49% Sahaja Graduan Malaysia Bekerja Mengikut Bidang Ijazah Yang Dipelajari

532

49% Sahaja Graduan Malaysia Bekerja Mengikut Bidang Ijazah Yang Dipelajari

Adakah anda sedang bekerja dalam bidang ijazah yang pelajari di universiti? Jika ya, itu adalah rezeki anda. Tetapi kebanyakan daripada anda besar kemungkinan tidak bekerja dalam bidang yang sama ketika belajar di universiti atau tidak sama dengan bidang ijazah masing-masing.

49% Sahaja Graduan Malaysia Bekerja Mengikut Bidang Ijazah Yang Dipelajari

51% Bekerja Dalam Bidang Tidak Berkaitan

Terdapat 51% graduan lepasan ijazah di Malaysia bekerja dalam bidang yang tidak berkaitan dengan ijazah yang diperolehi sebelum ini.

Nota : Statistik ini diperolehi melalui tinjauan yang dilakukan oleh YouGov Omnibus terhadap 692 graduan lepasan ijazah di Malaysia.

Bagi statistik pekerja mengikut umur pula,

  • Pekerja muda berusia antara 25-34 tahun / 47% bekerja dalam bidang luar ijazah.
  • Pekerja berumur 45-54 tahun / 59% bekerja dalam bidang luar ijazah.

49% Sahaja Graduan Malaysia Bekerja Mengikut Bidang Ijazah Yang Dipelajari

2 Ijazah Kekal Bekerja Dalam Bidang Masing-Masing

Terdapat 2 jenis bidang ijazah yang kekal bekerja dalam bidang masing-masing seperti :

  • Ijazah dalam bidang Information Technology (IT)
  • Ijazah dalam bidang Teknologi Komunikasi

2 ijazah dan golongan ini mempunyai kebarangkalian lebih tinggi untuk bekerja dalam bidang yang dipelajari berbanding dalam jurusan yang lain.

Jika mengikut statistik pula,

  • 58% lepasan ijazah IT dan teknologi komunikasi bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan ijazah.
  • 39% lepasan ijazah perniagaan, pentadbiran dan undang-undang bekerja luar bidang.

Ini berbeza pula dengan graduan luar negara dimana mereka lebih cenderung kekal bekerja dalam bidang yang dipelajari seperti statistik berikut :

  • 56% bekerja dalam bidang relevan.
  • 48% bekerja dalam bidang yang berbeza.

Pengaruh Ibu Bapa Memilih Jurusan Ijazah

Di Malaysia, statistik yang diperolehi ialah dimana pengaruh ibu bapa sangat mendominasi pemilihan jurusan ijazah anak-anak.

  • 49% jurusan dipilih dipengaruhi ibu bapa.
  • 32% jurusan dipilih dipengaruhi rakan-rakan.
  • 25% jurusan dipilih dipengaruhi guru.
  • 28% jurusan adalah pilihan sendiri.

77% Majikan Tidak Memilih Graduan

Kebanyakan majikan di Malaysia tidak kisah sama ada pekerja mempunyai ijazah atau tidak kerana mereka lebih mementingkan kemahiran dan pengalaman berbanding ijazah. Jadi, jangan risau sekirnya anda tidak mempunyai ijazah seperti orang lain. Yang penting kemahiran dan pengalaman anda yang tiada pada orang lain.

49% Sahaja Graduan Malaysia Bekerja Mengikut Bidang Ijazah Yang Dipelajari

Nak cari kerja melalui Jobs Malaysia? Jom buat pendaftaran disini dan terus dapatkan pekerjaan yang sepadan dengan kemahiran yang ada pada anda.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image