Dapatkan Borang & Syarat Kemaskini Permohonan Baru BSH Fasa 3 Disini

132,065

Tarikh Pembayaran BSH 24 Julai 2020

Terkini pembayaran BSH Fasa 3 akan mula dilaksanakan mulai 24 Julai 2020 (Jumaat). Manakala tempoh rayuan akan dibuka bermula 7 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020.

Ini berdasarkan siaran media terkini Kementerian Kewangan Malaysia pada 20 Julai 2020.

Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, pembayaran BSH fasa ketiga bakal dilaksanakan sebelum akhir bulan Julai 2020. Kerajaan juga telah mengumumkan tambahan bantuan sebanyak RM120 bagi setiap anak berusia 18 tahun bagi penerima kategori bujang dan isi rumah B40.

Bagi menerima manfaat bantuan tambahan RM120 setiap anak maksimum empat orang anak tersebut dan memastikan semua maklumat penerima adalah masih boleh digunakan, penerima BSH diminta untuk mengemaskini permohonan baru.

Syarat Kemaskini Permohonan Baru BSH Fasa 3

Seperti yang sedia maklum, pembayaran bagi BSH Fasa 3 akan dilakukan pada hujung bulan Julai ini dan bagi penerima kategori bujang termasuk golongan B40 akan menerima tambahan bantuan sebanyak RM120 bagi setiap orang anak bawah 18 tahun dengan minima 4 orang anak.

Syarat Kemaskini Permohonan Baru BSH Fasa 3

Anda yang ingin membuat kemaskini permohonan baru BSH, maklumat yang boleh dikemaskini hanya perlu dibuat sekiranya terdapat perubahan seperti :

  1. Status perkahwinan (kahwin/cerai/kematian pasangan)
  2. Alamat surat menyurat terkini dan emel
  3. Nombor telefon bimbit dan rumah
  4. Maklumat akaun bank
  5. Maklumat pasangan dan tanggungan
  6. Maklumat waris

Kategori & Jumlah Bayaran BSH Fasa 3

  • Isi rumah pendapatan kurang RM2000 : RM600
  • Isi rumah pendapatan antara RM2000-RM3000 : RM350
  • Isi rumah pendapatan antara RM3000-RM4000 : RM100
  • Bujang (40 tahun ke atas) pendapatan kurang RM2000 : RM400

https://kerjaya.co/semakan-permohonan-bsh-bujang/

Baca juga mengenai semakan dan permohonan BSH bujang serta tarikh pembayaran disini.

Cara Kemaskini Maklumat BSH Fasa 3

Untuk mengemaskini maklumat yang mempunyai perubahan, anda perlu download terlebih dahulu borang.

  • Isikan maklumat yang betul dan tepat.
  • Hantarkan borang yang lengkap diisi ke Cawangan LHDN yang berdekatan dengan anda.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai syarat kemaskini BSH Fasa 3 ini, anda boleh terus ke kaunter LHDN yang terdekat atau :

  • LHDNM Call Centre : 1800-88-2747
  • Aduan Bantuan Sara Hidup : 03-83138987 / 8988 / 8989
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image