Bantuan Prihatin: Program Subsidi Upah RM600 Kekal, Dinaikkan Ke RM800 dan RM1200 Sebulan Bagi Membantu Pekerja dan Majikan

43,975

Bagaimana Mohon dan Tuntut RM800~RM1200 Untuk Pekerja Dalam Program Subsidi Upah, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin. Untuk semua majikan pastikan anda baca info penuh berkenaan Program Subsidi Upah di bawah.

APA ITU PROGRAM SUBSIDI UPAH?

Program Subsidi Upah merupakan perluasan kepada Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program- ERP) iaitu bantuan kewangan segera bagi membantu majikan yang mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 50% supaya dapat mengekalkan pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.

Majikan perlu membuat tuntutan bagi pihak pekerja untuk pelaksanaan Program Subsidi Upah yang diumum kerajaan pada 27 Mac lepas iaitu pemberian RM600 kepada pekerja setiap bulan selama 3 bulan. Pemberian RM600 ini dikhaskan untuk majikan yang mempunyai lebih dari 200 orang pekerja.

Baca juga: Senarai Bantuan Kewangan Kerajaan Untuk Rakyat Akibat COVID-19 Yang Perlu Anda Ambil Tahu

Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja.

Akhir sekali, bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja. Melalui penambahbaikan ini, syarikat-syarikat akan menerima lebih banyak manfaat dan bantuan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata majikan yang menuntut tidak dibenarkan membuang pekerja, memotong gaji mahupun mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program ini dilaksanakan.

Berikut adalah perkongsian mengenai syarat kelayakan permohonan, cara untuk memohon dan kaedah pembayaran dilakukan.

Baca: Cara Mohon Bantuan Kewangan RM600 Untuk Pekerja Yang Terpaksa Mengambil Cuti Tanpa Gaji

Program Subsidi Upah 2.0

Bagi membantu para majikan yang terjejas akibat pandemik Covid-19, Perdana Menteri juga mengumumkan

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan majikan dan pekerja bagi membuat permohonan Program Subsidi Upah:

  • Pekerja yang telah berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dan berpendapatan RM4,000 dan ke bawah.
  • Majikan mengalami penurunan pendapatan sebanyak 50% bermula 1 Januari 2020.
  • Majikan mesti memastikan mereka tidak membuang pekerja yang mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh 3 bulan selepas program ini dilaksanakan.
  • Majikan tidak dibenarkan memotong gaji pekerja sedia ada.

Program Subsidi Upah

KAEDAH PEMBAYARAN

Kaedah pembayaran bantuan adalah seperti berikut:

  • Bayaran perlu dikreditkan terus ke dalam akaun pekerja dalam tempoh 7 hari selepas menerima bayaran daripada PERKESO
  • Bayaran bagi pekerja yang layak di bawah insentif ini akan dilaksanakan melalui majikan.

CARA MEMOHON

Permohonan perlu dikemukakan oleh majikan bagi pihak pekerja mereka bermula 1 April 2020 melalui laman web PERKESO.

Pekerja akan menerima bantuan ini selama 3 bulan iaitu sebanyak RM600 setiap bulan. Untuk maklumat lanjut emelkan pertanyaan anda ke [email protected] atau layari laman web rasmi PERKESO.

Program Subsidi Upah

Program Subsidi Upah

Program Subsidi Upah 2.0

Permohonan untuk Program Subsidi Upah akan berakhir pada 30 September 2020 ini. Namun, pihak kerajaan yang memahami masalah yang dihadapi oleh majikan dan pekerja dalam sektor tertentu, telah memperkenalkan Program Subsidi Upah 2.0 bagi membantu syarikat yang terjejas.

Ciri-ciri utama Program Subsidi Upah 2.0 ini ialah :

  • Subsidi upah diberi kepada majikan yang masih terjejas iaitu syarikat yang sejak PKPP masih menghadapi pengurangan hasil sekurang-kurangnya 30% berbanding tahun lepas.
  • Subsidi upah diberi sehingga 3 bulan pada kadar RM600 sebulan untuk setiap pekerja sehingga maksimum 200 pekerja.
  • Permohonan dibuka dari 1 Oktober sehingga 31 Disember 2020.
  • Permohonan baharu yang tidak pernah menerima bantuan di bawah Program Subsidi Upah 2.0, mereka layak menerima subsidi upah sehingga 6 bulan.

Nota : Sebarang maklumat lanjut dan terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image