Cara Daftar MySejahtera Apps: Tebus Kredit RM50 eTunai PENJANA

506,251

Cara Tebus Kredit RM50 eTunai Melalui MySejahtera Apps

Terkini, melalui pengumuman terbaru kerajaan, hanya pengguna yang download dan install applikasi MySejahtera sahaja akan diberikan bantuan eTunai Rakyat atau eWallet RM50 seperti yang diumumkan dalam Pelan PENJANA tempoh hari.

Ini berdasarkan Sidang Media Majlis Keselamatan Negara, oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri telah mengumumkan mengenai pemberian atau kredit e-dompet (e-wallet) berjumlah RM50 akan dibuat setelah memuat turun atau download aplikasi MySejahtera.

Jadi untuk mendapatkan kredit RM50 dalam akaun e-dompet yang dipadankan dengan baucar diskaun dan cashback bernilai RM50 bermula Julai 2020 nanti pastikan anda download dan install applikasi MySejahtera.

Di bawah merupakan info dan panduan lengkap penggunaan dan cara install applikasi MySejahtera untuk anda claim dan tebus kredit RM50 dalam akaun e-dompet anda nanti.

Pengenalan Applikasi MySejahtera eWallet

Dalam usaha kerajaan membendung penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Pelbagai inisiatif kerajaan telah diperkenalkan dan dibangunkan untuk memastikan penyakit ini dapat dikawal dan dihapuskan. Dalam masa yang sama kepentingan rakyat dari segi ekonomi dan sosial dijaga.

Antaranya usaha kerajaan adalah pengenalan aplikasi MySejahtera. Rakyat digalakkan untuk download dan install applikasi MySejahtera untuk membantu kerajaan dalam pengawasan penularan COVID-19 dalam negara melalui saluran maklumat terkini melalui MySejahtera.

Kerajaan menyarankan untuk memuat turun aplikasi ini bagi membolehkan penilaian kesihatan kendiri. Aplikasi ini juga membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil tindakan yang cepat, tepat dan berkesan  bagi mengenalpasti dan memaklumkan kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan COVID-19 dalam masyarakat

Dengan memuat turun aplikasi My Sejahtera, ianya dapat memberikan kemudahan bagi membantu kerajaan memutuskan rantaian jangkitan. Antara kemudahan yang disediakan dalam aplikasi adalah pengesanan hotspot kawasan COVID-19 dan loksi fasiliti saringan yang terdekat. Nasihat kesihatan secara atas talian turut disediakan

Bagi rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara yang dibenarkan kuarantin di rumah juga perlu memuat turun aplikasi termasuklah mereka yang bekerja di Singapura dan berulang alik ke Malaysia. Aplikasi ini boleh dimuat turun terus ke telefon bimbit anda sama ada melalui appstore, google playstore atau huawei appgallery.

Tujuan Aplikasi MySejahtera Dibangunkan

Aplikasi ini dibangunkan oleh kerajaan melalui kerjasama strategik antara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Aplikasi ini memberikan kemudahan untuk:

  1. Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19
  2. Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka (monitoring their health) sepanjang penularan wabak COVID-19
  3. Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19
  4. Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19

Berikut dikongsikan bagaimana cara download aplikasi serta maklumat lain yang berkaitan.

Cara Download Apps MySejahtera

Bagi pengguna iOS atau Android, anda boleh terus applikasi MySejahtera melalui laman rasmi di bawah.

Pilih jenis peranti telefon yang anda sedang gunakan sekarang dan terus install applikasi berkaitan.

Cara Daftar MySejahtera eWallet RM50

Ikuti langkah berikut untuk menggunakan aplikasi buat kali pertama

  1. Muat turun dan buka aplikasi MySejahtera
  2. Klik butang “Daftar Di Sini” bagi mendaftar pengguna baharu
  3. Masukkan nombor telefon bimbit lali klik “Daftar” atau klik pautan “Saya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar” (jika ingin mendaftar menggunakan e-mel)
  4. OTP akan dihantar melalui SMS daripada 63839 sekiranya mendaftar menggunakan nombor telefon. Sekiranya mendaftar menggunakan e-mel. pautan pengesahan pendaftaran akan dihantar melalui e-mel
  5. Isikan OTP yang diterima dan klik butang “Hantar” sekiranya mendaftar menggunakan nombor telefon atau klik pada pautan dalam emel sekiranya mendaftar menggunakan e-mel
  6. Lengkapkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan klik butang “Sahkan”
  7. Mesej “Pendaftaran Berjaya” akan dihantar. Klik pada link “Tutup” di bahagian bawah skrin untuk kembali ke laman Log Masuk
  8. Tiba di laman Log Masuk, isikan ID Pengguna (nombor telefon atau e-mel) dan kata laluan anda lalu klik butang “Log Masuk”

*Pengguna juga DIBENARKAN untuk mendaftarkan maklumat mengenai ahli keluarga atau individu lain yang tidak memiliki nombor telefon ataupun akses telefon pintar dengan memilih fungsi ‘Urus Tanggungan’

Manual Pendaftaran MySejahtera

Di bawah merupakan video penerangan lengkap manual pendaftaran applikasi MySejahtera yang boleh anda tonton dan ikuti.

Pastikan anda ikut setiap langkah yang diterangkan untuk memudahkan anda claim eWallet RM50 anda nanti.

Selain dari install untuk mendapatkan kredit RM50 dalam akaun e-dompet yang dipadankan dengan baucar diskaun dan cashback bernilai RM50 bermula Julai 2020 nanti. Applikasi MySejahtera juga mempunyai kegunaan lain yang lebih utama.

Antaranya ialah MySejahtera Check-In seperti yang diterangkan di bawah. Jadi pastikan anda download dan install applikasi MySejahtera ini untuk memudahkan pergerakan anda sepanjang masa.

Apa itu MySejahtera Check-In?

My Sejahtera Check-In adalah salah satu daripada fungsi tambahan dalam aplikasi yang memberi kebenaran untuk semua jenis premis bagi mengikuti SOP Pembukaan Semula Ekonomi yang telah digariskan oleh Kerajaan Malaysia

Fungsi ini menyediakan sistem pendaftaran dan pengawalan kemasukan pelawat secara berstruktur dan seragam atau teratur ke dalam sesebuah premis. Secara langsung, gunfsi ini dapat membantu negara mengurus penularan wabak COVID-19 serta mengutamakan keselamatan awam

Panduan Check-In MySejahtera

Penggunaan My Sejahtera Check-In telah dilaksanakan di kebanyakkan tempat, termasuklah pengangkutan awam. Sila muat turun aplikasi dan gunakan fungsi Pengimbas Kod QR didalam MySejahtera untuk ‘Check-In’. Tidak perlu isi borang digital atau borang manual, hanya imbas dan masuk.

Untuk pengguna aplikasi sedia ada (pastikan aplikasi anda berada di versi terkini):

  1. Langkah 1: Tekan butang Kod QR di laman utama dan tekan ‘Check-in’ untuk daftar kemasukan anda (sistem kamera akan terbuka secara automatik untuk mengimbas Kod QR My Sejahtera Premis);
  2. Langkah 2: Sila imbas Kod QR My Sejahtera Premis; dan
  3.  Langkah 3: Setelah mengimbas, pengguna akan menerima laporan check-in yang berjaya.

Untuk pengguna yang tidak menggunakan aplikasi MySejahtera:

  1. Langkah 1: Sila imbas Kod QR My Sejahtera Premis menggunakan kamera telefon;
  2. Langkah 2: Laman web My Sejahtera Check-In akan dibuka.
  3. Langkah 3: Pengguna perlu memasukkan nama serta nombor telefon dan perlu menjawab soalan penilaian kesihatan kendiri
  4. Langkah 4: Tekan butang ‘Hantar’; dan
  5. Langkah 5: Susulan itu, pengguna akan menerima laporan check-in yang berjaya.

Selain dari install untuk mendapatkan kredit RM50 dalam akaun e-dompet yang dipadankan dengan baucar diskaun dan cashback bernilai RM50 bermula Julai 2020 nanti. Applikasi MySejahtera juga mempunyai kegunaan lain yang lebih utama.

Jadi pastikan anda download dan install applikasi ini melalui cara yang diterangkan di atas.

Portal Jawatan Kosong juga akan kemaskini dari masa ke semasa maklumat berkaitan cara untuk claim Kredit RM50 eWallet MySejahtera ini.

FAQ Soalan Lazim

1. Apa itu eWallet?

E-wallet, e-Dompet, electronic wallet atau dompet digital, adalah sebuah aplikasi yang berfungsi sama seperti dompet fizikal iaitu menyimpan wang, kad debit, kad kredit dan juga maklumat akaun bank kita dalam bentuk aplikasi digital serta bertujuan untuk menggantikan dompet fizikal supaya kita tidak perlu lagi membawa wang tunai atau beg tangan ke mana-mana.

2. Apakah aplikasi MySejahtera?

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

3. Bagaimanakah cara untuk download aplikasi MySejahtera?

Download aplikasi ini melalui laman web https://mysejahtera.malaysia.gov.my

4. Bagaimanakah cara untuk claim dan menebus kredit RM50 ini?

Anda hanya perlu download dan install aplikasi MySejahtera untuk claim dan tebus kredit RM50 ke dalam akaun eWallet anda.

5. Adakah aplikasi in sama dengan program ePenjana yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini?

Ya, sama. ePenjana merupakan satu program bantuan bernilai RM50 ke dalam akaun e-dompet untuk menggalakkan rakyat Malaysia memilih untuk menggunakan pembayaran tanpa sentuh atau contactless payment.

6. Bilakah inisiatif ini akan bermula?

Inisiatif ini akan bermula pada bulan Julai 2020 dan memanfaatkan 15 juta rakyat Malaysia.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image