Jangan Lakukan 10 Kesalahan Besar Ini Ketika Temuduga

2,564

10 Kesalahan Besar Ketika Temuduga

Ramai calon tidak menyedari bahawa mereka telah melakukan kesalahan besar ini ketika temuduga dijalankan. Kesalahan yang disenaraikan ini juga telah menyebabkan calon gagal dalam temuduga serta temuduga yang akan datang sekiranya calon tidak membuat penambahbaikan.

Apakah 10 kesalahan besar yang sering dilakukan oleh calon ketika temuduga?

Teruskan bacaan anda dan dapatkan 10 kesalahan tersebut untuk dijadikan panduan untuk anda dan jangan sesekali mengulangi kesilapan ini dalam temuduga yang akan datang.

Juga dapatkan 10 bahasa badan yang ditunjukkan oleh penemuduga disini dan ketahui maksud disebaliknya.

Jangan Lakukan 10 Kesalahan Besar Ini Ketika Temuduga

Senarai 10 Kesalahan Besar Ketika Temuduga

Antara kesalahan besar yang sering dilakukan oleh calon ketika temuduga ialah :

Tidak Bersedia

Ramai calon tidak bersedia untuk menghadapi temuduga. Apabila diajukan soalan yang berkaitan dengan deskripsi tugas serta maklumat berkaitan syarikat pun calon tidak boleh menjawab dengan betul.

Tiada Resume, Tiada Dokumen Penting

Berjalan masuk ke bilik temuduga lenggang kangkung tanpa sebarang salinan resume dan juga dokumen sokongan yang diperlukan oleh penemuduga. Anda perlu membawa salinan resume sekurangnya 5 salinan dan bawa sijil akademik serta dokumen lain yang original.

Aksesori Berlebihan

Calon temuduga tidak mengira lelaki atau perempuan memakai aksesori yang berlebihan seolah-olah memasuki pertandingan fesyen. Calon lelaki memakai tali pinggang yang mempunyai kepala besar dan memakai cermin mata berfesyen. Manakala calon perempuan pula memakai gelang serta pin tudung jenis  rambu ramba sehingga mengganggu pandangan mata penemuduga. Ini bukan masa yang sesuai untuk berfesyen ya.

Jangan Lakukan 10 Kesalahan Besar Ini Ketika Temuduga

Paksa Penemuduga Menerima Anda Bekerja

Anda tidak boleh memaksa penemuduga untuk menerima anda bekerja ketika temuduga dijalankan. Mungkin anda tidak menjawab atau menyatakan secara terus terang dihadapan penemuduga. Tetapi terdapat ayat-ayat tertentu yang menunjukkan anda memaksa penemuduga untuk menerima anda untuk bekerja bersama mereka.

Contoh :

“Saya sangat berpengalaman dalam bidang ini. Jadi, bila tuan boleh panggil saya bekerja? Saya bersedia untuk dipanggil bekerja bila-bila masa sahaja.”

Tidak Silent Telefon

Tiba-tiba telefon berbunyi dengan deringan yang paling kuat dan menyebabkan sesi temuduga terganggu. Kemudian tanpa minta kebenaran, anda ambil telefon dan menjawab panggilan dihadapan penemuduga. Ada calon yang menjawab mesej atau whatsapp ketika temuduga dijalankan dengan alasan untuk menghilangkan rasa gemuruh.

Jangan Lakukan 10 Kesalahan Besar Ini Ketika Temuduga

Kurang Eye Contact & Bahasa Badan

Kesalahan ini adalah kesalahan yang dilakukan tanpa disedari oleh calon temuduga. Calon gugup dan rasa kurang yakin sehingga tidak mampu melihat mata penemuduga. Habis semua tempat di bilik temuduga ditenung oleh calon. Selain dari eye contact, calon juga perlu menjaga bahasa badan ketika temuduga dijalankan. Jangan berpeluk tubuh, jangan menyandar dan keterlaluan menggunakan tangan ketika menjawab soalan.

Cerita Hal Peribadi

Lain disoal, lain dijawab. Penemuduga hanya minta anda perkenalkan diri. Anda pula terus ceritakan hal peribadi anda tanpa diminta oleh penemuduga. Penemuduga tidak ingin mengetahui tentang ibu tiri, bapa tiri, adik tiri, nenek meninggal dan sebagainya. Cukup perkenalkan diri anda secara ringkas sahaja.

Tidak Menjawab Soalan

Pening pula penemuduga apabila mendapat jawapan tidak seperti yang diinginkan. Sepatutnya calon hanya perlu menjawab soalan yang diajukan dengan ringkas dan padat. Tidak perlu mukadimah atau intro yang panjang. Nanti berbelit-belit sampai anda sendiri pula yang tidak faham.

Cerita Keburukan Bekas Majikan

Kadangkala terlebih ramah menjawab soalan sehingga menceritakan keburukan bekas majikan. Ada penemuduga yang akan memprovokasi anda dengan menyelitkan pernyataan supaya anda menceritakan keburukan bekas majikan anda. Tanpa anda sedar, sudah pasti anda menceritakan serba sedikit keburukan bekas majikan atau rakan sekerja anda.

Terlalu Gugup

Terlalu gugup sehingga tiada keyakinan diri ketika temuduga. Relaks. Penemuduga hanya ingin menilai anda sahaja. Anda boleh membuat latihan temuduga setiap hari untuk menghilangkan rasa gugup dan membangkitkan keyakinan diri anda semasa temuduga nanti.

Jangan lupa, dapatkan 21 tips untuk menghadapi temuduga dan jadikan tips ini sebagai satu panduan untuk anda menghadapi temuduga pada masa akan datang.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image