Info Kerjaya Malaysia

COVID-19: Perintah Kawalan Pergerakan Meliputi 6 Perkara Ini. Sila Take Noted

360

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas pada Isnin malam berkata kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac hingga 31 Mac ini.

Muhyiddin menyeru rakyat agar jangan panik, sentiasa bertenang serta mematuhi perintah tersebut.

Perintah Kawalan Pergerakan tersebut meliputi lima perkara seperti berikut:

1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara

Ini termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

Bagi menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.
Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia

Sekatan dilaksanakan ke atas rakyat Malaysia ke luar negara.

Bagi yang baharu pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari.

3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara

4. Penutupan semua institusi pendidikan

Penutupan institusi dilakukan ke atas semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.

5. Penutupan IPT

Penutupan tersebut juga melibatkan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta

Penutupan ini melibatkan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Oleh itu, majikan dinasihati untuk mematuhi segala garis panduan di bawah Akta Kerja 1955.

Anda boleh rujuk Perutusan Khas Perdana Menteri ini di sini.

close-image