Bantuan PEMULIH: Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman khas mengenai Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 5 petang ini.
Sebelum ini, PM Muhyiddin pada satu sidang media berkata pakej bantuan ini akan mengambil kira keperluan semua kumpulan yang terjejas wabak Covid-19 secara lebih komprehensif jika dibandingkan sebelum ini.
Pakej Bantuan terkini ini dinamakan sebagai PEMULIH.
Berikut dikongsikan info lanjut tentang bantuan yang diumumkan oleh Perdana menteri melalui Sidang Media Khas tersebut.
Bagi membantu kelangsungan hidup, 3 jenis bantuan tunai akan diberikan kepada rakyat iaitu
1. Bantuan Khas COVID-19 / Bantuan Tunai BKC
Miskin Tegar:
RM1,300 (Isi Rumah)
RM500 (Bujang)
B40
RM800 (Isi Rumah)
RM200(Bujang)
M40
RM250(Isi Rumah)
RM100(Bujang).
2. Bantuan Hilang Pekerjaan RM500
Bantuan Hilang Pekerjaan bernilai RM500 akan diberikan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan.
3. Bayaran BPR
BPR Tambahan dibayar mulai esok, 29 Jun 2021 manakala BPR Fasa Ketiga akan dibayar September 2021.
Info lanjut menyusul.