Info Kerjaya Malaysia

PDRM Beri Diskaun 50%, Bayar Saman Secara ‘Online’

118,918

Berita baik buat anda yang masih mempunyai saman tertunggak yang masih belum dibayar! Inilah masanya untuk anda melunaskan semua saman yang ada kerana bermula 18 Mei anda boleh nikmati 50% diskaun apabila membayar saman secara online di portal MyEG atau Rilek.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) melancar kempen bayaran saman secara ‘e-payment’ bermula 18 Mei hingga 21 Mei ini, dengan pemberian diskaun sebanyak 50 peratus bersempena Peringatan Hari Polis ke-2.

Apa yang anda perlu lakukan adalah semak senarai saman kenderaan anda dan buat pembayaran secara atas talian. Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara semak saman dan membuat pembayaran di portal.

SEMAK SAMAN KENDERAAN

JIka anda terlupa berapa banyak saman atas kenderaan anda yang ada, anda boleh semak saman secara online di laman MYEG dan Rilek dan terus buat pembayaran online jika ada. Ikuti cara di bawah.

Sila buat semakan saman anda di sini dahulu Check Saman Online: Cara Semak Saman JPJ, Polis Trafik & AES

CARA BAYAR SAMAN PDRM SECARA ONLINE MENGGUNAKAN MYEG & RILEK

Di bawah merupakan langkah-langkah untuk anda membuat pembayaran secara online menggunakan portal MyEG & Rilek.
 

myeg

1. MyEG Services
Kunjungi Laman Web MyEG seperti disertakan di pautan di bawah:
👉MyEG Services
1. Pengguna baru perlu mendaftarkan akaun baharu sekiranya menggunakan MyEG buat kali pertama
2. Sebaik sahaja mendaftar, log masuk menggunakan nama dan kata laluan
3. Setelah login, klik eServices pada menu dan pilih jabatan yang berkaitan iaitu PDRM atau JPJ (AES)
4. Seterusnya klik pada pautan yang berkenaan sekiranya mempunyai saman. Perkhidmatan pembayaran saman juga turut disediakan oleh MyEG selain peringatan ke email jika terdapat saman terkini buat pengguna
 

Sistem Rilek e-Services

2. Sistem Rilek e-Services (Saman polis sahaja)
Layari laman sesawang RILEK seperti pautan di bawah:
👉RILEK
1. Sila buat pendaftaran baru sekiranya pertama kali dan login masuk menggunakan nama serta kata laluan
2. Klik pada menu dropdown “Search By” dan pilih kaedah semakan
3. Seterusnya masukkan maklumat yang diperlukan dan tekan button “Next”
4. Pembayaran saman boleh dibuat tetapi hanya untuk perbankan Internet Maybank, RHB dan CIMB

close-image