Geran Khas PRIHATIN GKP Hasil: Permohonan, Semakan & Pendaftaran. Terima Bantuan RM3000 Untuk PKS

252,234

Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Kini anda boleh membuat semakan permohonan seperti yang dikongsikan dalam perkongsian ini.

PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN

Permohonan ini telah dibuka pada tarikh 1 Mei 2020 yang lalu dan telah ditutup permohonannya pada 15 Mei 2020 baru-baru ini.

📅 TARIKH PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP) DI BUKA

Permohonan Geran PRIHATIN Di Buka Permohonan Geran Prihatin PKS Di Tutup
Permohonan Geran Prihatin PKS ini boleh dibuat bermula pada 1 Oktober 2020 sehingga tutup permohonan pada pertengahan 31 Oktober nanti Tarikh tutup permohonan Geran Prihatin PKS telah ditetapkan pada 31 Oktober  2020 sekiranya tiada sebarang perubahan diumumkan. Mohon segera

👩‍👩‍👦KADAR GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)

👉Jumlah Geran RM3000
👉Khas Untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana. Akan dibayar secara one-one kepada PKS yang layak.

📑 SYARAT KELAYAKAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)

  • Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
  • Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut: –
    • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
    • Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik; dan
  • Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019; dan
  • Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat; dan
  • Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia
📝Bagi yang berdaftar dengan agensi kerajaan contohnya SSM dan PBT tetapi tidak berdaftar dengan LHDNM, masih layak memohon Geran Khas PRIHATIN dengan mengisikan butiran pendaftaran perniagaan di borang permohonan dalam talian semasa memohon

Bagi mana-mana PKS yang memenuhi syarat kategori di atas boleh terus mengemukakan permohonan Geran Khas PRIHATIN PKS melalui pautan yang disediakan di bawah.

Di bawah merupakan panduan ringkas permohonan Geran PRIHATIN (GKS)

📋BORANG PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN PKS

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM. Permohonan secara manual tidak akan diterima.
Anda boleh terus ke laman rasmi Portal GKP melalui pautan di bawah:
🔗Klik Sini Ke Portal Rasmi GKP

TARIKH SEMAKAN & PEMBAYARAN

  • Semakan boleh dibuat pada tarikh yang akan di maklumkan kemudian.
  • Pembayaran bermula 25 November 2020.
  • Semak secara online di pautan berikut : SEMAKAN GKP

Anda boleh baca Semakan Lulus Geran Khas Prihatin: Status Permohonan & Tarikh Pembayaran

MAKLUMAT LANJUT PERMOHONAN GKP HASIL

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Geran Khas Prihatin (GKP), anda boleh layari Laman Web Rasmi LHDNM seperti pautan di bawah ataupun hubungi talian hotline seperti berikut:

  • Portal Rasmi LHDNM
  • Telefon : HASIL Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
  • HASIL LIVE CHAT

FAQ SOALAN LAZIM SEMAKAN GERAN PRIHATIN

Bagi anda yang inginkan maklumat lanjut mengenai Geran Khas Prihatin berikut adalah soalan lazim yang boleh dijadikan panduan.

1. Tarikh Semakan Geran Khas Prihatin GKP Bermula?

Pemohon Boleh Membuat Semakan Geran GKP Prihatin Bermula 3 Jun 2020.

2. Bila Tarikh Pembayaran Geran Khas Prihatin GKP?

Pembayaran Geran Khas Prihatin GKP bagi permohonan yang lulus adalah pada 15 Jun 2020.

3. Berapa Kadar Pembayaran Geran Khas Prihatin GKP?

Pemohon akan menerima RM3,000 dan dibayar secara one-off.

4. Bagaimana Pembayaran dilakukan?

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image