMBAYARAN BR1M 2018

Tarikh Pembayaran BR1M Fasa Kedua 2018Untuk maklumat terkini mengenai pembayaran BR1M, sila ke laman rasmi BR1M melalui pautan yang disediakan berikut.

Anda juga boleh muat turun jadual pembayaran di bawah melalui pautan yang disediakan di akhir kandungan.

Tarikh Pembayaran BR1M 2018MUAT TURUN JADUAL PEMBAYARAN BR1M

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image