Anak Pesara Kerajaan Kini Boleh Beli Rumah PPA1M Walaupun Tak Kerja Kerajaan

1,275

Tahu tak anda yang sebelum ini permohonan skim Perumahan Awam 1Malaysia Jabatan Perdana Menteri (PPA1M) hanya terbuka kepada semua penjawat awam tanpa mengira gred jawatan, penjawat awam yang telah pencen dan juga pegawai kontrak.

Namun, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa anak pesara kerajaan juga kini berpeluang nutuk membeli rumah mampu milik di bawah Skim PPA1M walaupun tidak bertugas dengan kerajaan.

Anak Pesara Kerajaan Kini Boleh Beli Rumah PPA1M Walaupun Tak Kerja Kerajaan

 

Pengumuman ini sudah tentu mengembirakan ramai anak pesara kerajaan yang tidak bekerja dalam perkhidmatan awam dan sektor kerajaan untuk memiliki rumah idaman.

Apa itu Skim PPA1M?

Dalam pembentangan Bajet 2018 juga, kerajaan memperuntukkan RM2.2 bilion untuk perumahan termasuk 25,000 unit PPA1M, 17,300 PPR, 210,000 PR1MA, dan 3,000 rumah mesra rakyat.

PPA1M atau Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang telah dilancarkan pada awal tahun 2013 bertujuan membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah yang tidak melebihi RM300,000 seunit khususnya di bandar-bandar utama.

Kesemua projek PPA1M dikendalikan oleh unit PPA1M, Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Di bawah skim khas ini, Kerajaan telah menetapkan untuk menyediakan sejumlah 100,000 unit rumah mampu milik untuk penjawat awam menjelang akhir tahun 2018.

Permohonan PPA1M 2018

Permohonan boleh dibuat secara online melalui portal rasmi PPA1M atau layari https://www.ppa1m.gov.my/

Projek PPA1M boleh dilaksanakan di mana-mana lokasi yang dikenalpasti mempunyai permintaan di kalangan penjawat awam bagi kawasan tersebut dan sekitarnya. Keutamaan adalah di kawasan bandar.

Kesesuaian lokasi perlu mengambil kira jarak dan kemudahan ke tempat kerja serta persekitaran yang kondusif.

Spesifikasi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia

Rumah yang ditawarkan oleh PPA1M ialah apartment, teres, berkembar, rumah bandar dan banglo.

Berikut antara spesifikasi lain PPA1M:

  • Jenis rumah: bertingkat/apartmen atau bertanah. Semua jenis apartmen, perlu disediakan kemudahan lif;
  • Saiz rumah: Sekurang-kurangnya 850 kaki persegi (kps). Setiap rumah perlu mempunyai sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air;
  • Kemasan rumah: kemasan minimum bagi Pembangunan Berstrata dan Pembangunan Bertanah;
  • Reka bentuk: konsep reka bentuk perlu mengambil kira penjimatan kos pembinaan dan penyelenggaraan, keselesaan penghuni dari segi pencahayaan dan pengudaraan;
  • Kemudahan perumahan (amenities): kemudahan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);

Harga rumah bermula dari RM90,000 sehingga RM300,000. Namun pembelian rumah ini tidak terpakai dalam skim MyDeposit 2018.

Syarat Kelayakan

Permohonan PPA1M hanya terbuka kepada anggota berikut:

  1. Perkhidmatan Awam Persekutuan
  2. Perkhidmatan Awam Negeri
  3. Badan Berkanun Persekutuan
  4. Badan Berkanun Negeri
  5. Pihak Berkuasa Tempatan

Semua Penjawat awam yang bekerja dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri layak memohon PPA1M.

Semua penjawat awam dari kesemua gred jawatan layak memohon termasuklah yang sudah berpencen dan kontrak.

Pemohon boleh memohon lenih dari satu produk pada satu-satu masa namun pemohon boleh ditawarkan salah satu produk sahaja bagi setiap isi rumah.

Moratorium selama 10 tahun dikenakan di mana rumah yang dibeli tidak boleh dipindah milik atau dijual tanpa kebenaran Kerajaan kecuali kepada waris terdekat seperti suami/isteri dan anak-anak.

Senarai Projek PPA1M

Berikut antara projek PPA1M yang masih dibuka. Antaranya:

  • PPA1M Kempadang Residensi (Kuantan, Pahang)
  • PPA1M Mutiara Semantan (Temerloh, Pahang)
  • PPA1M Taman Chenor Indah (Maran, Pahang)
  • PPA1M Sofiya Residensi (Kuala Lumpur)
  • PPA1M Taman Gantok Setia (Temerloh, Pahang)
  • PPA1M Taman Puncak Sri Machang (Machang, Kelantan)

Untuk kesemua senarai projek sila rujuk laman web rasmi PPA1M.

Permohonan PPA1M

Untuk maklumat lanjut tentang skim ini, sila layari laman web PPA1M di sini.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image