i-CITRA KWSP: Permohonan Pengeluaran Simpanan KWSP Akaun 1 & 2

3,109

Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan program i-Lestari, i-Sinar dan juga memberikan moratorium automatik untuk membantu rakyat dalam mendepani cabaran semasa pandemik COVID-19.

Bagi meringankan beban kewangan ahli KWSP yang terjejas akibat PKP, KWSP akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra di bawah Pakej PEMULIH.

Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit dengan kadar bayaran secara bulanan.

Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

APA ITU I-CITRA?

i-Citra adalah kemudahan pengeluaran bagi ahli KWSP mendepani cabaran kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam jangka masa pendek.

Dengan perlaksanaan pengeluaran i-CITRA, Perdana Menteri menyatakan seramai 12.6 Juta rakyat yang mencarum KWSP akan mendapat manfaat daripada program ini.

Bagi pengeluaran i-Citra ini, pengeluaran adalah tertakluk kepada jumlah baki kedua-dua Akaun 1 dan 2 pencarum. Jika terdahulu KWSP telah memperkenalkan program i-Lestari bagi pengeluaran akaun 2 KWSP dan juga i-Sinar bagi pengeluaran akaun 2 KWSP.

PENGELUARAN SIMPANAN KWSP I-CITRA

Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran simpanan KWSP seperti berikut:

  • Pengeluaran i-Citra RM5,000
  • Kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh 5 bulan (tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli)
  • Pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021

Baca juga: Senarai Bantuan Baru Kerajaan PKP 3.0 PEMULIH. Bantuan Sehingga RM1,300 Untuk Isi Rumah.

PERMOHONAN PENGELUARAN i-CITRA KWSP

Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP melalui program i-Citra di portal dalam talian i-Citra di pautan berikut:

  • icitra.kwsp.gov.my (akan dibuka mulai 15 Julai)

Permohonan pengeluaran i-Citra akan dibuka pada:

  • Tarikh permohonan: 15 Julai 2021

Hakikatnya ini merupakan keputusan sukar kerana Kerajaan sedar, ini adalah simpanan hari tua rakyat, dan penyelesaian i-Citra mengambil jalan tengah antara keperluan mendesak hari ini, dan pulangan yang wajar bagi ahli-ahli KWSP yang tidak memerlukan pengeluaran.

Maklumat lanjut berkenaan permohonan pengeluaran i-Citra AKAN DIKEMASKINI.

Baca juga: Bantuan Hilang Pekerjaan PEMULIH, RM500 Bermula Oktober 2021

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image