Contoh Soalan Pengetahuan AM PTD Untuk Rujukan / Pengetahuan AM Malaysia

26,710

Contoh Soalan Pengetahuan AM Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik. Berikut Merupakan Soalan Pengetahuan AM PTD Sesi Peperiksaan 2014, 2015, 2016 & 2017. Anda Boleh Jadikan Set Soalan Sebenar SPA Berikut Sebagai Rujukan Peperiksaan PTD Anda.

Contoh Soalan Pengetahuan AM PTD.

Di bawah merupakan contoh soalan Pengetahuan AM PTD peperiksaan SPA lepas yang disediakan khas sebagai panduan calon PTD M41. Anda boleh jadikan contoh soalan di bawah sebagai rujukan peperiksaan PTD.

Format Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 2021 mempunyai sedikit kelainan dari sesi peperiksaan yang lepas berdasarkan hebahan terbaru yang dikeluarkan oleh pihak SPA Malaysia.

Berikut merupakan seksyen-seksyen yang terlibat dalam Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 2021. Anda boleh rujuk contoh soalan setiap seksyen melalui pautan di bawah.

PANDUAN DAN CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41

Atas permintaan calon Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 sesi ambilan 2021 yang telah mendaftar dalam sistem mailing list Exam PTD, pihak kami akan mengedarkan Pembelian Pakej Rujukan Khas Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 tidak lama lagi. Pastikan anda tunggu hebahan rasmi dari Portal Exam PTD terus ke email sekiranya anda telah mendaftar.

Nota: Panduan terkini kami hanya dikeluarkan setahun sekali. Ianya updated dari segi kandungan, soalan dan nota. Disediakan khas untuk peperiksaan PTD setiap tahun.

Untuk membeli dan mendapatkan panduan khas tersebut anda boleh daftar sebagai pembaca laman ini terlebih dahulu.

Pihak kami akan menghantar link pembelian terus ke email calon-calon yang melanggan apabila jualan di buka nanti.

Langganan boleh di buat menggunakan borang langganan di bawah atau melalui link berikut.

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN TEMPAHAN

Untuk pengetahuan anda, pakej rujukan khas ini mempunyai himpunan contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41, skema jawapan dan lengkap dengan nota ringkas untuk membantu calon peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41.

Anda boleh mendapatkan panduan tersebut sebagai rujukan peperiksaan anda.

SEKSYEN A: CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM PTD PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

Secara umumnya bahagian Pengetahuan AM PTD akan menguji calon dengan subjek dan skop soalan yang luas. Kunci utama untuk menjawab ialah pengetahuan umum calon kepada isu semasa dan perkembangan yang berlaku dalam dan luar negara.

Jadi, pastikan anda alert dengan Pengetahuan AM Tentang Malaysia dan Dunia. Soalan akan berkisar tentang perkara berikut.

Untuk pengetahuan anda, topik soalan Pengetahuan AM PTD merupakan seksyen peperiksaan yang meluas. Ini sesuai dengan tugas PTD dalam pentadbiran moden kini. Rujuk juga persoalan mengenai mengapa ingin jadi PTD?

Dalam seksyen ini calon dikehendaki

mengetahui secara umum perkara-perkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia, infrakstruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah, pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, hubungan antarabangsa, hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain perkembangan yang berkaitan.

Selain itu peristiwa penting yang berlaku dalam dan luar negara juga boleh menjadi subjek pertanyaan. Selalunya soalan berkaitan peristiwa dunia yang meninggalkan kesan akan di tanya untuk menguji pengetahuan calon.

Tujuan utama seksyen ini adalah untuk mengukur daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekeliling pada amnya dan Malaysia khasnya.

Berikut antara contoh soalan Seksyen A: Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling.

CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

Berikut merupakan antara contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 yang di tanya dalam seksyen Pengetahuan AM peperiksaan lepas. Anda boleh jadikan ia sebagai rujukan.

1. Keselamatan maritim merangkumi hal ehwal berkaitan

I. Sistem trafik perkapalan
II. Respon tumpahan minyak
III. Pelaut
IV. Teknologi pelayaran

A) I, II dan III
B) I, II dan IV
C) I, III dan IV
D) II,III dan IV

2. Dasar Komuniti Negara merupakan satu pendekatan untuk membentuk komuniti yang lebih peka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat. Yang manakah antara berikut bukan kluster utama dalam dasar ini?

A) Keusahawanan dan perniagaan social
B) Pendidikan dan kemahiran
C) Sukan dan rekreasi
D) Pembangunan dan integrasi

3. Tujuan Komanwel ditubuhkan adalah seperti berikut kecuali

A) Mengeratkan perhubungan dan perpaduan di kalangan negara anggota.
B) Memastikan pemerintahan demokrasi negara anggota mematuhi amalan Britain
C) Membentuk persepaduan di bawah satu pertubuhan dan bekerjasama dalam pelbagai bidang di kalangan negara anggota.
D) Memberikan kemudahan pendidikan kepada negara anggota melalui Rancangan Pelajaran Komanwel

4. Pencarum berdaftar di bawah skim Program Sukarela Insentif Suri (i-Suri) akan mendapat manfaat berikut kecuali

A) Bantuan kematian
B) Pelepasan cukai
C) Dividen tahunan
D) Bantuan perubatan

5. Pemilik premis makanan yang didapati gagal mempamer tanda larangan merokok akan dikenakan denda

A) Minimum RM3,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan
B) Minimum RM 5,000 atau penjara tidak kurang 2 tahun
C) Maksimum RM3,000 atau penjara tidaklebih 6 bulan
D) Maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun

6. Apakah perkhidmatan yang tidak ditawarkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

A) Pendidikan kewangan
B) Kaunseling kewangan
C) Pengurusan kredit
D) Pinjaman berlesen

7. Manakah antara berikut tidak menerangkan tentang aplikasi Price Catcher yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)?

A) Membolehkan pemantauan harga dibuat secara harian, mingguan dan bulanan
B) Membantu pengguna berjimat dalam perbelanjaan barang keperluan harian terpilih
C) Aplikasi boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play dan App Store
D) Harga barangan keperluan terpilih dikemaskini pada jam 9 pagi setiap hari

8. Bermula 2019, Kementerian Pertanian & industri Asas Tani memberi penumpuan kepada 3 dimensi agromakanan iaitu

I. Keselamatan makanan
II. Pelaburan swasta dan perdagangan
III. Pembangunan ekonomi luar Bandar
IV. Promosi produk makanan halal

A) I, II dan III
B) I, II dan IV
C) I,III dan IV
D) II,III dan IV

9. Berikut merupakan ketidakbolehan Yang di-Pertuan Agong berdasarkan perlembagaan.

I. Bergiat aktif dalam sebarang perusahaan komersil
II. Menjalankan kuasa sultan di negeri sendiri kecuali fungsi sebagai ketua agama islam
III. Meninggalkan negara lebih daripada 14 hari kecuali dengan izin atas lawatan luar negara
IV. Memegang jawatan yang bergaji

A) I, II dan III
B) I,II dan IV
C) I,III dan IV
D) II,III dan IV

10. Berikut merupakan usaha kerajaan kerajaan bagi melestarikan industry minyak sawit negara iaitu

I. membuat Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia
II. pelancaran Kempen Sayangi Sawitku.
III. Meluaskan jumlah kawasan tanaman sawit negara.
IV. Meningkatkan penggunaan domestik melalui Program B10.

A) I, II dan III
B) I,II dan IV
C) I,III dan IV
D) II,III dan IV

11. Pelaksanaan Pentafsiran Bilik Darjah (PBD) diperkasa menerusi aktiviti-aktiviti berikut, pilih yang tepat.

I. Main peranan
II. Permainan
III. Bercerita
IV. Projek Perdana

A) I, II dan III
B) I,II dan IV
C) I,III dan IV
D) II,III dan IV

12. Mengikut Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mutlak untuk

A) Meluluskan usul baru di Dewan Rakyat atau Dewan negara
B) Mempengerusikan persidangan Dewan Negara
C) Mencalonkan dan melantik ahli-ahli Dewan Negara
D) Menetapkan, memanggil dan membubarkan persidangan Perlimen

13. Berikut merupakan perayaan yang tersenarai dalam Skim Kawalan Harga Musim Perayaan kecuali

A) Tahun Baru Cina
B) Deepavali
C) Pesta Keamatan
D) Hari Raya Aidiladha

14. Apakah peranan Suruhanjaya Cobbold?

A) Mengetuai misi ke London untuk menuntut kemerdekaan dari British
B) Menyiasat pendapat rakyat ke Sabah dan Sarawak berhubung gagasan Malaysia
C) Melantik ahli-ahli dalam Parlimen Malaysia
D) Menyelia perjalanan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

15. Antara pendapatan penggajian yang dikenakan cukai adalah

I. Gaji, upah dan bonus
II. Yuran, pengarah dan elaun
III. Ganjaran dan pampasan
IV. Bayaran tuntutan perjalanan

A) I, II dan III
B) I,II dan IV
C) I,III dan IV
D) II,III dan IV

16. Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai Program Podium 2019.

A) Melibatkan atlet normal dan atlet para
B) Dikendalikan sepenuhnya oleh Nasihat Sukan Negara
C) Tumpuan kepada 5 temasya sukan utama
D) Sebagai inspirasi kepada atlet untuk menaiki podium kejohanan

17. Motif kijang dijadikan sebagai logo rasmi Bank Negara Malaysia. Motif ini diambil kerana

A) Terdapat pada duit emas Kelantan iaitu duit syiling emas terawal Kesultanan Melayu
B) Merupakan haiwan kesayangan semasa Kesultanan Melayu
C) Melambangkan kecerdikan dan kemakmuran semasa zaman pemerintahan kerajaan Melayu Ring
D) Cadangan Tun Ismail Mohamed Ali, Gabenor Pertama Bank Negara

18. Manakah bukan teras utama dalam Pelan Strategik Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) 2019-2023?

A) Memacu ekonomi digital dan ICT kea rah negara maju
B) Memperkasa perkhidmatan penyiaran yang berkualiti
C) Memantapkan infrastruktur telekomunikasi berpatutan dan berkualiti
D) Mengukuhkan masyarakat bermaklumat, terhubung dan berintegriti

19. Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC)

A) Diuruskan oleh Agensi AntiDadah Kebangsaan
B) Klien adalah penagih yang hadir secara sukarela
C) Tiada bayaran dikenakan kepada klien
D) Tempoh rawatan dan pemulihan tidak melebihi 24 bulan

20. Apakah kesan penjualan barang tiruan dan cetak rompak di Malaysia?

I. Mengurangkan eksport barangan asli
II. Pemilik harta intelek tidak yakin untuk berniaga
III. Menyekat pelaburan dari luar
IV. Pendapatan negara tidak berkembang

A) I, II dan III
B) I,II dan IV
C) I,III dan IV
D) II,III dan IV

21. Hutan bakau yang merupakan kedua terbesar di dunia ialah

A) Hutan Paya Laut Matang
B) Taman Negara Tanah Bencah
C) Hutan bakau Pulau Kukup
D) Hutan bakau Kuala Gula

22. Berikut adalah focus utama Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) kecuali

A) Pemantauan khusus tentang pencemaran alam dan sungai
B) Alam sekitar bebas pencemaran dan berdaya tahan terhadap perubahan iklim
C) Sektor Tenaga yang hijau dan cekap
D) Mencipta kekayaan untuk rakyat melalui sains dan teknologi

23. Apakah warna kad pengenalanya yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara bagi pemastautin sementara?

A) Biru
B) Merah
C) Coklat
D) Hijau

24. Terdapat beberapa modul yang terlibat dalam Pendidikan Kewangan Pinjaman Atas Talian RUMAHKU iaitu

I. Pelan pembiayaan khusus
II. Kalkulator pengiraan bulanan pinjaman rumah yang ingin dibeli.
III. Jenis insurans yang terlibat
IV. Kalkulator bajet untuk mengetahui kedudukan kewangan individu.

A) I, II dan III
B) I,II dan IV
C) I,III dan IV
D) II,III dan IV

25. Berikut adalah jenis-jenis kesalahan yang tidak boleh diikat jamin langsung dalam tempoh penyelesaian kes di mahkamah kecuali kes

A) Pengedaran dadah
B) Penculikan yang membawa hukuman mati
C) Rasuah
D) Jenayah di bawah seksyen 3 Akta Senjata Api

DOWNLOAD CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM PTD

Nak lagi contoh soalan? Ok, Anda boleh download Contoh Soalan Pengetahuan AM PTD lengkap yang disediakan untuk anda di bawah. Terdapat 50 soalan kesemuanya.

Cuba jawab dan selesaikan soalan-soalan berikut.

KLIK UNTUK DOWNLOAD

PANDUAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

Melihat kembali contoh-contoh soalan di atas, ianya merupakan soalan umum yang berkaitan dengan pengetahuan AM calon, perkembangan yang berlaku dalam negara terutamanya mengenai dasar-dasar kerajaan dan soalan tersebut mempunyai perkaitan secara tidak langsung dengan tugas seorang Pegawai Tadbir Diplomatik.

Kepada calon yang mempunyai pengetahuan luas dan sudah terbiasa dengan topik soalan sebegitu sudah tentu tidak menjadi masalah untuk mereka memberikan jawapan. Namun bagaimana dengan calon yang tidak biasa menghadapi peperiksaan yang dianjurkan SPA Malaysia sebelum ini. Sudah tentu agak sukar.

Sebagai persedia peperiksaan M41, anda boleh dapatkan Panduan Khas Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 yang kami keluarkan di bawah. Untuk mendapatkan panduan tersebut anda boleh mendaftar sebagai pembaca laman ini atau terus lakukan pembelian melalui link berikut.

Ingat, panduan ini merupakan panduan utama yang dihasilkan untuk membantu para calon Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Ia lengkap dengan contoh-contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41, nota ringkas dan skema jawapan yang akan membantu calon sebagai persediaan awal.

Untuk mendapatkan panduan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik pastikan anda mendaftar di bawah terlebih dahulu.

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN TEMPAHAN

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image