Premis Kerajaan & Swasta Di Tutup, Siapa Yang Cuti Dalam ‘Perintah Kawalan Pergerakan’ 14 Hari Nanti?

459

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.

Beliau berkata, perintah kawalan selama 14 hari itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Baca juga: Apa Yang Seorang Pekerja Perlu Tahu Sekiranya dijangkiti COVID-19? Ini Garis Panduan Di Bawah Akta Kerja 1955

Katanya, perintah kawalan pergerakan ini membabitkan pertamanya larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

Bagaimana Dengan Pekerja Premis Kerajaan & Swasta?

Di dalam perutusan khas, Perdana Menteri telah menyatakan hanya pekerja di dalam sektor utama negara sahaja tidak terlibat di dalam Perintah Kawalan Pergerakan.

Berikut merupakan petikan ucapan beliau;

Manakala, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, komunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Anda boleh rujuk teks Perutusan Khas Perintah Kawalan Pergerakan lengkap di bawah untuk lebih maklumat.

Perintah Kawalan Pergerakan

Perintah Kawalan Pergerakan

Perintah Kawalan Pergerakan

Perintah Kawalan Pergerakan

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image