Pendaftaran MyFutureJobs Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) Khas Untuk Penganggur, Graduan & Lepasan Sekolah di Buka

54,165

Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) Khas Untuk Penganggur

Jika anda seorang penganggur dan sememangnya belum mempunyai sebarang pekerjaan, ini adalah peluang yang perlu anda ambil dengan segera.

Pihak PERKESO telah melaksanakan satu insentif untuk membantu golongan penganggur termasuk graduan dan lepasan sekolah untuk mendaftar di portal MyFutureJob.

Malah, terdapat seramai 64.495 pekerja telah diberhentikan kerja oleh majikan dalam tempoh Januari sehingga Julai 2020.

Kenyataan Media PERKESO

Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh PERKESO mengenai Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) khas untuk penganggur, graduan & lepasan sekolah ini.

Pendaftaran Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) Khas Untuk Penganggur, Graduan Lepasan Sekolah di Buka

Pendaftaran Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) Khas Untuk Penganggur, Graduan Lepasan Sekolah di Buka

“Sehingga 23 Julai lalu, seramai 16,198 majikan membuat pendaftaran bagi insentif ini dan daripada jumlah berkenaan, 2,240 majikan membuat pengambilan pekerja di mana seramai 6,928 pekerja diambil bekerja.

“Saya yakin dengan adanya inisiatif PenjanaKerjaya ini, kadar pengangguran dapat diatasi, cuma saya minta kepada rakyat Malaysia janganlah memilih sangat (kerja).”

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan

7,000 Kekosongan Jawatan

Pekerja asing tidak dibenarkan dibawa masuk ke Malaysia dan kerajaan bersetuju supaya majikan mengambil semula pekerja atau apabila ada sektor yang ditutup, pekerja daripada sektor tertetu berpindah ke sektor yang diperlukan.

Melalui Karnival PenjanaKerjaya Perkeso yang diadakan, terdapat 7,000 kekosongan jawatan dengan lebih 20 majikan telah disediakan untuk diisi oleh pemohon kerja.

Langkah Permohonan Program Insentif Pengambilan Pekerja Dan Latihan

Berikut adalah langkah-langkah permohonan program insentif pengambilan pekerja dan latihan :

1.  Pendaftaran Pencari Kerja

2. Mempunyai Tawaran Jawatan Kosong?

  • Daftar dan iklankan jawatan kosong di laman rasmi  mulai 15 Jun 2020.

3. Permohonan Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya)

  • Anda perlu melayari pautan ini : penjanakerjaya.perkeso.gov.my untuk mendaftarkan profil majikan pada 15 Jun 2020.
  • Pilih pekerja yang baru diambil bekerja yang telah didaftarkan dibawah ASSIST yang disenaraikan bai insentif ini mulai 1 Julai 2020. (Tarikh pengambilan pekerja bermula 15 Jun 2020)

4. Pilih Kategori 

Pada bahagian ini, anda perlu memilih salah satu daripada 3 kategori yang disediakan iaitu :

  • #hireMalaysia40
  • #hireMAlaysia40+
  • #hireMalaysiaOKU

5. Bantuan Mobiliti

  • Pekerja layak mendapat bantuan mobiliti sebanyak RM600 bagi Semenanjung dan RM1000 bagi Sabah dan Sarawak.
  • Bayaran diberikan sekali sahaja kepada pekerja yang baru diambil bekerja melalui majikan.

6. Latihan Untuk Pekerja

7. Pembayaran Insentif

  • Bayaran insentif akan dibuat setelah caruman PERKESO yang dibayar oleh majikan telah disahkan.
  • Bayaran bulanan seterusnya adalah berdasarkan status kerja yang masih aktif dan bayaran caruman PERKESO berikutnya.
  • Contoh : Tarikh bekerja, 1 Julai 2020, Caruman PERKESO dibayar pada 15 julai 2020 dan pembayaran insentif bermula pada bulan Ogos 2020.

Pendaftaran Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) Khas Untuk Penganggur, Graduan Lepasan Sekolah di Buka

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai persoalan mengenai insentif ini, anda boleh dapatkan maklumat di :

  • Emel : [email protected]
  • Telefon : 03- 8091 5300
  • Hotline : 1 300 22  8000
  • Media sosial PERKESO : @eisperkeso

Nota : Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Soalan Lazim

1. Apakah itu PenjanaKerjaya?

• PenjanaKerjaya di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) adalah bertujuan merangsang permintaan pekerjaan di kalangan majikan dan meningkatkan peluang pekerjaan serta kebolehpekerjaan di kalangan pencari kerja tempatan. • Kementerian Sumber Manusia telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program ini melalui National Employment Services, PERKESO.

2. . Siapakah yang LAYAK memohon PenjanaKerjaya?

• Majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM - Companies Commission of Malaysia) SSM / Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) / Pendaftaran Perniagaan (ROB) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau lain-lain pertubuhan sebelum 1 Jun 2020; dan • Majikan hendaklah berdaftar dengan PERKESO sebelum 1 Jun 2020.

3. Siapakah yang TIDAK LAYAK memohon PenjanaKerjaya?

• Agensi Pekerjaan Swasta ataupun Syarikat Penyumberan Luar (Outsourcing / Contractor for Service) yang membekalkan tenaga kerja kepada perusahaan lain (principal) dan bukannya sebagai majikan langsung; dan • Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan).

4. Apakah kategori pekerja yang TIDAK LAYAK mendapat insentif di bawah PenjanaKerjaya?

• Pekerja yang sedang menerima bantuan Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program) atau tersenarai dalam Program Subsidi Upah adalah tidak layak.

5. Apakah dokumen yang diperlukan bagi permohonan Program Insentif Pengambilan Pekerja di bawah PenjanaKerjaya?

(i). Maklumat akaun bank majikan (salinan halaman hadapan Penyata Bank / muka depan buku bank yang tertera nama majikan, nombor akaun majikan dan nama bank) (ii). Maklumat nombor pendaftaran perniagaan majikan Maklumat (Business Registration Number- BRN) Nota: Majikan dinasihatkan untuk menyemak kedua-kedua dokumen di atas adalah betul bagi mengelakkan sebarang kelewatan pemprosesan bayaran.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image