Info Kerjaya Malaysia

Memilih Lokasi Kerja Penyebab Graduan Ramai Menganggur

392

Memilih Lokasi Kerja Penyebab Graduan Ramai Menganggur

Hari ini terlalu ramai graduan yang menganggur akibat tidak bekerja dan antara sebab utama mereka ramai menganggur kerana terlalu memilih lokasi tempat kerja seterusnya gagal untuk menempatlan diri dalam dunia pekerjaan yang serba mencabar pada masa kini.

Statistik tersebut telah dikenal pasti oleh Kementerian Sumber Manusia dan sikap terlalu memilih lokasi pekerjaan adalah punca utama mereka menganggur setelah tamat pengajian termasuk kurang dalam kemahiran insaniah (soft skill).

Memilih Lokasi Kerja Penyebab Graduan Ramai Menganggur

Punca Lain Gagal Mendapat Pekerjaan

“Kelulusan atau CGPA yang rendah juga menyebabkan majikan-majikan kurang berminat untuk menggaji calon-calon dalam ketegori ini selain ketidaksepadanan di antara bidang pengajian sesetengah siswazah dengan pasaran pekerjaan.”

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim, para graduan tersebut juga gagal mendapat maklumat tentang kekosongan jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan serta kursus yang dimiliki juga turut menyumbang kepada masalah tersebut.

Statistik Jumlah Siswazah Menganggur

Berdasarkan Laporan Statistik Siswazah 2016 :

  • 2016 : 145,800 orang / 4%
  • 2017 :  154,500 orang  / 4%
  • 2018 : 161,300 orang / 3.9%
  • 2019 : 170,300 orang / 3.9%

Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Pekerjaan Nasional (JKPN) yang berperanan :

  • Membincangkan inisiatif  jangka panjang memandangkan terdapat isu-isu pasaran pekerjaan yang bersifat structual seperti ketidaksepadanan berkenaan pekerjaan.

Memilih Lokasi Kerja Penyebab Graduan Ramai Menganggur

Peluang Pekerjaan Melalui MY Future Jobs

Untuk pengetahuan anda, MY Future Jobs telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pda 5 Jun 2020 dimana selaras dengan inisiatif Penjana Kerjaya yang bertujuan bagi merangsang kewujudan pekerjaan dan meningkatkan peluang pekerjaan.

Melalui MY Future Jobs sepanjang Jun hingga 14 Ogos yang lalu terdapat 202,117 peluang pekerjaan telah ditawarkan  oleh majikan kepada golongan siswazah.

Malahan melalui MY Future Jobs, menerusi Jabatan Tenaga Kerja telah mengadakan pelbagai program bagi membantu golongan siswazah memperoleh pekerjaan sekali gus mengurangkan pengangguran dalam kalangan mereka.

Memilih Lokasi Kerja Penyebab Graduan Ramai Menganggur

Adakah anda seorang pencari kerja dan ingin membuat pendaftaran MY Future Jobs? Klik sini untuk pendaftaran dan semoga anda mendapat pekerjaan yang diinginkan.

close-image