Peniaga & Pekerja Pasar Borong Lebih Kemas Dengan Berpakaian Seragam Ikut Warna Dan Sektor Tertentu

681

Lebih Kemas Dengan Berpakaian Seragam Ikut Warna Dan Sektor Tertentu

Peniaga dan pekerja Pasar Borong Kuala Lumpur nampak lebih kemas apabila mematuhi pelaksanaan pakaian seragam sebanyak 95%.

Penolong Pengurus Kanan, Konsortium Pasar Borong Sdn. Bhd. (KPB), Hamzah Dolmat Azhari berkata, pencapaian itu menunjukkan semua pihak menzahirkan kerjasama bagi menjayakan kelaziman baharu susulan pandemik COVID-19.

Tujuan Pelaksanaan Pakaian Seragam

Tujuan pelaksaan pakaian seragam di pasar borong ini ialah untuk mewujudkan suasana dalam pasar yang lebih bersih, kemas dan teratur serta memudahkan pelanggan untuk mengenalpasti kedudukan pekerja dan peniaga.

Ia juga merupakan satu normal baharu penguatkuasaan pakaian seragam bagi peniaga dan pekerja pasar borong mengikut warna dan sektor tertentu.

Selain itu ia juga dapat mengelak mereka yang tidak berkaitan berada dalam kawasan yang tidak sepatutnya.

Peniaga & Pekerja Pasar Borong Lebih Kemas Dengan Berpakaian Seragam Ikut Warna Dan Sektor Tertentu

Warna Baju & Sektor

  • Baju warna HIJAU : Peniaga dan pekerja sayur
  • Baju warna MERAH : Peniaga dan pekerja buah
  • Baju warna BIRU : Peniaga dan pekerja ikan
  • Baju warna KUNING : Pekerja pemunggahan pasar

Sementara itu, seorang peniaga buah-buahan, Ng Cheong Huat memberitahu, langkah yang diambil DBKL amat bertepatan kerana diyakini mampu mengawal keadaan dalam pasar selain mudah untuk dikesan sekiranya wujud jangkitan COVID-19.

“Usaha ini amat perlu dan bagus kerana keadaan pasar dilihat jauh berbeza berbanding sebelum ini. Ianya lebih kemas, menarik dan tersusun,” katanya.

Peniaga & Pekerja Pasar Borong Lebih Kemas Dengan Berpakaian Seragam Ikut Warna Dan Sektor Tertentu

Sumber : ASTRO AWANI

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image