Info Kerjaya Malaysia

Kenapa Penerima BPN Bujang Ada Yang Terima RM500 & RM300?

41,177

Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 27 Mac 2020, Kementerian Kewangan telah menjelaskan mengenai pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 billion bagi golongan yang layak.

Seperti yang sedia maklum, pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020.

Mengikut laporan, semakan status dan permohonan baru boleh dibuat hari ini iaitu 1 April 2020. Namun individu yang mempunyai rekod BSH atau pembayar cukai LHDN tidak perlu lagi membuat permohonan.

Dan terkini, Perdana Menteri melalui perutusan khas yang bertemakan KITA PRIHATIN telah mengumumkan untuk memberikan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 kepada penerima yang layak.

Jangan lupa Mohon Geran Khas Prihatin (GKP)

Permohonan yang layak akan menerima bantuan tunai sebanyak RM500 dan RM300 mengikut kategori.

2 KATEGORI BUJANG YANG PERLU DAFTAR PERMOHONAN BPN

Golongan layak menerima bantuan bagi kategori bujang telah ditetapkan untuk individu yang berumur 21 tahun dan ke atas sahaja. Manakala, bagi individu yang berumur 21 tahun ke bawah, anda tidak layak untuk membuat permohonan bagi kategori ini.

Terdapat 2 kategori bujang yang akan menerima bantuan dengan jumlah yang berbeza.

1 Pendapatan RM2000 dan ke bawah

Bagi individu bujang yang berpendapatan RM2000 dan ke bawah, anda layak untuk menerima bantuan sebanyak RM500. Bayaran bantuan akan dilakukan secara dua fasa iaitu pada bulan akhir Oktober dan bulan Januari 2021. Individu di kategori ini adalah dianggap bujang golongan B40.

Baca itu Apa Maksud Golongan B40, M40 dan T20

2 Pendapatan RM2001 Hingga RM4000

Individu bujang yang berpendapatan bulanan sebanyak RM2001 hingga RM4000 adalah tersenarai dalam bantuan untuk bujang dalam golongan M40. Bujang dalam kategori ini akan menerima bantuan sebanyak RM300 yang akan dibayar mengikut 2 fasa iaitu pada akhir bulan Oktober dan bulan Januari 2021.

KENAPA PENERIMA BPN BUJANG ADA YANG TERIMA RM500 & RM300?

Jadi persoalan mengapa anda terima RM500 dan RM300 adalah telah ditetapkan mengikut kategori oleh kerajaan. Sekiranya anda bergaji melebihi RM2001 sebulan maka anda hanya layak menerima RM500 bagi pembayaran BPN kali ini.

Rujuk syarat kategori permohonan di atas.

ANDA HANYA PERLU MENDAFTAR JIKA

Selain daripada 2 kategori bujang yang disebutkan di atas, terdapat golongan lain juga yang perlu membuat pendaftaran baru. Anda perlu mendaftar sebelum membuat semakan jika:

  1. Belum pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau;
  2. Belum berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Bagi yang sudah pernah menerima BSH dan namanya sudah pun ada rekod dalam LHDN, anda tidak perlu lagi membuat permohonan baru. Anda hanya perlu buat semakan status.

Bagi yang ingin membuat permohonan baru pula digalakkan untuk membuat semakan status terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Jika lulus, anda tidak perlu lagi membuat permohonan.

Pendaftaran boleh dibuat melalui www.bsh.hasil.gov.my mulai 1 April 2020.

 

Kenapa Penerima BPN Bujang Ada Yang Terima RM500 & RM300?

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0

Bagi BPN 2.0 pula. kadar bantuan yang diberikan kepada individu bujang adalah seperti berikut :

  • RM500 : Kumpulan B40 Bujang
  • RM300 : Kumpulan M40 Bujang

Bayaran ini akan dibayar kepada anda secara ansuran seperti berikut :

  • Pertama : Hujung bulan Oktober 2020
  • Kedua : Bulan Januari 2021

Tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan BPN 2.0 kerana bantuan akan disalurkan secara terus kepada penerima BPN yang diluluskan sebelum ini.

Nota : Sebarang maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

close-image