26 Insentif Bantuan Rakyat Negeri Selangor Untuk Anda Mohon Sekarang

12,047

Kerajaan Negeri Selangor merupakan sebuah kerajaan negeri yang sangat terkenal dalam menjaga kebaijikan rakyatnya. Pelbagai insentif telah diperkenalkan oleh Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berhormat Dato Seri Azmin Ali.

Negeri Selangor bukan sahaja cemerlang daripada aspek ekonomi tetapi juga aspek kebajikan. Hal ini membuktikan pemimpim-pemimpin negeri itu sangat peduli akan suara dan nasib rakyat mereka.

Namun, walaupun pelbagai insentif telah dilaksanakan oleh Menteri Besar, malangnya masih terdapat rakyat Selangor yang tidak tahu tentang semua insentif yang telah diumumkan ini. Mereka akan rugi kerana insentif yang diumumkan ini adalah sangat menguntungkan mereka.

Oleh yang demikian, kepada anda semua yang lahir di negeri Selangor ataupun menetap di negeri ini melebihi 10 tahun, adalah dimaklumkan bahawa anda semua layak untuk menikmati insentif yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini.

Terdapat 26 insentif menguntungkan rakyat yang dilaksanakan di Selangor ini dan kesemua insentif ini bukan sahaja melibatkan ekonomi rakyat tetapi juga dalam semua aspek termasuklah bantuan pendidikan tinggi, pemberian air percuma, kelas tambahan percuma dan lain-lain lagi.

Baca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang insentif lain yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan juga bagaiman untuk anda memohon insentif ini.

INSENTIF YANG DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Berikut dikongsikan kepada anda kesemua 26 insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan negeri Selangor. Turut dikongsikan juga adalah link laman web untuk anda mohon insentif tersebut.

BANTUAN KELAHIRAN SEBANYAK RM1,500

Bagi bayi yang baru dilahirkan, Kerajaan Negeri Selangor menawarkan bantuan sebanyak RM1,500. Insentif ini adalah di bawah Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS). Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan ini, sila klik link di bawah.

Bantuan Kelahiran Selangor: Klik Sini
gambar 1

BANTUAN PENJAGAAN ANAK

Untuk ibu bapa yang menghantar anak-anak ke rumah asuhan atau taska, Kerajaan Negeri Selangor menawarkan bantuan sebanyak RM100 setiap bulan bagi meringankan beban ibu bapa. Bantuan di bawah SmartSelangor ini diberi nama Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SIKEMBAR). Maklumat lanjut, sila klik link di bawah.

Bantuan Penjagaan Anak Selangor: Klik Sini

gambar 2

BANTUAN PENDIDIKAN PRA-SEKOLAH

Skim Bantuan Tadika Selangor ini terletak di bawah SmartSelangor untuk warga Selangor yang berdaftar dengan TUNAS. Bantuan yuran akan diberikan sebanyak RM50 setiap bulan. Maklumat lanjut sila klik link di bawah.

Bantuan Pendidikan Pra-sekolah: Klik Sini
gambar 3

BANTUAN PELAJAR UNIVERSITI

Skim bantuan ini di bawah kelolaan Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS). Bantuan sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada anak Selangor yang melanjutkan pelajaran ke universiti. Untuk memohon atau mendapatkan maklumat lanjut, klik link di bawah.

Bantuan Pelajar Universiti: Klik Sini

gambar 4

SKIM PINJAMAN PELAJARAN

Kerajaan Negeri Selangor turut menawarkan pinjaman pelajaran untuk anak Selangor yang bakal melanjutkan pelajaran ke universiti. Skim ini terletak di bawah Program Peduli Rakyat. Sila klik link di bawah untuk maklumat lanjut.

Skim Pinjaman Pelajaran: Klik Sini
gambar 5

BANTUAN PERBELANJAAN PENGEBUMIAN

Bantuan perbelanjaan pengebumian turut diberikan kepada keluarga si mati. Bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM2,500. Klik link di bawah untuk maklumat lanjut.

Bantuan Pengebumian: Klik Sini
gambar 6

SKIM AIR PERCUMA

Warga Selangor juga layak mendapat air percuma. Kos air sebanyak 20m cube sebulan akan dibiaya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Untuk memohon, klik link di bawah.

Bantuan Air Percuma: Klik Sini
gambar 7

PINJAMAN MIKRO KREDIT TANPA FAEDAH

Melalui program Hijrah, pinjaman mikro kredit boleh dilakukan sehingga RM50,000 tanpa faedah. klik link di bawah.

Pinjaman Mikro Kredit : Klik Sini
gambar 8

INSENTIF PERKAHWINAN

Berita baik buat anak muda yang ingin melangsungkan perkahwinan, Kerajaan negeri Selangor akan menyumbang sebanyak RM500 setiap orang yang ingin melangsungkan perkahwinan. Hal ini dapat mengurangkan beban anda dalam perbelanjaan perkahwinan. Sila klik link di bawah untuk memohon.

Insentif Perkahwinan : Klik Sini

gambar 9

PEMERIKSAAN KESIHATAN WANITA

Pemeriksaan khas buat wanita turut diawarkan oleh kerajaan negeri Selangor. Sila klik link di bawah untuk maklumat lanjut.

Pemeriksaan Kesihatan Wanita: Klik Sini
gambar 10

PUSAT TUSYEN RAKYAT

Kerajaan Negeri Selangor turut prihatin dengan pencapaian pelajar dalam peperiksaan. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Pusat Tusyen Rakyat di mana tusyen percuma akan dijalankan untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam.

Pusat Tusyen Rakyat: Klik Sini

gmbr 11

SKIM PEDULI SIHAT

Kerajaan Negeri Selangor juga prihatin dengan kesihatan rakyatnya. Oleh itu, Skim Peduli Sihat diperkenalkan. Melalui skim ini, setiap individu akan mendapat kad medikal berjumlah RM200 dan kad medikal keluarga pula berjumlah RM500.

Skim Peduli Sihat: Klik Sini
gambar 12

SKIM RAKAN GOMBAK MEDICAL CENTRE (GMC)

Skim ini khas untuk pengundi DUN Gombak Setia sahaja dan berumur 60 tahun ke atas. Untuk memohon, dapatkan borang di Pejabat ADUN Gombak Setia.

PROGRAM BANTUAN MAKANAN BULANAN

Di bawah Inisiatif Peduli Rakyat, Kerajaan negeri Selangor melaksanakan Progran Makanan Bulanan yang memberikan makanan percuma kepada rakyat. Untuk maklumat lanjut layari laman web ini.

Program Makanan Bulanan: Klik Sini
gambar 14

KHIDMAT BAS PERCUMA

Bas percuma Selangorku turut ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Program ini untuk membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan di samping menggalakkan rakyat menggunakan kenderaan awam. Maklumat lanjut klik link di bawah.

Khidmat Bas Percuma: Klik Sini
gambar 15

KHIDMAT WIFI PERCUMA SELANGORKU

Wifi juga turut diberikan percuma kepada rakyat Selangor. Hotspot telah dipasang di sekitar negeri Selangor untuk memastikan rakyat mampu mengakses internet dengan lancar. Klik link untuk maklumat lanjut.

Khidmat Wifi Percuma: Klik Sini
gambar 16

SKIM RUMAH SELANGORKU

Setiap warga Selangor yang layak boleh memohon skim ini untuk memiliki rumah sendiri bernilai tidak melebihi RM250,000. Klik link di bawah untuk maklumat lanjut.

Skim Rumah Selangorku: Klik SIni
gambar 17

BANTUAN KESIHATAN SELANGOR

Kerajaan Negeri Selangor turut menanggung kos rawatan kesihatan seperti dialisis buah pinggang, pembedahan kecil, katarak mata, kaki palsu dans ebagainya. Klik link di bawah untuk maklumat lanjut.

Bantuan Kesihatan Selangorku: Klik Sini
gambar 18

PROGRAM DANA USAHAWAN MIKRO SELANGOR

Usahawan Mikor di Selangor juga turut diberi bantuan oleh Kerajaan Negeri. Anda boleh mohon bantuan ini dengan cara:

  • Hubungi Pejabat Adun atau UPEN Selangor

PROGRAM BLUEPRINT PEMBASMIAN KEMISKINAN SELANGOR

Bantuan peralatan mesin untuk perusahaan ini diberikan oleh Kerajaan negeri Selangor untuk memastikan kadar kemiskinan di Selangor dapat dibasmi. Untuk memohon:

  • Hubungi Pejabat Adun atau UPEN Selangor

PROGRAM BANTUAN RUMAH KERAJAAN PRIHATIN

Rumah yang baru akan dibina bagi rumah penduduk yang daif. Penduduk Selangor yang kurang berkemampuan untuk membina rumah baru dan tinggal di rumah yang dalam keadaan daif ini bolehlah memohon dengan cara:

  • Hubungi Pejabat Adun atau UPEN Selangor

PROGRAM BANTUAN PERALATAN NELAYAN DAN AKUAKULTUR SELANGOR

Khas buat nelayan, Kerajaan Negeri Selangor menyediakan bantuan peralatan serta akuakultur nelayan seperti bot, jala dan lain-lain untuk membantu meringankan beban para nelayan. Bantuan ini boleh dimohon dengan cara:

  • Hubungi Pejabat Adun atau UPEN Selangor

INSENTIF BANTUAN KEPADA BAKAL HAJI

Berita baik kepada semua bakal tetamu Allah, Kerajaan Negeri Selangor menawarkan bantuan sebanyak RM500 kepada semua bakal haji di negeri Selangor. Untuk memohon sila:

  • Hubungi Pejabat Adun atau MBI Selangor

BANTUAN SEKOLAH-SEKOLAH KERAJAAN NEGERI DAN SWASTA

Kerajaan negeri turut memberikan bantuan kepada sekolah-sekolah di bawah kelolaan kerajaan negeri serta sekolah-sekolah swasta sehingga RM50,000. Permohonan boleh dibuat dengan cara:

  • Hubungi Pejabat Adun

PROGRAM BANTUAN BACK TO SCHOOL

Dalam Program Bantuan “Back to School”, kerajaan negeri menyalurkan bantuan seperti pakaian sekolah, kelengkapan alat tulis dan lain-lain kepada pelajar sekolah. Mohonlah segera dengan cara:

  • Hubungi Pejabat Adun

PROGRAM BANTUAN BAUCER “JOM SHOPPING PERAYAAN”

Rakyat Selongor sangatlah beruntung kerana setiap kali musim perayaan, Kerajaan Negeri akan memberikan baucer untuk membeli belah bagi kelengkapan raya berjumlah RM100. Hal ini untuk meringankan beban rakyat Selangor yang kurang berkemampuan. Ayuh mohon baucer ini dengan cara:

  • Hubungi Pejabat Adun

Untuk rakyat Selangor, nikmatilah setiap faedah serta insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri ini. Pastikan anda merebut semua insentif yang ditawarkan kerana insentif ini dperkenalkan untuk kebaikan anda. Pastikan juga anda kongsikan artikel ini supaya semua rakyat Selangor dapat merasai faedah daripada Kerajaan Negeri yang mereka pilih.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image