Doktor, Pakar Perubatan Sukarela Dari Cuba Dihantar Ke Itali, Di Sambut Bagai Wira (VIDEO)

174

Itali melepasi angka kematian akibat Covid-19 direkodkan China dan berdepan kemungkinan melanjutkan perintah berkurung yang boleh memberi kesan buruk kepada ekonominya.

Untuk membendung penularan COVID-19, kerajaan Itali juga telah mengambil langkah memanggil semula doktor perubatan dalam kalangan pesara, selain menambah 20,000 kakitangan sokongan bagi meningkatkan sistem penjagaan kesihatan di negara itu bagi membanteras penularan wabak COVID-19 yang terus mencatatkan peningkatan.

Peningkatan jumlah kematian juga membuatkan beberapa negara kita menghantar bantuan perubatan ke Itali. Antaranya China menghantar sepasukan sembilan pakar perubatan dan alat sokongan kesihatan ke Rom dalam usaha memerangi pandemik COVID-19.

Manakala Russia itu telah menawarkan sokongan dan bantuannya dalam bentuk kenderaan pembasmian kuman mudah alih dan pakar untuk membantu kawasan yang paling teruk terjejas di Itali.

Terbaru 52 pakar perubatan dari Cuba telah ke Itali untuk menawarkan bantuan di Lombardy, negeri yang paling terjejas dilanda COVID-19.

Pakar perubatan dari Cuba ini mempunyai pengalaman dan kepakaran membendung wabak Ebola di Afrika sebelum ini.

Ketibaan mereka ini disambut bagai wira di Itali berdasarkan video terkini yang dikeluarkan di bawah.

Kita mengharapkan usaha mereka membantu dari segi perubatan di Itali sedikit sebanyak dapat meringankan penderitaan rakyat Itali.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image