Skim Bantuan Persekolahan dan Kolej Vokasional Kebangsaan Veteran ATM

3,654

Skim Bantuan Persekolahan dan Kolej Vokasional Kebangsaan

Skim bantuan persekolahan dan kolej vokasional kebangsaan merupakan satu bentuk bantuan kewangan bagi membiayai anak-anak Veteran ATM yang kurang mampu untuk meneruskan pelajaran mereka di peringkat rendah dan menengah dan permohonan bantuan ini dibuka sepanjang tahun.

Kelayakan Bantuan

Berikut adalah kelayakan untuk bantuan persekolahan dan kolej vokasional kebangsaan :

Veteran ATM (Tanpa mengira tempoh khidmat) :

  • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
  • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
  • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa

Had umur bagi veteran yang layak dipertimbangkan adalah seperti berikut:

  • 45 tahun dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) negatif melebihi RM 300.00 kecuali hilang upaya / uzur.
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
  • Balu kepada Veteran ATM yang dikahwini dalam perkhidmatan (tidak ditetapkan had umur).
  • Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur di bawah 18 tahun.
    Setiap keluarga hanya layak untuk seorang anak sahaja.

Jumlah Bantuan

  • RM500 setahun : Sekolah rendah
  • RM700 setahun : Sekolah menengah dan kolej vokasional kebangsaan

Skim Bantuan Persekolahan dan Kolej Vokasional Kebangsaan Veteran ATM

Syarat Permohonan Skim Bantuan Persekolahan dan Kolej Vokasional Kebangsaan

  • Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh kejadian.
  • Pendapatan pasangan dan sumbangan anak diambilkira dalam pengiraan Pendapatan Keluarga (PK).

Cara Membuat Permohonan

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan seperti :

  • Muat turun dan lengkapkan borang berikut:
    Borang Permohonan Bantuan Kebajikan (JHEV.BK.2019)

  • Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar dan pemohon bertanggungjawab atas segala laporan yang diberikan.
    Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEVCawangan Negeri di mana pemohon itu menetap.
  • Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan panel Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan JHEV (JKKP).

Baca juga maklumat untuk permohonan Bantuan Kebajkan Kemasukan Universiti Awam dan Politeknik Veteran ATM.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Anda boleh dapatkan maklumat selanjutnya serta kemukakan pertanyaan kepada kakitangan JHEV melalui saluran berikut :

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image