Info Kerjaya Malaysia

Faktor Utama Yang Menentukan Permohonan Pinjaman Anda Diluluskan atau Tidak

1,099

Faktor Utama Yang Menentukan Permohonan Pinjaman Anda Diluluskan Atau Tidak

Sedih dan kecewa apabila permohonan pinjaman tidak diluluskan. Jika ingin membuat permohonan pinjaman semula, anda boleh membuat semakan dan meneliti perkara-perkara yang menentukan sama ada permohonan pinjaman anda diluluskan atau tidak.

Anda boleh lihat 5 faktor utama yang menjadi penentuan permohonan pinjaman anda melalui perkongsian ini. Sama ada anda ingin memohon loan perumahan atau loan peribadi, faktor di bawah merupakan penyebab mengapa loan tak lulus.

5 Faktor Utama Loan Tak Lulus

5 Faktor utama yang sering diteliti oleh pihak bank apabila membuat permohonan pinjaman adalah seperti :

1. Skor Dan Laporan Kredit Oleh CCRIS

Setiap laporan kredit yang telah anda lakukan boleh didapati daripada CCRIS dan pihak bank meneliti bayaran semula pinjaman anda yang terdahulu.

Setiap bank menilai laporan kredit dengan cara yang berbeza. Jika skor anda tinggi, permohonan anda mempunyai peluang yang tinggi untuk lulus.

Faktor Utama Yang Menentukan Permohonan Pinjaman Anda Diluluskan Atau Tidak

2. Jenis Pinjaman

Tahap kelulusan pinjaman yang dipohon juga berbeza mengikut jenis pinjaman.

Pinjaman peribadi agak mudah diluluskan kerana jumlah pinjaman yang rendah tetapi faedah yang dikenakan tinggi berbanding pinjaman perumahan. Tetapi permohonan pinjaman perumahan untuk lulus adalah lebih rumit kerana meilbatkan tempoh masa pinjaman yang agak panjang.

3. Dokumen Tambahan

Sediakan berapa dokumen tambahan untuk memastikan permohonan pinjaman anda mudah untuk diluluskan seperti :

  • Penyata simpanan Tabung Haji, ASB, KWSP dan akaun simpanan.
  • Penyata bayaran cukai individu kepada LHDN.

Sekurangnya dengan memberikan dokumen ini, ia membantu permohonan pinjaman anda lulus dengan mudah dan cepat.

Faktor Utama Yang Menentukan Permohonan Pinjaman Anda Diluluskan Atau Tidak

4. Jenis Pekerjaan Dan Pendapatan

Pihak bank juga akan meneliti apakah pekerjaan anda sama ada anda bekerja dengan swasta, kerja kerajaan atau berniaga sendiri.

Pekerja yang mempunyai pendapatan yang tetap juga mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapat kelulusan permohonan pinjaman.

Baca Pekerja Swasta dan Kerajaan Ini Sebab Utama Pinjaman Perumahan Anda Ditolak

Manakala  pekerja yang bekerja dalam sektor kritikal dan berisiko tinggi seperti dalam bidang Oil & Gas menjadi penentu sama ada permohonan pinjaman lulus atau tidak. Ini kerana sektor pekerjaan ini bersangkut paut dengan keadaan ekonomi semasa.

5. Komitmen

Jika anda mempunyai komitmen atau hutang bank yang rendah atau sedikit, pihak bank akan memudahkan kelulusan permohonan pinjaman anda. Jika sebaliknya, anda perlu membuat pertimbangan yang sewajarnya untuk membuat permohonan anda.

Setiap jenis pinjaman dan bank mempunyai kadar DSR yang berbeza.

  • DSR rendah, permohonan pinjaman tersebut sukar untuk lulus jika pendapatan rendah.
  • DSR tinggi, permohonan pinjaman anda adalah lebih mudah untuk lulus walaupun bergaji rendah.

Tidak mempunyai sebarang pinjaman dengan pihak bank juga menyebabkan pihak bank sukar untuk memberi pinjaman kepada anda. Jadi anda boleh membuat pinjaman mudah seperti hutang jangka masa pendek untuk memudahkan permohonan anda diluluskan.

Baca Cara Buat Loan Rumah Pasti Lulus, Biar Dokumen Cantik Kali Pertama Apply

Jadi, buat penyusunan semula hutang anda serta selesaikan dengan segera terutama yang mempunyai kadar faedah tinggi untuk membuat permohonan baru yang mempunyai kadar faedah yang rendah.

Faktor Utama Yang Menentukan Permohonan Pinjaman Anda Diluluskan Atau Tidak

Diharap melalui perkongsian ini dapat membantu permohonan anda lulus dengan mudah dan segera.

close-image