Info Kerjaya Malaysia

Rawatan Haemodialisis Percuma Di Pusat Haemodialisis Zakat Pulau Pinang. Ini Syarat Permohonannya

693

Rawatan Haemodialisis Percuma Di Pusat Haemodialisis Zakat Pulau Pinang

Selaras dengan tujuan utama penubuhan Pusat Haemodialisis Zakat iaitu memberi rawatan secara percuma kepada pesakit yang beragama Islam yang memerlukan, Pusat Zakat Pulau Pinang mengalu-alukan mereka yang kurang berkemampuan untuk menanggung beban kos rawatan untuk membuat permohonan mulai sekarang.

Bagi anda yang ingin membuat permohonan, anda boleh dapatkan syarat dan cara memohon melalui perkongsian ini.

Syarat Permohonan Rawatan Haemodialisis Percuma Di Pusat Haemodialisis Zakat Pulau Pinang

Untuk memohon rawatan haemodolisis percuma di PHZ ini, syarat yang perlu dipenuhi ialah :

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangny 3 tahun.
  4. Disahkan menghidap penyakit kegagalan fungsi ginjal peringkat akhir (End Stage Renal Failure / ESRF)
  5. Tidak menghidap penyakit kronik yang berjangkit.

Ini Syarat Permohonannya

Cara Membuat Permohonan

Untuk membuat permohonan ini, anda perlu :

  • Membuat permohonan melalui borang yang disediakan ZPP.
  • Borang boleh diambil dimana-mana kaunter ZPP yang berdekatan.
  • Surat pengesahan doktor dan agensi penaja diperlukan seperti PERKESO, JPA, ATM, VETERAN dan sebagainya.

Maklumat Lanjut

Jika anda inginkan maklumat lanjut mengenai permohonan Rawatan Haemodialisis Percuma di Pusat Haemodialisis Zakat Pulau Pinang, anda boleh menghubungi Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ZPP di talian berikut :

  • Telefon : 04-538 2003
  • Ibu Pejabat ZPP : 04-549 8088

close-image