Info Kerjaya Malaysia

Apply Permohonan PETRONAS GEES: Mohon Program Kebolehpasaran Graduan PETRONAS

12,300

Program GEES iaitu singkatan kepada Graduate Employability Enhancement Scheme (GEES) yang ditawarkan oleh salah satu syarikat besar di Malaysia iaitu PETRONAS merupakan satu Program Kebolehpasaran Graduan dengan pelbagai faedah.

Melalui program yang ditawarkan, graduan yang masih menganggur berpeluang untuk mengikuti program latihan bekerja dengan syarikat PETRONAS dan terima elaun bulanan sehingga RM2,000.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program GEES PETRONAS yang ditawarkan.

PROGRAM KEBOLEHPASARAN GRADUAN PETRONAS

GEES PETRONAS merupakan program latihan 12 bulan yang diperkenalkan oleh PETRONAS dengan kolaborasi kerajaan Malaysia bermatlamat untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui:

  • Membangun dan meningkatkan kemahiran insaniah kritikal graduan (critical soft-skills)
  • Menyediakan pembelajaran berdasarkan pengalaman untuk mengembangkan sifat-sifat peribadi yang positif untuk tempat kerja

FAEDAH DISEDIAKAN

Graduan yang mengikuti program GEES PETRONAS ini akan mendapat manfaat berikut:

  • Elaun
  • SOCSO EIS
  • Personal Accident Insurance

SYARAT KELAYAKAN

Program GEES yang ditawarkan oleh PETRONAS ini adalah dibuka kepada graduan dengan kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajian berikut:

  • Engineering & Sciences: Chemical, Mechanical, Civil, Structural, Electrical, Electronic, Mechanical, Oil & Gas, Industrial and Production, Mathematics and Chemistry
  • Business & Management: Accounting & Finance, Actuarial Science, Business Studies, Economics and Commerce, Human Resources, Marketing and Branding, Project Management, Event Management, Information and Records Management
  • Information Technology, Data Science and Analysis, Computer Science and Software Engineering
  • Communication & Media: Corporate Communication, Graphic and Multimedia Design.
  • Occupational Safety and Health (OSH) and Environment
  • Atau bidang pengajian lain yang berkaitan mengikut keperluan PETRONAS

CARA MOHON PROGRAM PETRONAS GEES

Bagi yang berminat untuk mengikuti Program Kebolehpasaran Graduan seperti yang ditawarkan oleh PETRONAS, ikut langkah berikut untuk mohon:

  1. Pergi ke pautan https://www.petronas.com/gees-apply/
  2. Klik APPLY FOR GEES
  3. Klik REGISTER NEW ACCOUNT untuk daftar akaun.
  4. Lengkapkan semua maklumat pendaftaran yang diminta dan klik REGISTER
  5. Dah daftar akaun, anda diminta untuk isi beberapa maklumat permohonan
  6. Lengkapkan semua maklumat diminta hingga selesai permohonan

Untuk maklumat lanjut anda boleh terus ke laman web rasmi PETRONAS Career.

close-image