Info Kerjaya Malaysia

How To Redeem RM50 MySejahtera? Ikut Langkah Ini Semasa Kemaskini Nama Anda

5,775

Seperti yang telah diumumkan kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Kewangan (MOF), pemberian bantuan ePenjana RM50 telah diluluskan bagi mereka yang layak. Pengguna sudah boleh tebus bantuan tersebut melalui kredit e-dompet terpilih.

Baca: Cara Daftar eWallet RM50 Penjana

Namun ada juga yang menyatakan urusan untuk tebus bantuan ini agak sukar. Salah satu sebab yang mungkin menyebabkan masalah ini berlakukan adalah kerana nama di aplikasi tidak sama dengan nama di nombor IC.

Bagi memudahkan urusan menebus bantuan ePenjana, ada beberapa langkah yang perlu anda tahu. Ikuti perkongsian di bawah.

E-WALLET TERPILIH

Anda boleh menebus bantuan ePenjana melalui salah satu e-wallet terpilih tersebut:

  • Touch n Go
  • GrabPay
  • Boost

Untuk makluman anda, bagi menebus ePenjana, anda perlu install salah satu e-wallet terpilih di atas DAN aplikasi MySejahtera.

LANGKAH KEMASKINI NAMA

Bagi memudahkan urusan menebus ePenjana RM50, anda perlu pastikan nama anda di aplikasi MySejahtera dan Aplikasi e-wallet adalah sama sepertimana yang terkandung dalam IC/Pasport.

Berikut adalah langkah mudah untuk kemaskini nama anda supaya sama seperti di IC:

  1. Tekan butang ‘ATURAN‘ di profile peribadi untuk kemaskini maklumat anda
  2. Pastikan nama anda sama seperti di ID/Passport termasuk penggunaan:
    – Bin, Binti
    – A/L, A/P
    – S/O, D/O
  3. Sila buat permohonan bantuan ePenjana melalui aplikasi e-wallet anda

Nak Mudah Claim RM50 MySejahtera? Ikut Langkah Ini Semasa Kemaskini Nama Anda

Pesanan ini dibawa khas oleh MySejahtera. Ingat, penggunaan nama di aplikasi e-wallet dan mySejahtera adalah penting bagi memudahkan urusan pengecaman individu berdasarkan nombor kad pengenalan dilakukan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda!

Baca: MySejahtera Apps: Download Claim Tebus Kredit RM50 ePenjana

close-image