Ini Cara Daftar e-Wallet Tebus RM50 ePenjana

462,528

Rakyat Malaysia boleh menebus RM50 kredit ePenjana bermula esok daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet yang dipilih kerajaan.

Anda boleh menebus RM50 ePenjana melalui tiga penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih untuk melaksanakan inisiatif itu ialah Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go eWallet.

Penebusan RM50 ePenjana dilaksanakan dengan kerjasama aplikasi pengesan kontak COVID-19 MySejahtera.

Untuk memohon kredit, setiap pemohon mesti memuat turun salah satu dari tiga eDompet berkenaan serta memuat turun dan menggunakan aplikasi MySejahtera. Ini cara daftar MySejahtera.

Inisiatif ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, serta berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun.

Melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (#PENJANA) dengan tema Bersama Menjana Ekonomi, merangkumi 40 inisiatif bernilai RM35 bilion – PM @MuhyiddinYassin.

Antara pengumuman yang mendapat perhatian ialah Kerajaan akan kredit RM50 dalam akaun e-dompet yang dipadankan dengan baucar diskaun dan cashback bernilai RM50 bermula Julai 2020.

Dalam menjalani kehidupan norma baharu, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk menggunakan pembayaran tanpa sentuh atau contactless payment.

Untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan ini, melalui Program ePenjana yang bernilai RM750 juta, Kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna. Ini akan dipadankan dengan tambahan baucar, pulangan tunai dan diskaun berjumlah RM50 daripada syarikat khidmat e-dompet.

Inisiatif ini yang akan bermula pada bulan Julai 2020 akan memanfaatkan 15 juta rakyat Malaysia.

Mungkin anda sedang mencari cari untuk mendaftar eWallet ini kan? Kepada pengguna baru mungkin anda belum tahu cara untuk mendaftar akaun dengan penyedia eWallet ini.

Apa kata anda ikut tutorial daftar mudah di bawah.

Cara Daftar eTunai Rakyat dan Tebus Dana Tambahan eTunai BSH

Berikut adalah cara untuk daftar dan tebus dana tambahan e-Tunai rakyat untuk penerima BSH.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA ETUNAI RAKYAT

Untuk dana tambahan e-tunai RM50  BSH, syarat kelayakan adalah berdasarkan syarat kelayakan penerima BSH iaitu:

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
  • Isi rumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Individu bujang berumur 40 tahun hingga 59 tahun yang berpendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

KEGUNAAN E-TUNAI RAKYAT

Banyak kegunaan kredit wang e-Tunai ke dalam ewallet masing-masing. Penerima boleh membelanjakan wang tersebut untuk sebarang perkhidmatan atau barangan di Malaysia yang boleh menggunakan aplikasi e-wallet yang anda pilih.

Antara kemudahan yang disediakan adalah:

  • Bayar bil elektrik dan air
  • Topup telefon
  • Beli barang di kedai terpilih
  • Bayar tol
  • Bayar tambang kereta e-hailing

CARA DAFTAR DAN TEBUS E-TUNAI RM50 BSH

Anda perlu pilih salah satu e-wallet terpilih untuk menebus e-tunai RM50 anda. Berikut adalah langkah mendaftar dan menebus e-Tunai Rakyat mengikut e-wallet yang terpilih iaitu Boost, Grabpay dan Touch ‘n Go e-wallet.

i) Boost

Cara Daftar eTunai Rakyat dan Tebus Dana Tambahan eTunai BSH

  1. Muat turun aplikasi Boost di telefon pintar
  2. Selepas muat turun aplikasi, daftar akaun dengan isikan butiran yang diperlukan
  3. Anda perlu ambil gambar kad pengenalan serta swafoto
  4. Hantarkan permohonan untuk pengesahan

ii) Grabpay/ Grab

Cara Daftar eTunai Rakyat dan Tebus Dana Tambahan eTunai BSH

  1. Muat turun aplikasi Grabpay di telefon pintar
  2. Daftar akaun dengan isikan butiran yang lengkap
  3. Selepas berjaya mendaftar, klik pada butang e-Tunai Rakyat
  4. Isikan maklumat yang diperlukan ( perlu mengambil gambar swafoto dan kad pengenalan)
  5. Hantarkan permohonan untuk pengesahan (akan mengambil beberapa hari)

iii) Touch ‘n Go eWallet

Cara Daftar eTunai Rakyat dan Tebus Dana Tambahan eTunai BSH

  1. Muat turun aplikasi Touch ‘n Go ewallet di telefon pintar
  2. Daftar akaun dengan isikan butiran yang lengkap
  3. Selepas berjaya mendaftar, klik pada butang e-Tunai Rakyat
  4. Isikan maklumat yang diperlukan ( perlu mengambil gambar swafoto dan kad pengenalan)
  5. Hantarkan permohonan untuk pengesahan (akan mengambil beberapa hari)

Sebarang maklumat lanjut terkini mengenai pengagihan dana tambahan e-Tunai rakyat akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja diumumkan oleh kerajaan. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam mendaftar dan menebus e-Tunai Rakyat yang diberikan oleh kerajaan.

FAQ Soalan Lazim

1. Apa itu eWallet?

E-wallet, e-Dompet, electronic wallet atau dompet digital, adalah sebuah aplikasi yang berfungsi sama seperti dompet fizikal iaitu menyimpan wang, kad debit, kad kredit dan juga maklumat akaun bank kita dalam bentuk aplikasi digital serta bertujuan untuk menggantikan dompet fizikal supaya kita tidak perlu lagi membawa wang tunai atau beg tangan ke mana-mana.

2. Apakah aplikasi MySejahtera?

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

3. Bagaimanakah cara untuk download aplikasi MySejahtera?

Download aplikasi ini melalui laman web https://mysejahtera.malaysia.gov.my

4. Bagaimanakah cara untuk claim dan menebus kredit RM50 ini?

Anda hanya perlu download dan install aplikasi MySejahtera untuk claim dan tebus kredit RM50 ke dalam akaun eWallet anda.

5. Adakah aplikasi in sama dengan program ePenjana yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini?

Ya, sama. ePenjana merupakan satu program bantuan bernilai RM50 ke dalam akaun e-dompet untuk menggalakkan rakyat Malaysia memilih untuk menggunakan pembayaran tanpa sentuh atau contactless payment.

6. Bilakah inisiatif ini akan bermula?

Inisiatif ini akan bermula pada bulan Julai 2020 dan memanfaatkan 15 juta rakyat Malaysia.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image