Soalan Lazim Pendaftaran Pengeluaran i-Lestari Akaun 2 KWSP Secara Online

4,758

Soalan Lazim Pendaftaran Pengeluaran i-Lestari Akaun 2 KWSP Secara Online, POS dan Emel.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa ahli KWSP boleh membuat permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 bermula 1 April 2020. Pencarum dijangka menerima wang pengeluaran i-Lestari akaun 2 KWSP melalui akaun bank masing-masing pada 1 Mei 2020.

Melalui kemudahan pengeluaran i-Lestari ini, pencarum mendapat kemudahan untuk membuat pengeluaran dari akaun 2 KWSP akibat dari kesan penularan COVID-19. Pencarum KWSP yang berumur di bawah 55 tahun layak untuk membuat pendaftaran dan pengeluaran i-Lestari akaun 2 KWSP sehingga RM500 sebulan.

Pengeluaran KWSP RM500 sebulan ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri sebahagian dari senarai Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Kerajaan. Untuk membuat pengeluaran RM500 sebulan anda perlulah mendaftarkan i-Akaun KWSP.

Pengeluaran i-Lestari akaun 2 KWSP adalah dihadkan untuk tempoh pengeluaran selama 12 bulan. Setiap pengeluaran i-Lestari akaun 2 akan dikreditkan terus ke akaun bank pencarum.

Tarikh Daftar Pengeluaran Akaun i-Lestari KWSP?

Untuk makluman, berdasarkan hebahan terkini dari portal KWSP, pencarum boleh mula daftar i-Lestari akaun 2 KWSP bermula pada tarikh yang ditetapkan di bawah:

a) Bermula dari 1 April 2020 secara emel dan pos melalui email [email protected]
b) Bermula dari 1 Mei 2020 secara dalam talian melalui i-Akaun

Para pencarum digalakkan untuk membuat pendaftaran dan pengeluaran secara atas talian melalui e-Pengeluaran i-Akaun untuk memudahkan urusan masing-masing. Anda boleh baca mengenai Panduan Pendaftaran i-Akaun KWSP ini untuk lebih maklumat berkaitan pengeluaran akaun 2 KWSP.

Bagaimana Membuat Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP?

Bagi memudahkan urusan pengeluaran pendaftaran i-Lestari KWSP akaun 2, anda disarankan untuk membuat pengeluaran seperti berikut:

a) Disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian kerana proses yang mudah dan cepat (dalam masa 3 hari)
b) Permohonan secara manual akan mengambil masa kerana proses pengesahan akan dilaksanakan secara manual

Untuk proses pengeluaran lebih cepat dan mudah, adalah digalakkan semua pencarum KWSP membuat pengeluaran secara atas talian berbanding secara manual.

Di bawah merupakan soalan lazim asas berkenaan permohonan pengeluaran i-Lestari akaun 2 KWSP. Sila baca dan fahamkan FAQs di bawah untuk memudahkan pendaftaran dan permohonan pengeluaran i-Lestari akaun 2 KWSP anda.

Soalan Lazim Pendaftaran Pengeluaran i-Lestari Akaun 2 KWSP

Berikut adalah soalan lazim asas berkaitan dengan pengeluaran i-Lestari KWSP.

1. Bilakah ahli boleh mula mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari?

Ahli boleh mula mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020.

2. Apakah amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari?

Soalan Lazim Pengeluaran i-Lestari Akaun 2 KWSP

Amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari adalah:

i. Apa-apa baki simpanan dalam Akaun 2 tidak melebihi jumlah maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan tertakluk kepada:

  • Baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat
  • Bayaran bermula dari bulan permohonan diterima oleh KWSP sehingga Mac 2021

ii. Pengeluaran boleh dibuat bagi tempoh satu tahun iaitu dari bulan April 2020 hingga bulan Mac 2021 tertakluk kepada para 2(i)
iii. Bayaran Pengeluaran i-Lestari akan mula dibuat mulai Mei 2020

3. Bagaimanakah ahli boleh mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari?

Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dikemukakan melalui tiga saluran berikut:

i. Secara dalam talian(e-Pengeluaran melalui i-Akaun);atau
ii. Secara e-mel kepada [email protected]; atau
iii. Secara pos/pos berdaftar ke alamat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya (Pengeluaran iLestari)

Ahli perlu membuat permohonan sekali sahaja dan pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan secara berulang ke dalam akaun bank ahli seperti mana di para 2 (i).

4. Siapakah yang layak untuk membuat Pengeluaran i-Lestari?

Kelayakan Pengeluaran i-Lestari Akaun 2 KWSP

Ahli-ahli berikut layak untuk membuat Pendaftaran Pengeluaran i-Lestari:

i. Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap
ii. Berumur di bawah 55 tahun
iii. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2 tertakluk kepada baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat
iv. Bukan Warganegara Malaysia (Fasa 2)

5. Mengapakah amaun Pengeluaran i-Lestari terhad kepada maksimum RM500 dan secara bulanan?

Pendaftaran Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini.

Jumlah maksimum RM50 sebulan ini adalah jumlah yang munasabah bagi menambah sumber kewangan ahl untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.

6. Mengapakah kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari terhad untuk sekali sebulan?

Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan.

7. Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya untuk tempoh setahun sahaja?

Tujuan Pendaftaran Pengeluaran i-Lestari  adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik COVID-19 ketika ini.

Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik COVID-19 akan berakhir selepas tempoh itu.

Infografik Lengkap Pengeluaran i-Lestari Akaun 2 KWSP

Di bawah merupakan infografik lengkap Pengeluaran i-Lestari Akaun 2 KWSP untuk rujukan awal anda.

Pengeluaran i-Lestari Akaun 2 KWSP Daftar Pengeluaran i-Lestari Akaun 2 KWSP

Infografik Daftar Pengeluaran i-Lestari Akaun 2 KWSP di atas anda boleh download dengan klik pada gambar dan save as untuk kegunaan rujukan anda.

Untuk maklumat rasmi dan terkini mengenai pendaftaran pengeluaran akaun 2 i-Lestari boleh didapati di laman rasmi KWSP di alamat berikut https://www.kwsp.gov.my/

Rujukan FAQ

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image