Silap Transfer Duit Ke Akaun Orang? Ini Cara Untuk Dapatkan Semula Wang Anda

171,853

Pernah tak anda tersalah transfer duit kepada akaun lain? Mungkin perkara ini kelihatan remeh atau anda rasa perkara ini tidak mungkin berlaku. Tetapi percayalah kes tersilap transfer ini kerap berlaku kepada orang lain tanpa sedar.

Zaman sekarang transaksi wang boleh dibuat dengan sangat mudah. Tidak perlu lagi ke bank untuk buat transaksi, semuanya hanya dihujung jari. Kadangkala kita terlalu tergesa-gesa sehinggakan salah masukkan nombor akaun menyebabkan transaksi wang tidak sampai kepada orang yang sepatutnya.

Jika perkara ini berlaku kepada anda, jangan risau anda boleh dapatkan duit anda kembali dengan cara yang dikongsikan di bawah.

CARA DAPATKAN SEMULA WANG YANG TERSALAH TRANSFER

1. Sebaik Sahaja Sedar Kita Tersilap Transfer Ke Akaun Bank Yang Salah, Segera Buat Laporan Polis.

Report Silap Transfer Duit Ke Akaun Orang?

Pertama sekali apabila anda sedar sahaja bahawa anda lakukan transaksi ke akaun yang salah, segera buat laporan polis di balai polis berdekatan.

Dalam membuat laporan, pastikan anda tulis detail nombor akaun bank yang silap, jumlah wang yang dipindahkan, masa dan di mana transaksi tersebut dibuat. Pastikan anda lengkapkan maklumat lain yang diperlukan.

2. Bawa Salinan Laporan Polis Ke Cawangan Bank Yang Digunakan

Report Silap Transfer Duit Ke Akaun Orang?

Setelah anda membuat laporan polis, anda perlu bawah salinan laporan yang ada ke cawangan bank yang anda gunakan untuk membuat transaksi tersebut.

Laporkan pula kepada staf bank tersebut mengenai situasi anda dan minta bantuan mereka untuk mendapatkan kembali wang anda.

3. Pihak Bank Akan Menghubungi Pemilik Akaun Yang Anda Salah Transfer

Selepas laporan kepada pihak bank dibuat, mereka akan menghubungi pemilik akaun bank tersebut. Memandangkan kesilapan tersebut adalah daripada anda, jadi pihak bank tidak boleh sesuka hati kembalikan wang anda. Pemilik akaun yang terima wang tersebut sendiri yang akan kembalikan kepada anda.

Jadi, anda perlu tunggu persetujuan daripada pemilik tersebut. Sama ada pemilik mahu pulangkan atau tidak itu hak mereka.

Jika pemilik akaun tersebut bersetuju, mereka perlu pergi ke cawangan bank yang digunakan dan mengisi borang khas bagi proses mengembalikan wang anda.

4. Bagaimana Jika Pemilik Akaun Enggan Memulangkan Wang?

Jadi jika pemilik akaun tersebut enggan memulangkan wang anda, anda berhak untuk membawa perkara ini ke mahkamah. Sekiranya jumlah wang yang dipindahkan ke akaun itu adalah di bawah RM5,000 anda perlu mengisi borang tuntutan Small Claim Procedure melalui mahkamah majistret.

Bagi prosedur ini, anda tidak perlukan peguam tetapi jika wang yang dipindahkan adalah  melebihi RM5,000 anda tiada cara lain selain menggunakan khidmat peguam dalam usaha mendapatkan kembali wang anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda jika anda tersilap melakukan transaksi kepada akaun yang salah. Pastikan anda sentiasa teliti dalam melakukan pemindahan wang terutama jika wang yang dipindahkan dalam jumlah yang besar. Semak semula nombor akaun bank yang dimasukkan dan pastikan maklumat penerima adalah betul untuk memastikan wang yang dipindahkan sampai kepada orang yang sepatutnya.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image